Prolog

80 1 0
                                    

18 tahun lalu......

Hujan yang lebat membasahi bumi serta bunyi guruh dan petir yang sering di dengari pada waktu malam. Namun ada satu bunyi yang sering tak henti henti didengari oleh seorang lelaki dari ruang tamu rumah perkampungan itu. Lelaki itu hanya mampu berdoa agar semua dipermudahkan segala-galanya dari-Nya.

"Ahhhhhh!!!!" Jeritan seorang wanita yang berada dalam bilik sedang bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat yang dikandungnya.

Mak bidan pula lagi tadi hanya menyuruh wanita itu meneran sahaja.

'Ya Allah, Ya Tuhanku, aku mohon padaMu Ya Allah. Kau selamatkan isteri dan anakku Ya Allah. Sesungguhnya hanya padaMu sahaja aku minta pertolongan.' Lelaki itu hanya berdoa sahaja. Saat perasaan risau melanda diri.....

"Ayah.... Kenapa dengan ibu? Ibu terjerit dalam bilik tu dengan ada seorang nenek?" Tanya seorang budak lelaki yang kecil pada ayahnya yang berusia linkungan 4 tahun.

Lelaki itu tersenyum tatkala anak lelaki dia itu bertanya. "Anak ayah sayang, ibu kat dalam sebenarnya nak melahirkan adik kamu sayang.... Jadi lepas ni, anak ayah akan jadi abang sekejap lagi, mesti anak ayah sukakan lepas ni dapat jumpa adik." Jawab lelaki itu.

"Suka..." Budak lelaki itu hanya jawab sepatah sahaja.
.
.
.
"Ahhhhhhh!!!!!! Sakitnya Mak bidan!!! Tolonglah Mak bidan!!" Jeritan kali ini amat kuat sekali.

"Sikit lagi.....dah nampak kepalanya nak keluar tu." Kata Mak bidan lalu meminta wanita itu meneran lagi sekuat yang boleh untuk yang kali terakhir.

Lalu wanita itu terus teran untuk kali yang terakhir dan.....

"Wekkkk!!!!! Wekkk!!!" Tangisan bayi sudah didengari dan suara kecil itu pun didengari oleh lelaki itu.

"Syukur alhamdulillah...." Ucap lelaki itu dengan rasa syukurnya terus bergerak ke bilik isterinya dan menunggu Mak bidan keluar dari bilik tersebut.

Beberapa minit selepas itu, Mak bidan pun keluar dari bilik tersebut.

"Macam mana Mak bidan keadaan isteri dan anak saya?" Soal lelaki itu dengan tidak sabarnya.

"Alhamdulillah, isteri kamu sudah selamat melahirkan anak. Kamu dapat anak lelaki lagi." Jawab Mak bidan dengan senyuman.

"Syukur Alhamdulillah Ya Allah!!!" Ucap syukur lagi sekali lelaki itu dengan meraup wajahnya sekali.


Stay tuned guyss!! For chapter 1....dan ketahui lagi apa lagi yang akan berlaku... By the way, untuk poster cerita ni saya belum ada masa nak edit lagi.... InsyaAllah poster baru akan upload juga...

Jangan lupa vote & comment yeree💕💕

Super Agent (Book 2) : terungkap sebuah rahsiaWhere stories live. Discover now