Bab 3

21 1 1
                                    

Pada malam itu...

Seperti yang dikatakan Faqrul pada petang tadi yang Faqrul mahu keluar jumpa dengan kawan dia.

"Ayah....owhh ayah...." Faqrul menuruni tangga lalu ke dapur terlihat ayahnya sedang siapkan makan malam.

"Hah... Faqrul, dah siap nak keluar ye... Tak nak jamah dulu ke?" Kata Ejen Zain yang sudah siap makan malamnya.

"Hmmm takpelah ayah...lagi pun dah janji nak jumpa and amik dia kat rumah dia nanti." Jawab Faqrul. Tiba-tiba masa itu pula ..

'Papp!!!!' ada orang menepuk bahu dari belakang Faqrul.

"Tak payah amik aku lah, aku dah sampai pun Faqrul." Sergah seorang lelaki itu.

"Owhhh pocot kau!!!" Faqrul menoleh belakang siapa yang menepuk bahu dia tadi...

"Weyhhh!!! Kau Izzat!! Buat aku terkejut jerr, bila masa kau datang ni??!" Soal Faqrul terus.

"Hmmm dalam 15 minit tadi sebelum kau turun hehehe...." Jawab Izzat sambil tersengih.

"Hmmm!!! Kau nak datang bukannya nak bagitahu!! Tahu tahu muncul pulak kau kat sini, lagipun aku dah janji nak amik kau kat rumah kan." Kata Faqrul lagi dengan muka sedikit bengang.

"Alahh...rilek lah...saja jerr aku nak datang rumah kau. Nak bagi surprise... Lagipun aku rindu dengan kawan baik aku ni. Yelah 2 minggu tak jumpa kan." Ujar Izzat sambil merangkul leher Faqrul.

"Hmm yelah... Ni nak keluar ke tak nak ni?"

"Ehhh kau ni mestilah nak!! Dah kau ajak."

"Kalau macam tu jom lah kita gerak." Ajak Faqrul untuk terus keluar.

"Jom!!"

"Okaylah ayah, Faqrul dengan Izzat gerak dulu yerr..." Kata Faqrul pada ayahnya seraya menghulurkan tangannya untuk salam dengan ayahnya. Begitu juga dengan Izzat membuat perkara yang sama.

"Hmmm yelah, elok elok jalan tu." Pesan Ejen Zain.

"Kami saya minta diri dulu juga yerr tuan." Ujar Izzat pula lalu membuat benda yang sama juga dengan Faqrul buat tadi. Iaitu menyalam tangan Ejen Zain.

"Izzat...berapa kali saya dah pesan? Ini rumah saya bukan dekat akademi, jangan panggil saya tuan, just panggil Uncle Zain dah cukup!!" Balas Ejen Zain pada Izzat, sepertinya Ejen Zain sudah selesa dengan Izzat juga.

"Heehhehe!!! Sorry....saya asyik lupalah Uncle. Hehehehe!!" Jawab Izzat tersengih.

"Hmm lain kali jangan lupa lagi!" Kata Ejen Zain tegas.

"Okay Uncle..."

"Woii Izzat!! Apa yang kau buat lagi kat dalam tu??!" Jerit Faqrul dari luar rumah.

"Hahh....kejap kejap!!" Terus Izzat bergegas keluar rumah Faqrul.

Itulah Izzat, kawan baik Faqrul selepas dia masuk ke akademi, malah mereka berdua satu teras yang sama. Sejak dari situ mereka berdua rapat sampai sekarang, banyak perkara yang mereka sentiasa lakukan bersama dan ada kala juga dalam latihan, terutama sekali dalam kombat mereka berdua sering lakukan latihan bertempur sesama sendiri. Ada kala Izzat dapat tewaskan Faqrul atau Faqrul dapat tewaskan Izzat. Tapi masing-masing ada kekuatan sendiri kan... Tak lupa juga, Izzat ni sebenarnya ada seni mempertahankan diri iaitu taekwondo dan karate dan dia sangat berbakat dalam kedua-dua ilmu itu. Oleh kerana itu juga, Faqrul pun minta Izzat untuk memberi tunjuk ajar tentang kedua-dua ilmu pertahankan diri itu.

*********************
Di suatu pelabuhan

"Kecemasan!! Kecemasan!! Ada penceroboh di kawasan sektor C5, sila datang bawa bantuan!!!" Para pengawal keselamatan yang dapat panggilan tersebut terus ke lokasi kejadian.

Super Agent (Book 2) : terungkap sebuah rahsiaWhere stories live. Discover now