Bab 12

9 0 0
                                    

Hari ke-5 Ejen Zain berada di Sabah..

"Tuan Zain!!" Panggil seseorang dalam keadaan tergesa-gesa.

Ejen Zain dengan Ejen Muqri tengah sibuk merancang strategi terkejut melihat orang bawahan dia datang.

"Hah kenapa ni? Ada apa apa masalah ke?" Tanya Ejen Zain serious.

"Tuan Zain... Tuan kena tengok ni, ada sesuatu yang kami telah dapat tentang kumpulan pengganas Chess Fcats." Kata seorang anggota ejen itu.

Ejen Zain dengan Ejen Muqri tanpa berfikir lagi terus mengikut ejen dia untuk mengenal pasti apakah benda itu.

Mereka bertiga berada di bilik gerakkan dan anggota ejen itu terus menunjukkan apa benda yang ingin di tunjukkan pada Ejen Zain dan Ejen Muqri itu.

"Tuan Zain dan Ejen Muqri cuba lihat ini." Kata anggota ejen dia itu dengan menunjukkan beberapa rakaman video.

Rakaman sedang loading untuk di mainkan. Dalam beberapa saat, video telah berjaya di mainkan.

Alangkah terkejutnya Ejen Zain tatkala melihat rakaman itu. Rakaman itu menunjukkan satu kekecohan yang berlaku satu kawasan bandar yang ketuai oleh orang Chess Fcats sendiri iaitu Centinel Raiger.

"Ada lagi satu Tuan..." Ujar anggota itu lalu menunjukkan satu lagi rakaman.

Rakaman ini pula kejadian sama tapi di kawasan tempat lain dan di ketuai oleh orang lain pula iaitu Centinel Ryuma.

Ejen Zain menonton rakaman itu sehinggalah habis.

"Huuhh!!!" Ejen Zain menghela nafas kasar serta rasa sedikit tertekan. "Nampaknya... kumpulan Chess Fcats dah semakin menjadi jadi... Mereka dah melampau..." Kata Ejen Zain dengan rasa geram dan marah.

"Jadi Zain... Apa tindakkan kita sekarang patut buat? Semua orang hanya tunggu kau beri arahan seterusnya sahaja termasuk aku juga." Kata Ejen Muqri pula. "Sekarang ni semuanya terletak pada kau... Kalau kau nak kami standby, kami semua dah standby 100% awal kalau kau nak kita bertindak." Sambung Ejen Muqri lagi masih menunggu apakah jawapan dari mulut Ejen Zain yang akan keluar.

Ejen Zain menarik nafas sedalam dalamnya lalu di hembuskan perlahan dan barulah dia mula bersuara.

"Muqri.... Aku nak kau arahkan semua ejen ejen kita yang terlibat untuk standby.... Aku akan rancang segala strategi yang seterusnya. Selepas sahaja aku dah rancang semua benda, aku akan panggil semua orang untuk aku terangkan semua rancangan aku terhadap misi ini dan selepas itu...... Kita akan mula bertindak untuk menumpaskan kumpulan pengganas Chess Fcats ni!!!!" Arah Ejen Zain dengan panjang sekali dengan jelas kepada Ejen Muqri.

"Dan kamu, teruskan dapatkan segala info atau data berkaitan yang paling terkini. Kalau ada apa apa terus info pada saya atau Ejen Muqri." Arah Ejen Zain lagi pada anggota ejen dia.

"Baik Tuan!!" Jawab anggota ejen itu ringkas.

Ejen Zain terus beredar dari situ setelah memberi arahan pada ahli pasukan dia yang terlibat.

Sementara itu....

Di markas Chess Fcats, Fiq dengan Rahman pulang setelah mereka buat kekecohan tadi.

"Hah....kau berdua dah balik pun...." Ujar Kozak setelah mereka sampai. "Hmm.... Macam mana hari ini? Seronok buat kecoh dekat kawasan bandar tadi?" Sambung Kozak bertanya.

"Mestilah seronok papa..." Jawab anaknya itu Fiq. "Dah papa bagi arahan suruh buat kekecohan dekat bandar, jadi kami buat kecoh sehabis habisnya lah... Lagipun apa guna panggil kumpulan pengganas kalau kita tak buat kecoh dan papa sendiri kata yang kita akan kuasai seluruh bandar ini nanti kan..." Sambung Fiq lagi dengan lagaknya.

Super Agent (Book 2) : terungkap sebuah rahsiaWhere stories live. Discover now