Bab 4

20 0 1
                                    

Di ibu kota Metrocyber yang dipenuhi dengan ramai orang. Begitu juga Faqrul dengan Izzat mereka berdua melepak di satu tempat di bandar habiskan masa hari ini.

"Faqrul...aku nak tanya sikit boleh?" Tanya Izzat yang terduduk diatas motor dia sendiri.

Faqrul yang sedang main fon atas motor dia pun berhenti seketika. "Hah...kau nak tanya apa Izzat?"

"Apa yang aku tanya ni, kau jangan marah yer... Maybe ia akan mengganggu sedikit perasaan kau." Ujar Izzat semula.

"Hmmm okay..... sekarang ni just tanya lah."

"Faqrul....aku kenal kau dah lama, kita kawan pun dah lama. Sejak dari kau mula mula masuk akademi sampailah kita dah jadi antara senior dalam kalangan ejen muda. Kau tak pernah bagitahu aku lagi tentang ibu kau. Jadi sekarang ni soalan aku, kau tak terfikir yang kau ni nak cari or tanya ayah kau tentang ibu kau?" Jelas Izzat panjang dan terus bertanyakan tentang soalan tersebut.

Saat Faqrul mendengar apa yang dipersoalkan oleh Izzat itu. Membuatkan perasaan dia rasa sedikit muram dan Faqrul pun terus menghembuskan nafas panjang.

"Errr Faqrul...kau okay ke? Sorry lah kalau soalan aku membuatkan emosi kau terganggu. But, kalau kau tak dapat nak jawab takpe....aku tak paksa." Ujar Izzat lagi dengan sedikit serba salah.

"Ehhh Izzat takpe... it's okay. Aku tak marah, aku jawab jelah sebab kau dah tanya kan...." Balas Faqrul dengan biasa sahaja.

"Hmmm okay..."

"Untuk pengetahuan kau Izzat, sebelum memang aku pernah terdetik niat aku nak tahu, dekat mana ibu aku dan untuk pengetahuan kau juga Izzat, pada tahun lepas, pernah aku sekali hari itu aku nekad nak tanya ayah aku tentang ibu aku...and then apa jadi masa tu, ayah aku marah sebab masa tu aku tak henti henti untuk aku tanya mana ibu mana ibu kenapa sejak aku kecil sampai aku dah nak meningkat dewasa ni, ayah aku langsung tak pernah cerita or bagitahu tentang ibu aku. Sampailah satu tahap itu, ayah aku bagitahu jawapan yang keluar dari mulut dia sendiri yang mengatakan......

'Baiklah kalau Faqrul nak tahu sangat tentang ibu Faqrul sendiri... Baik ayah bagitahu, sebenarnya ibu...dah tinggalkan Faqrul dengan ayah!! Ibu berkata kat ayah sendiri yang dia nak tinggalkan ayah dengan Faqrul. Sekarang Faqrul dah tahu jawapan dia kan? Sekarang Faqrul nampakkan kenapa ibu Faqrul takde...sebab dia dah tak sayangkan Faqrul..."

"Itulah kata kata yang keluar dari mulut ayah aku...." Jelas Faqrul menceritakan segalanya pada Izzat.

"Serious lah Faqrul.... Aku rasa simpati dan kesian dengan kau Faqrul..." Ujar Izzat dengan rasa penuh simpati kepada Faqrul.

"Tapikan Izzat, apa yang aku cakap ni, mungkin akan mengejutkan kau sedikit. Sebenarnya masa ayah aku bagitahu tentang, aku dapat rasakan yang apa ayah aku katakan itu tak semua betul.... Aku macam dapat rasakan macam ada sesuatu yang ayah aku nak sorokkan dari aku. Tapi aku tak tahu apa dia..." Sambung Faqrul lagi kali ada sedikit rasa sebak dekat dada ingin menangis tapi Faqrul cuba menahan sahaja.

"Faqrul....kau jangan kata macam tu...kalau betul apa yang ayah kau kata tu tak betul atau erti kata lain dia bohong sekali pun. Aku pasti ayah kau mesti ada sebabnya kenapa dia kata begitu...." Kata Izzat dengan rasa simpati lagi. "Habis tu sekarang ni, kau tak terasa nak cari ibu kau?"

Faqrul menggelengkan kepalanya laju. "Takk Izzat....aku tak terfikir nak cuba cari. Kalau aku nak cari, aku tak tahu nak cari kat mana and nak mula dari mana.."

"Hmmm takpelah Faqrul... Sekarang apa yang aku boleh cakap, aku nak kau banyak bersabar, doa banyak banyak. Ingat Allah sentiasa ada nak tolong hamba dia. InsyaAllah aku yakin kau akan jumpa ibu kau satu hari." Kata Izzat seraya menasihati dan memberi semangat pada kawan dia.

Super Agent (Book 2) : terungkap sebuah rahsiaWhere stories live. Discover now