Bab 9

18 1 0
                                    

Faqrul terasa lemah kerana semua tenaga sudah hampir tiada untuk melawan. Begitu juga dengan semua ejen ejen yang ada turut serta untuk menewaskan musuh, tapi malangnya kali ini mereka gagal untuk tewaskan mereka semua.

Faqrul masih keadaan meniarap dan lemah. Dia melihat seluruh sekeliling kawasan itu, melihat semua ejen ejen dah berjaya ditewaskan.

"Urhh??!! Izzat... Bai... Rafi... Adria.... Kawan kawan!!!" Faqrul cuba panggil dan jerit kawan kawan dia, namun semua kawan kawan dia tak dapat sedarkan diri. Faqrul memandang ke arah lain pula, dia cari dan lihat ejen yang lain pula macam mana. Tetapi...

"Abang Zizi.... Abang Syakir... Abang Aiman... Abang Hafiez... Kak Aeda..." Panggil Faqrul satu per satu semua ejen ejen itu. Namun mereka semua dah ditewaskan dan tidak sedarkan diri.

"Urgghhh!!! Arhhh!!!" Faqrul cuba untuk bangun walaupun dia lemah tapi malangnya tidak....

Pada masa itu, ada seorang musuh sudah berdiri dihadapan Faqrul dan muka dia hanya memberi senyuman yang sinis.

"Aku dah kata... Korang semua memang takkan boleh kalahkan aku... Korang memang dasar ejen sampah!!!!" Cemuh musuh itu dengan penuh hina sekali.

"Kau hina macam mana sekali pun, aku akan tewaskan kau jugak!!!" Jerit Faqrul seraya dia cuba untuk kuatkan diri untuk bangun.

"Huh!!!! Kau tak payah nak tunjukkan yang kau masih berdaya untuk berlawan. Kau semua aku dah kalahkan dengan teruk. Jadi, aku taknak buang masa lagi, aku akan hapuskan korang semua!!!!" Balas musuh itu lalu dia mengeluarkan senjata dia iaitu pedang yang sangat berkuasa

pedang itu juga tadi digunakan masa berlawan dengan ejen yang lain.

"Sekarang ni aku akan tamatkan riwayat korang semua.... Heheheheheh!!!!!" Kata musuh itu lalu mengaktifkan kuasa pada pedang itu.

"Sekarang matilah kau!!!!!" Pedang itu dilibas pada Faqrul.

Faqrul melihatnya dan dah tak mampu nak buat apa lagi dan........
.
.
.
.
.

Faqrul terus teredar dan bangun dari tidur. Nafas dia dihela kuat, muka dia pun turut basah kerana berpeluh.

"Huhhh..... Aku bermimpi buruk rupanya... Tapi, apa pasal aku mimpi macam ni? Macam ada yang tak kena?" Ujar Faqrul rasa hairan dengan mimpi tadi.

Tiba-tiba pintu bilik Faqrul dibuka oleh Ejen Zain.

"Uhh ayah?"

"Faqrul kenapa ni?" Tanya Ejen Zain seraya datang merapat ke Faqrul. "Faqrul kenapa ni? Ayah tengok muka Faqrul pucat je ni." Sambung Ejen Zain lagi.

"Takde apa apa ayah.... Faqrul cuma mimpi je..." Jawab Faqrul sambil mengusap muka dia.

"Hmmm..... Mimpi jerr, tak perlu fikir sangat, itu cuma mainan tidur jerr. Err Faqrul hari ini tak pergi akademi kan?" Tanya Ejen Zain untuk membuatkan Faqrul tidak berfikir lagi pasal tadi.

"Errr tak ayah... Hari ni kan hari sabtu, jadi latihan tak ada." Jawab Faqrul biasa.

"Hmmm bagus, kalau macam tu siap siap cepat.... Ayah nak ajak Faqrul keluar.." Arah Ejen Zain tiba-tiba.

"Aiittt.... Keluar? Kita nak ke mana?" Soal Faqrul hairan.

"Alahh siap siap jelah... Ayah tunggu Faqrul dekat bawah." Jawab Ejen Zain lalu bangun dan keluar dari bilik.

'Hmmmmm ada apa pula ayah ni?" Ujar Faqrul hairan lalu terus bangun dari katil dia dan terus masuk ke bilik air untuk mandi.

******************

Di sebuah taman rekreasi

Ejen Zizi tengah sibuk meregangkan badan di beberapa bahagian tubuh badannya, nampaknya baru lepas berjoging di taman. Selepas itu dia duduk sekejap dekat kerusi yang ada di taman itu yang menghadap tasik yang besar di taman itu. Tatkala lepas itu, Ejen Zizi mula termenung seketika dan teringat semula apa yang di ceritakan oleh Ejen Zain semalam dan apa yang mengingatkan dia lagi, tentang permintaan Ejen Zain semalam. Terutama sekali, bila dia dah tak ada nanti, Ejen Zain minta tolong jaga Faqrul.

Super Agent (Book 2) : terungkap sebuah rahsiaWhere stories live. Discover now