Bab 8

19 0 0
                                    

"Macam tulah cerita sebenarnya Zizi." Ujar Ejen Zain selepas dia menceritakan semua perkara sebenar.

"Saya tak sangka tuan... Tak sangka yang tuan alami situasi sebegitu. Apa yang lagi saya paling tak sangka, yang Faqrul tak pernah tahu pun tentang perkara ini tuan." Balas Ejen Zizi simpati.

"Sebab itu saya tidak memberitahu Faqrul tentang ibunya. Saya takut yang dia tidak akan terima apa yang saya buat dan membencikan saya, sebab sayalah punca yang menyebabkan Faqrul dan ibunya terpisah begitu juga dengan abangnya." Kata Ejen Zain sedikit sayu dan rasa kesal terhadap perbuatan dia dulu.

"Saya faham apa yang tuan cakap itu, tapi walau macam mana pun akan ada masa tuan kena bagitahu semua ini, lama kelamaan Faqrul mesti tahu." Balas Ejen Zizi semula.

Pada masa mereka berdua berbicara tentang perkara tersebut, ada sepasang telinga yang sudah lama mencuri perbualan antara Ejen Zain dan Ejen Zizi dan orang itu adalah Izzat.

"Betul ke apa yang aku dengar ni? Macam mana Faqrul tahu ni." Kata Izzat perlahan lalu dia sambung semula mendengar perbualan mereka berdua.

"Saya tahu Zizi, tapi saya perlukan masa yang sesuai...." Kata Ejen Zain.

"Tapi bila tuan?"

"Saya sendiri pun tak pasti bila..." Balas Ejen Zain buntu. Ejen Zizi pula hanya diam tak tahu nak kata apa.

"Cuma saya ada benda nak minta tolong dari kamu. Saya hanya harap pada kamu sahaja Zizi." Pinta Ejen Zain tiba-tiba dengan serius.

"Apa dia tuan, InsyaAllah saya akan cuba bantu." Jawab Ejen Zizi.

Izzat yang di luar bilik itu pun turut nak dengar.

"Saya minta tolong sangat pada kamu, jangan sesekali ceritakan tentang perkara pada Faqrul walau macam mana sekali pun, hanya saya sendiri sahaja yang akan ceritakan perkara tersebut kecuali saya dah tak ada nanti." Kata Ejen Zain dengan keras sekali.

"Baiklah tuan, saya akan simpan rahsia ni seperti yang tuan nak. Itu sahaja ke tuan nak minta tolong dari saya?" Balas Ejen Zizi.

"Ada lagi Zizi dan ini adalah merupakan permintaan terakhir saya bila saya dah tak ada nanti." Kata Ejen Zain.

"Tuan kenapa tuan cakap macam tu?" Pintas Ejen Zizi terkejut tiba-tiba.

"Boleh ke tidak Zizi?" Balas semula Ejen Zain pantas.

Ejen Zizi terdiam sekejap.

"Baiklah, apa dia tuan?"

"Saya nak minta kamu untuk....."

Izzat pula hanya fokus mendengar apa yang Ejen Zain ingin sampaikan, tapi dia terdengar derapan tapak kaki dan melihat siapa yang nak datang itu lalu ternampak seseorang dan orang itu adalah Faqrul.

'Alamak Faqrul....aku tak boleh bagi Faqrul dengar ni...' Kata Izzat dalam hati lalu cepat cepat pergi halang Faqrul.

"Ehhh Faqrul Faqrul.... Kau nak gi mana ni?" Soal Izzat sambil menahan Faqrul.

"Hmmm?? Aku nak pergi mana? Aku nak pergi jumpa ayah aku kejap." Jawab Faqrul dengan riak biasa.

"Err kau nak jumpa Ejen Zain ke? Err Ejen Zain takde kat bilik dia...." Balas Izzat bohong.

"Takde?? Betul ke ni? Aku nak check sendiri." Kata Faqrul tidak percaya malah mahu pergi tengok juga.

"Ehh Faqrul....betul lah aku cakap, tadi aku baru pergi bilik dia tadi. Takkan aku nak tipu kau..." Kata Izzat masih lagi menahan Faqrul. "Hmmmmm.... penting sangat ke kau nak jumpa ayah kau? Takkan tak boleh jumpa kat rumah... Better kau jumpa kat rumah..." Sambung Izzat dengan cuba berdalih.

Super Agent (Book 2) : terungkap sebuah rahsiaWhere stories live. Discover now