Bab 29

4 0 0
                                    

Pagi di Akademi...

Ejen Zizi masuk ke dalam bilik dia dengan rasa macam macam perasaan yang ada dalam diri dia, ada rasa marah, rasa bimbang, ada juga rasa sedikit bengang serta tekanan tugas mana tidaknya. Lagipun kerana dia baru sahaja lepas kena smash teruk dengan general Razmat tadi. Kerana masih tiada apa apa lagi sebarang perkembangan tentang kes Faqrul dengan kes pasukan pengganas Chess Fcats.

Serta merta Ejen Zizi terus teringat semula apa di smash oleh general tadi.

Flashback.....

"Bagaimana dengan tugasan misi yang kamu tengah jalankan sekarang ni? Ada apa apa sebarang perkembangan?" Soal general Razmat terus setelah Ejen Zizi sudah berada di bilik briefing dengan penuh serious.

Ejen Zizi terus terkejut dan terkaku bila general Razmat terus menyoal tentang misi dan kes sedang masih berjalan serta dalam siasatan. Lidahnya pula terkelu untuk menjawab persoalan itu, kerana kes itu masih lagi dalam siasatan. Begitu juga dengan pencarian Faqrul mereka masih lagi mencari dan mengesan keberadaan Faqrul sekarang ini.

"Kenapa kamu senyap Zizi? Ada apa apa masalah ker?" Soal semula general Razmat.

"Errr takde general... Tak ada apa apa masalah pun." Jawab Ejen Zizi dengan sedikit gementar.

"Habistu? Kenapa macam susah nak jawab soalan saya tadi?" Balas general Razmat.

Ejen Zizi terdiam sekali lagi.

"Zizi... Saya tanya sekali lagi, apa perkembangan tentang kes Faqrul dengan misi pencarian Chess Fcats tu?!" Soal general Razmat lagi dengan lebih tegas kali ini.

Ejen Zizi kali ini sedikit terkejut dengan nada suara general Razmat dengan sedikit garang kali ini. Jadi nak atau tidak dia kena bagitahu perkembangan setakat ini.

"Tentang misi pencarian Chess Fcats tu, kami semua masih lagi tengah berusaha untuk mencarinya general. Begitu juga dengan misi menjejaki Faqrul, kami semua masih lagi berusaha mencari dia dan dia juga masih belum menjumpai di mana keberadaan Faqrul sekarang ni. Tapi kami masih lagi mengusahakannyan general." Jawab Ejen Zizi dengan jujur sekali.

"Apa!!?? Masih lagi mencari?!" General Razmat mendengar jawapan dari Ejen Zizi tadi itu sedikit terkejut serta sedikit keluhan di lepaskan.

"Apa yang kamu buat ni Zizi?! Dari hari pertama saya serahkan kepada kamu untuk ketuai misi dan tugas sampai ke hari ini.... Hampir 5 hari nak ke seminggu, kamu semua masih lagi mencari dan mengesan dia sampai sekarang lagi masih tak dapat dapat. Saya mengharapkan kamu sudah jumpa dan kesan sama ada keberadaan Faqrul atau pasukan Chess Fcats di mana mereka berada antara salah satunya tapi.... Masih lagi tidak!!!!" Marah general Razmat pada Ejen Zizi. "Jangkaan saya meleset sama sekali sebab jawapan yang saya terima dari kamu sangat mengecewakan!!! Seperti kamu semua ni buat kerja tidak begitu serious..... Sedangkan misi kita kali ini untuk menumpaskan pasukan Chess Fcats dari meneruskan kegiatan dia sehinggalah dia menguasai seluruh kawasan Sabah dan boleh jadi dia juga dia mungkin boleh menguasai seluruh negara kita kamu tahu tak!!!!!" Sambung general Razmat marah lagi.

Super Agent (Book 2) : terungkap sebuah rahsiaWhere stories live. Discover now