Bab 19

36 0 0
                                    

"Hehehehe!!!!" Faqrul masih lagi ketawa dan ketawa dia kali ini sungguh terlalu sinis. Lalu Faqrul terus bangkit berdiri ibarat tanpa apa rasa apa apa pun.

"Apakah semua ni??!!" Ejen Syakir terkejut begitu juga dengan Ejen Zizi.

"Tak mungkin..." Ujar Ejen Hafiez dengan riak wajah tak percaya. Ejen Aiman pun rasa begitu.

"Mustahil jadi macam ni?? Serangan aku itu, dah lebih dari cukup untuk buat seseorang tertewas...." Kata Ejen Aiman pula.

Ejen Syakir, Ejen Aiman, Ejen Hafiez dan juga Ejen Zizi terkejut bila melihat Faqrul bangkit berdiri walaupun di serang dengan teruk.

"Kenapa? Terkejut? Bila aku jadi macam ni tiba-tiba...." Soal Faqrul sinis.

Mentor mentor dia hanya mengetap gigi dengan geram.

"Kalau ejen ejen semua nak tahu, aku sengaja terima serangan, supaya aku dapat membaca semua jenis serangan yang ejen ejen semua gunakan." Kata Faqrul dengan lagaknya. "Kali ini, aku bersedia..."

"Faqrul.... Sudah!!! Cukup!!! Kali ini aku takkan bagi peluang lagi!!!" Jerit Ejen Syakir tiba-tiba lalu terus mengeluarkan survi blaster dia dan menembak Faqrul dengan banyak kali.

"Huhh hanya dengan tembakan itu jerr yang Ejen Syakir mampu nak buat? Terlalu mudah untuk aku...." Kata Faqrul sinis lalu terus menarik bracelet throttle dan memulaskannya sehinggalah aktif.

"Brace throttle..... Hyper mode!!!!" Kata Faqrul setelah bracelet throttle dia aktif dan tangan kiri dia bergerak dengan laju sekali.

Ejen Syakir pula hanya menembak Faqrul secara terus menerus sampailah....

"Kpoww!!! Kpoow!!" Bunyi pistol survi blaster Ejen Syakir yang menembak tanpa henti tadi terus tiba-tiba sahaja perluru dia habis.

"Heheheheheheh!!!" Faqrul ketawa tatkala Ejen Syakir sudah habis menembak dia.

"Abang Syakir..... Tembakan abang sampai sekarang saya tak nafikan memang hebat...." Kata Faqrul selepas sahaja Ejen Syakir menembak dia. "Tapi sayangnya abang...." Faqrul melunjurkan tangan kirinya dan tangan dia itu digenggam lalu genggaman tangan kiri Faqrul dilepaskan terus.

Apa yang dilepaskan dalam genggaman tangan kiri Faqrul itu sangat mengejutkan Ejen Syakir. Begitu juga dengan ejen ejen yang lain.

Kerana..... Apa yang keluar dari genggaman tangan Faqrul tadi itu adalah perluru yang Ejen Syakir tembak tadi dan perluru itu Faqrul taburkan depan mereka semua terutama sekali Ejen Syakir.

"Tak mungkin..... Mustahil..... Macam mana dia boleh??!!" Ujar Ejen Syakir dengan rasa tidak percaya dengan ayatnya tak dapat dihabiskan.

Ejen Zizi dan yang lain tak mampu nak kata apa dan makin membuatkan mereka jadi makin geram.

"Macam mana dia boleh buat dan tangkap semua perluru yang Syakir tembak tadi?!" Soal Ejen Hafiez dengan riak wajah yang tak percaya.

"Masa Faqrul buat hyper mode pada bracelet throttle dia sendiri....." Jawab Ejen Zizi tiba-tiba.

"Apa yang kau cuba nak maksudkan sebenarnya Zizi?" Tanya Ejen Aiman pula.

"Masa Faqrul telah aktifkan hyper mode dia itu pada ketika Syakir menembak dia secara terus menerus dan tanpa henti, tangan kiri dia bergerak sungguh laju itu telah membuatkan Faqrul menangkap kesemua perluru yang Syakir lepaskan tembakan tadi. Jadi itu sebabnya kenapa peluru Syakir tadi ada tangan Faqrul tadi." Penjelasan Ejen Zizi setelah menganalisa kuasa pada gajet baru Faqrul itu.

Jadi ini bermakna, tembakan Ejen Syakir tadi langsung tidak kena pada Faqrul walaupun sedikit dan semua tembakan Ejen Syakir itu telah berjaya ditangkap oleh Faqrul.

Super Agent (Book 2) : terungkap sebuah rahsiaWhere stories live. Discover now