Bab 25

14 0 0
                                    

Di base control Zhaf..

Faqrul, Adria dengan Zhaf sudah mulakan kerja pencarian Ejen Zain di seluruh kawasan Sabah ini, termasuk juga dengan pencarian dimana kedudukan pasukan Chess Fcats. Faqrul pun tahu dengan cari mereka, akan tahu dimana ayahnya berada. Sebab ayah dia sudah jadi tahanan mereka.

"So Faqrul.... Sebelum kita nak start cari ni, kau ada apa apa data atau pun clue tentang Chess Fcats?" Tanya Zhaf matanya ralit fokus pada komputer dia.

"Aku ada bawak beberapa folder yang aku ambil dari akademi sebelum aku ke sini. So.... Aku hanya ada data ni sahajalah yang boleh aku cari, dekat mana diorang bersembunyi and sorokkan ayah aku..." Bagitahu Faqrul sambil dia menyucukkan thumb drive dia pada komputer Zhaf.

"Hmmm it's okay...... Kita cari dulu dengan data yang kau ada." Balas Zhaf seraya memindahkan maklumat dalam komputer dia.

"Semua data data ni, kau ambil dari akademi ker Faqrul?" Tanya Adria tiba-tiba.

"Yerr Adria.... Sebab tanpa data data ini, macam mana aku nak mula cari ayah aku." Balas Faqrul sambil memeluk tubuh dia sendiri.

"Kau pasti dengan data yang ada ni boleh dapat jejak ayah kau dengan pasukan pengganas itu?"

"Kita cuba mana yang boleh dulu Adria.... Kalau perlu kita cari dari sumber lain, kita cari...." Kata Faqrul lagi sambil sambil itu mereka berdua cuba tolong Zhaf apa yang patut.
.
.
.
.
.

1 jam kemudian....

Setelah lama mereka bertiga membuat pencarian dan pengesanan. Akhirnya berhenti sebab.....

"Faqrul..." Panggil Zhaf tiba-tiba.

"Hah... Kenapa Zhaf?"

"Aku dah cuba kaji semua data data base on yang kau bagi ni. But apa yang aku hanya dapat sekarang ni..... Kalau kita nak cari ayah kau mahu pun markas Fcats sekali pun, kita tak tahu mana nak cari markas mereka. Sebab Sabah ni luas, so dekat mana mana diorang boleh bersembunyi supaya mereka susah untuk dikesan." Jelas Zhaf panjang lebar pada Faqrul.

Faqrul hanya mengangguk faham dengan apa yang bagitahu oleh Zhaf tadi begitu juga dengan Adria

"Takkan dari maklumat itu, tak dapat kesan mana markas mereka?" Sampuk Adria pula.

"Itu agak susah untuk aku buat Adria.... Tapi kan....." Ada tapi pula si Zhaf ni.

"Tapi apa tu Zhaf?" Soal Faqrul ringkas.

"Tapi kan korang.... Itu bukannya alasan untuk aku tak nak cuba untuk kesan di mana markas Fcats. Sebab base on maklumat dan data yang Faqrul bagi ni, jadi sebagai permulaan pertama untuk cuba kesan mereka and aku sarankan kita pergi ke 2 lokasi ini." Jawab Zhaf lagi sambil menyuarakan pandangan dan saranan dia.

Zhaf menekan laju keyboard komputer dia lalu menunjukkan 2 gambar lokasi berbeza.

"Kita pergi ke 2 tempat ini terlebih dahulu.... Iaitu lokasi persembunyian mereka yang sebelum ini dan lokasi terakhir di mana ayah kau pergi bertempur dengan musuh dulu dan gambar ini jugak semua.... Mana tahu, yang maybe kita akan jumpa beberapa clue dekat sana nanti." Kata Zhaf pada mereka berdua.

"Hmmm kalau macam tu okay....." Balas Faqrul ringkas.

"So.... Bila kita boleh pergi mulakan pencarian tu?" Tanya Adria pula.

"Aku rasa better pergi esok.... Hari ini kita prepare apa yang patut." Jawab Zhaf terus.

"Aku setuju cadangan kau Zhaf...... Kita pergi esok sahaja....." Sokong Faqrul dengan cadangan Zhaf.

Super Agent (Book 2) : terungkap sebuah rahsiaWhere stories live. Discover now