Bab 14

22 1 0
                                    

3 hari kemudian....

Sudah 3 hari lepas Faqrul terima berita tentang ayahnya dia hanya berkurung di rumahnya sahaja dan selama 3 hari Faqrul tidak datang ke akademi. Banyak kali juga Izzat dan rakan rakan dia telefon Faqrul suruh datang akademi tapi Faqrul langsung tak angkat panggilan itu, begitu juga Ejen Zizi selalu juga telefon Faqrul.

Faqrul hanya duduk termenung sahaja di biliknya memendam perasaan. Sampai hari ini Faqrul masih tak boleh terima dan tidak percaya lagi yang ayahnya sudah tiada.

"Ayah.... Faqrul percaya yang ayah masih lagi hidup, lagipun Faqrul percaya dan dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena. Kalau sampai sekarang mereka tak dapat jumpa ayah walaupun jasad ayah sekali pun, Faqrul nekad akan ke sana cari ayah serta balas dendam pada orang yang dah bunuh ayah!!! Walaupun Faqrul akan pergi sendiri untuk selesaikannya." Kata Faqrul dengan sungguh tekad dengan menggenggam kuat tangannya.

Tiba-tiba telefon Faqrul berbunyi menandakan ada panggilan dan nama panggilan tertera di skrin telefon adalah Ejen Zizi.

Faqrul malas nak menjawab panggilan itu lalu dia decline panggilan tersebut.

Ejen Zizi mengeluh tatkala panggilan dia Faqrul tidak menjawab langsung.




"Macam mana Zizi? Still lagi tak dapat call Faqrul?" Tanya Ejen Syakir.

"Tak Syakir.... Dia tak jawab lagi.... Hisyyhhh!!!! Frust lah aku!!!" Jawab Ejen Zizi geram.

"Sabar sikit Zizi.... Maybe Faqrul tu masih sedih lagi atas kematian ayah dia." Balas Ejen Hafiez pula.

"Sabar sabar... Fikir dia punya rasa sedih jerr tak habis habis!!" Marah Ejen Zizi sedikit.

"Sabar lah Zizi jangan kau ikutkan sangat marah tu, marah tu kan sifat syaitan... istighfar banyak banyak. Kau sebagai orang yang rapat dengan dia dan orang yang dia dah anggap macam abang dia sendiri, kau patut lagi memahami dia." Balas Ejen Syakir pula.

"Aku sebenarnya bukannya nak marah sangat tapi kalau dia asyik berperangai macam ni, siapa je yang tak marah!!! Lagipun, sepanjang 3 hari ni aku risau juga dengan Faqrul tu." Kata Ejen Zizi lagi dengan perasaan risau.

"Apa yang kau nak risaukan dengan Faqrul tu?" Tanya Ejen Hafiez pula.

"Aku risau yang dia akan buat perkara yang tak sepatutnya mungkin berlaku di luar jangkaan kita sahaja." Jawab Ejen Zizi.

"Maksud kau?" Tanya Ejen Syakir dan Hafiez serentak.

"Aku tak pasti apa dia... Tapi bila aku ingat kan semula pada hari pertama yang dia terima berita tentang kematian ayah dia, dia sendiri kata yang dia akan pergi ke sana untuk cari Ejen Zain kalau mayat atau jasad Ejen Zain tidak ada ada depan mata dia." Jelas Ejen Zizi dengan riak wajahnya yang sungguh risau.

"Wuisshhh kau biar betul Faqrul cakap macam tu? Itu kerja gila tau kalau dia buat macam tu!!!" Balas Ejen Hafiez terkejut.

"Itu lah masalahnya sekarang ni.... Dan lagi satu, sampai sekarang kes tentang kematian Ejen Zain yang kita siasat sekarang ini tidak jumpa sebarang clue atau petunjuk." Keluh Ejen Zizi sendiri.

Sebenarnya, pada hari yang Faqrul meninggalkan bilik briefing  selepas mendapat tahu berita tentang ayahnya. General Razmat ada menyuruh Ejen Zizi untuk panggil semua ejen ejen dia untuk memberitahu sesuatu.

Flashback....

Ejen Syakir, Ejen Aiman, Ejen Hafiez dan Ejen Aeda. Semua ejen sudah tiba di bilik briefing seperti yang General Razmat arahkan pada Ejen Zizi tadi.

"Semua dah ada General..." Kata Ejen Zizi seketika.

"Ada apa general nak jumpa kami semua ni sebenarnya?" Tanya Ejen Syakir.

Super Agent (Book 2) : terungkap sebuah rahsiaWhere stories live. Discover now