Bab 26

13 0 0
                                    

Pada hari ini, seperti yang mereka rancang semalam. Faqrul, Adria dan Zhaf pergi ke lokasi yang dikatakan oleh Zhaf semalam.

Mereka bertolak sejurus sahaja selepas mereka sarapan dan menaiki 2 kenderaan untuk ke lokasi. Iaitu dengan kereta dan motor. Kereta di naiki oleh Zhaf serta dipandu oleh dia, Adria juga turut menaiki bersama Zhaf. Faqrul pula seperti biasa akan menaiki dan menunggang motorsikal milik Zhaf.

Tujuan mereka bergerak berasingan kenderaan ini pun atas sebab tertentu l misalnya kalau ada apa apa berlaku. Perjalanan memang mendahului di hadapan Zhaf yang memandu.

Sepanjang perjalanan Zhaf dengan Adria hanya diam membisu sahaja. Tiba-tiba terdetik dalam diri Adria untuk bertanyakan sesuatu.

"Zhaf..."

"Yer Adria..."

"Boleh aku tanya something?"

"Tanya jelah Adria...."

"Kau memang duduk sini sendirian ke? And berapa lama dah kau duduk sini?" Soal Adria berbagai pada Zhaf.

"Tak lama pun aku duduk sini.... Almost 1 years and aku memang duduk sendiri  since aku habis sekolah menengah. Lepas sahaja aku habis sekolah menengah, aku manfaat segala skill aku dalam teknologi untuk aku buka bengkel robotik sebagai sumber pendapatan aku. Lagipun semua ini takkan terjadi tanpa Faqrul, dia yang banyak ajar aku tentang teknologi lebih mendalam masa kitorang form 4 dulu." Jelas Zhaf panjang berjela matanya masih tertumpu pada pemanduan kereta dia.

"Kalau Faqrul yang ajar kau tentang teknologi ni, tak mustahil juga kau tahu serba sedikit tentang TASA kan? Sebab Faqrul banyak belajar tentang teknologi ni juga dari TASA." Balas Adria lagi.

"Hmmm tentang TASA tu pun aku tahu, tidak selebihnya.... Yang aku tahu pun TASA ni pun satu agensi rahsia untuk menjaga negara kita. Tapi kau tak perlu risau, aku dah janji dengan Faqrul dari dulu lagi, yang aku akan rahsiakan tentang ni. Sampai sekarang aku masih simpan rahsia tentang identiti Faqrul sebagai ejen TASA termasuk juga tentang agensi ini." Jawab Zhaf lagi dan memberitahu sedikit apa yang dia tahu tentang TASA.

"Owhhh okay.... But ada lagi satu, kau punya parents pula takkan tak ada kat sini?" Tanya Adria lagi tentang l ibu bapa Zhaf.

"Actually..... Daddy dengan mummy aku diorang ada dekat Australia, kerja as pegawai saintis dalam bioteknologi dekat sana. Mummy aku pula tak kerja, dia suri rumah full time. Jadi, rumah yang korang duduk sekarang dengan aku ni rumah parents aku lah, aku yang duduk dan kereta dan motor yang ada ni pun sebenarnya milik daddy aku dia bagi dekat aku untuk kegunaan aku sendiri dekat sini. Lagipun aku ni just anak tunggal diorang. Aku duduk sendirian ni pun sebab aku sendiri nak hidup berdikari..... And diorang pun percaya yang aku boleh survive diri aku, so aku tinggal lah dekat sini seorang diri." Jawab Zhaf lagi dengan panjang berjela pada Adria.

Adria yang mendengar segala jawapan yang diberi oleh Zhaf sebentar hanya mengangguk dan memahaminya.

Dalam pada mereka berdua asyik berbual skrin dalam kereta Zhaf berbunyi ada panggilan masuk.

Zhaf menekan button yang ada pada stereng dia untuk menjawab panggilan tersebut. Zhaf tahu itu mesti panggilan dari Faqrul.

"Hah Faqrul.... Ada apa?" Tanya Zhaf terus setelah menerima panggilan tersebut.

"Zhaf.... Lagi 500 meter kita akan tiba ke destinasi." Kata Faqrul dari skrin telekomunikasi tersebut.

"Okay aku faham.... Kau terus jer perjalanan kau tu. Aku ada jerr follow kau dekat belakang ni...." Balas Zhaf sambil matanya tertumpu pada Faqrul yang ada di hadapan dia.

Selepas 15 minit daripada mereka berkomunikasi tadi, akhirnya mereka tiba di lokasi.

Faqrul mematikan enjin motosikal dia lalu dia menanggalkan helmet di kepalanya. Tak lama itu juga, Zhaf dan Adria juga keluar dari perut kereta mereka.

Super Agent (Book 2) : terungkap sebuah rahsiaWhere stories live. Discover now