Bab 5

17 0 0
                                    

Seperti yang Ejen Zain katakan tadi, dia membawa Faqrul ke tempat yang dia ingin tuju.

"Baiklah kita dah sampai." Kata Ejen Zain.

Faqrul rasa hairan pula ayah dia kata begitu. "Errr ayah...kenapa bawak Faqrul ke sini?" Soal Faqrul dengan rasa pelik. Sebab apa yang dia nampak, ayah dia membawa ke pintu bilik stor.

"Faqrul cuba tengok ni..." Ejen Zain membuka kunci pintu bilik itu dan membuka pintu itu.

Bila terbuka pintu itu dan Faqrul jadi makin pelik, padahal bilik itu kosong. Pada masa itu juga, Ejen Zain menekan satu suis yang ada di tepi pintu bilik itu.

Tiba-tiba lantai depan dia itu terbuka dan keluarlah satu lif rahsia yang menuju ke lorong bawah tanah agaknya.

Pintu lif terbuka, Ejen Zain terus masuk.

"Mari masuk Faqrul..."

Faqrul hanya mengikut sahaja ayah dia masuk lif itu dan terus lif itu ke bawah.

Lif sudah pun tiba di tempat yang belum ke tahui lagi. Bila pintu lif terbuka sahaja.....

"Wahhh~~~~" Faqrul terus teruja tatkala nampak apa yang dia lihat di depan mata dia iaitu sebuah makmal dan juga merupakan bilik rahsia.

"Hebatnya ayah!! Tempat apa sebenarnya ni ayah? Kenapa ayah tak pernah bagitahu tentang tempat?" Kata Faqrul sambil matanya meneroka seluruh bilik ini.

"Kalau Faqrul nak tahu, ini merupakan bilik rahsia ayah. Dekat sini juga tempat ayah membuat kajian dan siasatan tentang misi ayah dan tempat ini juga dilengkapi semua sistem dan bilik ini juga tempat untuk berlindung kalau rumah kena serang. Disini juga ayah ada sediakan kenderaan kecemasan melalui lubang pada dinding itu untuk ke kenderaan tersebut." Jelas Ejen Zain tentang bilik rahsia dia itu. "Dan bilik ini juga, tempat ayah simpan semua senjata dan gajet milik ayah daripada pemberian T.A.S.A. " Sambung Ejen Zain lagi seraya itu, dia menekan satu button biru yang ada dimeja komputer utama dia.

Setelah ditekan button itu, dinding yang belah kanan bilik itu terus terpusing dan alangkah terkejutnya Faqrul tatkala melihat semua jenis senjata dan kelengkapan sebagai ejen yang ayah dia ada.

"Wahh ini ayah punya ke semua ni?" Tanya Faqrul dengan terujanya seraya meneliti setiap barang yang ada terletak disitu. Semua senjata dan gajet yang ada disitu memang hebat dan canggih.

"Ye Faqrul, ini semua barang ayah sejak ayah masuk agensi ni lagi." Jawab Ejen Zain dengan tersenyum. " Kalau Faqrul nak tahu juga, ayah dulu pernah dihantar ke luar negara untuk menjalankan misi dekat sana. Masa tu, ayah dengan General Razmat merupakan orang yang dipercayai dan diamanahkan untuk selesai misi dekat negara sana." Sambung Ejen Zain lagi.

"Misi apa yang ayah kena selesaikan kat sana?" Tanya Faqrul lagi dengan rasa ingin tahu lagi.

"Misi yang paling merbahaya sekali yang ayah buat pada 24 tahun dulu ayah lakukan dekat Britain dulu, iaitu misi yang melibatkan keselamatan datuk bandar negara sana dari ancaman assassin's dulu. Mereka digelarkan pasukan Chess Phoenix, Pasukan itu bukan sembarangan pasukan, mereka semua mempunyai kelengkapan yang hebat dari segi senjata yang canggih dan masa itu mereka hampir sahaja hendak menggunakan suit ciptaan mereka untuk tujuan tersebut. Namun Allah permudahkan urusan ayah untuk tumpaskan pasukan itu serta merta mereka ditewaskan dan dikalahkan oleh ayah dengan General Razmat tak lupa juga dengan bantuan agensi dari negara sana." Ejen Zain menceritakan semua pengalaman dia menjalankan misi dekat negara sana.

"Habis tu ayah, bagaimana dengan suit yang mereka cipta tu"? Tanya Faqrul lagi.

"Tentang suit itu pun... syukur alhamdulillah juga. Masa ayah datang serang dan tumpaskan pasukan itu. Ayah dapat tahu selepas itu, suit itu hampir sahaja dah nak disiapkan setelah pihak sana merampas." Terang Ejen Zain lagi.

Super Agent (Book 2) : terungkap sebuah rahsiaWhere stories live. Discover now