Bab 18

21 1 0
                                    

Pintu terbuka secara tiba-tiba. Faqrul terus memandang ke arah tersebut dengan terkejut.

"Faqrul!!" Ejen Aeda terkejut tatkala dia masuk bilik itu dan melihat Faqrul tiba-tiba sahaja muncul di sini.

"Kak Aeda..." Balas Faqrul terkejut.

"Apa yang Faqrul buat di sini?" Tanya Ejen Aeda terus.

"Saya..."

"Dan kenapa Faqrul ada di akademi pada waktu malam sebegini? Faqrul tahu waktu macam ni memang tak boleh masuk tanpa sebarang sebab..." Kata Ejen Aeda dengan rasa musykil. Pada masa itu, dia nampak komputer itu telah di hidupkan dan tengah memproses sesuatu.

"Kak Aeda saya sebenarnya....." Tak sempat habis ayat lagi Ejen Aeda memotong.

"Faqrul.... Kenapa komputer itu hidup? Dan kenapa folder kes yang sulit Faqrul dapat buka dan Faqrul membuat proses pemindahan folder itu?" Soal Ejen Aeda lagi bermacam macam seraya itu Ejen Aeda sudah dapat rasakan sesuatu yang tidak kena.

Faqrul hanya terdiam dan kaku sahaja bila disoal sebegitu oleh Ejen Aeda.

"Kenapa Faqrul diam? Adakah sekarang ni Faqrul dah ceroboh masuk ke akademi dan cuba nak curi segala data dan maklumat dalam fail yang kami tengah siasat?!!" Tanya Ejen Aeda seraya tangan telah bersedia mengacukan enhancer pada Faqrul.

Faqrul terus terkejut dengan tanggapan Ejen Aeda. Sekarang ini dia tidak tahu dia nak buat apa, cuma satu sahaja yang dia kena buat untuk dia atasi perkara ini.

"Maafkan saya kak Aeda...." Kata Faqrul tiba-tiba

Ejen Aeda terus terkejut dengan Faqrul yang secara drastik tiba-tiba.

Pada masa itu.....

Ejen Zizi dengan 3 lagi Ejen yang lain sudah habis rehat tiba-tiba...

Penggera kecemasan akademi berbunyi.

"Weyh apahal ni?!" Tanya Ejen Aiman terkejut.

"Apa yang berlaku ni?!" Tanya Ejen Hafiez yang juga terkejut.

Tiba-tiba ada panggilan dari Ejen Aeda dari alat komunikasi di telinga mereka berempat.

"Korang datang bilik maklumat ni cepat!!! Ada.... Aaahhhh!!!!" Panggilan dari Ejen Aeda yang agak cemas dan tiba-tiba dia terjerit seolah olah di serang

Mereka berempat terkejut bila dengar jeritan dari Ejen Aeda melalui panggilan tadi. "Aeda.... Aeda!!! Apa yang berlaku tu??!!" Panggil Ejen Zizi semula, tiba-tiba panggilannya tak dibalas.

"Korang jom ke bilik maklumat Aeda macam kena serang." Arah Ejen Zizi pada mereka serayan terus berlari ke lokasi tersebut, begitu juga dengan yang lain ikut bersama.

"Zizi..... Apa yang berlaku dekat Aeda??!" Tanya Ejen Syakir yang masih berlari.

"Aku tak pasti, tapi kita kena cepat!!" Balas Ejen Zizi lagi.

Setelah pantas mereka berlari, akhirnya sampai juga ke bilik maklumat itu lalu terus mereka masuk.

Saat mereka sudah masuk, mereka terkejut melihat Ejen Aeda sudah sudah pengsan.

"Aeda!!!!" Jerit mereka berempat serentak lalu terus mendekati Ejen Aeda.

"Aeda.... Bangun Aeda..." Kejut Ejen Zizi terus, selepas itu Ejen Aeda pun membuka matanya perlahan

"Errr.... Erhhh..." Ejen Aeda dah sedarkan diri lalu memegang kepalanya yang rasa sakit. "Korang.... Tadi Faqrul datang ke sini, dia dah ambil maklumat tentang misi dekat Sabah tu, dengan kes Ejen Zain....." Kata Ejen Aeda lagi dan memberitahu kejadian dengan Faqrul tadi. "Korang kena pergi tahan Faqrul cepat, sebab dia dah lari melalui lubang itu." Sambung Ejen Aeda lagi sambil menunjukkan lubang udara yang Faqrul masuk tadi.

Super Agent (Book 2) : terungkap sebuah rahsiaWhere stories live. Discover now