Bab 10

17 0 0
                                    

"Baik Razmat aku akan ke sana sekarang...." Kata Ejen Zain dengan penuh akur pada arahan oleh General Razmat.

Ejen Zain mematikan dan menamatkan panggilan tersebut. Serta merta suasana jadi senyap seketika.

"Ayah...." Faqrul terus panggil ayahnya. "Kenapa ni ayah? Ada apa apa yang tak kena ke?" Tanya Faqrul tiba-tiba.

"Faqrul...ayah dah dapat panggilan tentang misi itu. Ayah kena bersiap sedia sekarang." Kata Ejen Zain terus.

Faqrul mendengar apa yang ayah dia kata terus terbuntang mata terkejut.

******************

Di HQ T.A.S.A

Semua ejen ejen T.A.S.A sedang bersedia untuk mereka bergerak untuk melakukan misi, sekarang hanya menunggu kedatangan Ejen Zain sahaja iaitu ketua mereka.

Faqrul melihat semua ejen ejen melalui cermin yang boleh menampakkan tempat mereka akan berlepas menaiki pesawat mereka. Faqrul sengaja nak ikut ayah ke sini untuk menghantar ayahnya untuk ke sini sebelum Ejen Zain bertolak. Setidak-tidaknya dia boleh dia boleh ucapkan selamat tinggal dekat ayah dia.

Ejen ejen yang terlibat sudah bersedia menunggu di pesawat khas T.A.S.A untuk berlepas setelah Ejen Zain tiba.

Saat Faqrul tengah khusyuk melihat mereka, tiba-tiba sahaja ayahnya sudah sampai.

"Faqrul..." Panggil Ejen Zain.

"Ayah..." Sahut Faqrul bila Ejen Zain panggil dia. Ejen Zizi juga ada bersama dengan ayahnya.

"Faqrul.....ayah dah nak bertolak ni, Faqrul jaga diri baik-baik. Ingat segala apa yang ayah pesan pada Faqrul." Kata Ejen Zain serta dengan memperingatkan segala pesanan Ejen Zain pada Faqrul.

"Ayah..... Faqrul tak minta banyak. Faqrul cuma minta ayah dapat balik dengan selamat sahaja. Faqrul harap ayah dapat selesai misi dengan selamat." Pinta Faqrul dengan rasa sedikit pilu.

"InsyaAllah Faqrul.... Seandainya Allah mengizinkan untuk ayah pulang kembali dengan selamat." Balas Ejen Zain sambil tersenyum pahit. "Sebelum ayah pergi, ayah nak bagi Faqrul ini." Sambung Ejen Zain lagi, lalu memberi seutas rantai.

Faqrul menyambut pemberian ayahnya itu.

"Ini rantai ayah, Faqrul jaga dengan baik. Ayah bagi sekarang takut tak sempat...." Kata Ejen Zain lagi.

"Tapi ayah....."

"Takde tapi, Faqrul simpan sahaja." Potong Ejen Zain.

"Baiklah ayah...." Jawab Faqrul akur.

"Tuan....mari, semua ejen ejen yang lain dah tunggu." Masuk Ejen Zizi tiba-tiba. Ejen Zizi ada di sini atas sebab untuk dia mengiring Ejen Zain untuk bertolak pergi misi.

Ejen Zain hanya mengangguk lalu dia mengikut Ejen Zizi selaku pengiring dia. "Selamat tinggal Faqrul...." Ucap Ejen Zain lalu pergi meninggalkan Faqrul.

"Ayah!!!!" Panggil Faqrul tiba-tiba.

Langkah Ejen Zain terhenti dan memandang kepada Faqrul. Faqrul terus pergi datang merapat dekat Ejen Zain.

Secara tak langsung, Faqrul menghulurkan tangannya. Ejen Zain terkejut dengan tindakkan anak dia menghulurkan tangan dia lalu dibalas juga.

Faqrul menyalam tangan Ejen Zain dengan lembut serta mencium dengan kasih, sedikit air mata mengalir keluar. Ejen Zain dapat merasakan air mata anaknya tersebut.

Ejen Zain hanya senyum sahaja lalu mengusap kepala anak dia dengan lembut. Selepas itu, baru Faqrul mengangkat semula kepalanya dan memandang Ejen Zain.

Super Agent (Book 2) : terungkap sebuah rahsiaWhere stories live. Discover now