Bab 22

13 0 0
                                    

Dalam satu bilik, yang boleh dikatakan bilik stor simpanan juga. Bilik itu juga ada seseorang yang tengah terduduk tersandar pada dinding dalam keadaan pengsan tidak sedarkan diri dan seseorang yang dikatakan itu adalah orang yang kali terakhir dengan Faqrul iaitu Adria.....

Mata Adria bergerak sedikit seperti mahu sedarkan diri dari pengsannya. Dengan perlahan-lahan matanya dibuka. Adria masih lagi mamai dan kepala dia masih lagi terasa pening selepas sahaja dia sedarkan diri. Seraya itu dia melihat disekeliling dia dan rasa hairan sedikit.

"Aku dekat mana ni? Macam mana aku ada dekat sini?" Ujar Adria perlahan. Lalu dia cuba ingin bergerak sedikit. Namun pergerakan dia sedikit terbatas tatkala tangan dia diikat ke belakang begitu juga pada kaki nya yang membuatkan Adria rasa susah nak bergerak.

"Siapa yang buat aku sampai kena ikat macam ni sekali? Jangan jangan...." Tanya Adria sendiri lagi dengan sedikit geram tatkala itu dia mula teringat sesuatu yang terjadi tadi.

Flashback.....

Semasa Adria dengan Faqrul bergelut di ruangan dapur rumah Faqrul tadi, Adria sempat buat panggilan untuk minta bantuan dari Ejen ejen yang ada di akademi.

"Semua.... Minta tolong hantarkan bantuan dengan secepat boleh, sebab....." Panggilan Adria terus dihentikan oleh Faqrul yang berjaya menangkap Adria untuk dia dapatkan bantuan.

Faqrul menggenggam tangan kiri Adria dan alat telekomunikasi yang ada pada tangan kirinya di rampas oleh Faqrul dengan serta merta. Alat komunikasi milik Adria itu di lempar jauh.

"Berani betul yer kau Adria..... Kau ingat semudah itu kau nak dapatkan bantuan dari yang lain?? Jangan harap kau akan selamat dengan aku Adria...." Ujar Faqrul sambil memegang tangan Adria dengan kuat.

"Lepaskan aku Faqrul!!!" Adria cuba memberontak untuk lepaskan diri. Tapi pegangan Faqrul amat kuat.

Faqrul fikir yang dia sudah tidak banyak masa lagi, apatah lagi panggilan yang Adria buat tadi sudah dapat dari pihak sana. Jadi Faqrul terpaksa lakukan tindakkan sebegini pada Adria...

Tangan kiri Adria yang Faqrul pegang itu, terus Faqrul grip pada leher Adria dengan sedikit kuat supaya Adria tak mudah untuk lepaskan diri.

"Erhhh!!!! Faqrul!!! Kau buat apa ni?? Kau lepaskan aku!!!" Adria memberontak lagi walaupun leher dia dah kena grip.

"Hehhhh!!! Jangan harap aku nak lepaskan kau kali ini Adria." Balas Faqrul seraya itu, dia mengeluarkan picagari dia itu dalam poket dia.

Adria nampak apa yang Faqrul keluarkan itu dan dia sedikit terkejut. "Faqrul.... Apa yang kau cuba nak buat dengan benda tu?" Soal Adria dengan cemas.

"Kau diam jelah Adria!!! Sekarang ini masa untuk kau tidur!!!" Balas Faqrul seraya itu dicucuk picagari itu dibahagian leher kanan Adria.

"Urrgghhhh!!!" Adria mengerang kesakitan tatkala picagari itu di cucuk dibahagian leher kanan dia.

Dalam beberapa saat, keadaan Adria tiba-tiba jadi lemah dan tak bermaya. Mata Adria pula sudah mula layu dan akhirnya dia terus pengsan dan tidak sedarkan diri.

"Maafkan aku Adria.... Aku terpaksa buat kau macam ni. Maafkan aku juga, aku terpaksa bawa kau ikut aku bersama untuk cari ayah aku." Ujar Faqrul perlahan. Picagari dia tadi di campak ditempat lain di kawasan dapur itu. Segala alat dan senjata yang ada pada Adria tadi Faqrul mengambil dan dibawa oleh dia dan di simpan oleh dia sendiri.

Super Agent (Book 2) : terungkap sebuah rahsiaWhere stories live. Discover now