Bab 20

27 0 0
                                    

Di akademi keadaan sudah menjadi seperti kena serang dengan musuh, padahal Faqrul seorang sahaja yang datang ceroboh.

Ejen Zizi dengan yang lain termasuk juga dengan Izzat dan rakan-rakan dia berada di bilik rawatan. Mujur Ejen Aeda ada enhancer dia untuk memulihkan konsdisi badan mereka dalam keadaan baik. Cuma kecederaan lain, terpaksa di rawat dengan rapi.

Selepas sahaja mereka dirawat, mereka terpaksa untuk datang menghadap General Razmat. Sudah pasti general tahu apa yang jadi dekat akademi.

Faqrul sudah tiba di rumah dia. Motor superbike dia terus memasuki garaj dia, selepas itu diperiksa disekeliling kawasan rumah dia untuk memastikan tiada siapa yang ada dikawasan itu sebelum dia masuk ke rumah.

Selepas memantau sekeliling rumah, baru dia masuk. Faqrul masuk dan terus ke bilik dia lalu membuka komputer riba dia. Selepas itu dia menyucuk thumb drive dan melihat semua data data yang diambil tentang kes ayah dia, termasuk juga dengan pasukan pengganas tersebut.

Faqrul melihat satu per satu dengan teliti sekali, untuk mendapatkan dahulu clue tentang ayah dia dan dimana tempat yang boleh dia mulakan untuk mencari ayah dia.

"Haihh tak banyak pula clue yang ada dekat folder kes ayah ni." Keluh Faqrul seketika. Selepas itu, Faqrul terus mencari data lain dekat folder sulit tentang pasukan pengganas tersebut.

Faqrul buka folder satu lagi itu. Dia menekan untuk buka. Folder itu sedang mengambil masa dimuatkan masuk dan terus....

"Wuishh!!!! Banyak juga...." Faqrul terkejut tatkala folder yang dibuka itu ada banyak segala data dan maklumat tentang pasukan pengganas itu.

Faqrul terus buka dan lihat satu per satu.

"Jadi inilah dia, pasukan pengganas yang mereka tengah siasat sekarang ni dan pasukan ini digelar sebagai Chess Fcats." Faqrul melihat dengan penuh khusyuk setiap data yang ada dalam itu sampailah dia terjumpa yang amat mengejutkan.

"Apa??!! Tak mungkin?" Ujar Faqrul terkejut. "Pasukan ini ada kaitan dengan pasukan pengganas yang ayah pernah kalahkan semasa ayah pergi misi dekat britain dulu. Iaitu kumpulan Chess Phoenix. Jadi tak mustahil lah mereka dapat sambung buat semula suit mereka yang pernah dirampas masa 24 tahun dulu." Sambung Faqrul lagi.

Faqrul cari data data lain tiba-tiba dia terjumpa gambar dua suit yang sudah diguna pakai sekarang ini iaitu Centinel Ryuma dan Centinel Raiger.

"Aku pasti, yang mereka mesti agak susah dikalahkan... Tapi demi nak selamatkan ayah, aku sanggup hadapi mereka." Kata Faqrul dengan tanpa rasa teragak agak.

"Ayah.... Faqrul akan datang selamatkan ayah walau apa jua sekali pun." Kata Faqrul muktamad lalu dia terus bangkit dari duduknya dan terus bersiap-siap.

Di bilik briefing akademi.

Ejen Zizi, Syakir, Aiman, Hafiez, Aeda dan tak lupa juga Izzat dan rakan-rakan dia yang turut ada disitu, lagi tadi hanya diam membisu.

"Kenapa semua senyap?" Tanya General Razmat dengan nada biasa, tapi bagi mereka agak lain. Sebab mereka semua tahu pasti general akan marah sekejap lagi

"Heyyy!!! Saya tanya tadi!!!! Kenapa kamu semua senyap bila saya tanya apa yang berlaku di akademi sebentar tadi???!!!!!!" General Razmat tanya lagi sekali dengan perasaan yang sungguh marah.

General Razmat mengeluh seketika tatkala salah seorang daripada mereka tidak mahu menjawab pertanyaan dia.

"Ejen Zizi, sebagai orang yang cukup berpengalaman dalam T.A.S.A ini. Saya nak kamu bagitahu apa yang berlaku dekat akademi ini? Sebelum saya bagi hukuman pada kamu semua tak terkecuali Izzat, Bai dan Rafi!!" Arah General Razmat dengan tegas setegasnya.

Super Agent (Book 2) : terungkap sebuah rahsiaWhere stories live. Discover now