Bab 31

8 0 0
                                    

Pagi di Akademi....

Ejen Zizi dengan tergesa-gesa berjalan dengan pantas sekali untuk menuju ke bilik maklumat dan data. Dia yakin bahawa semua ejen ejen dia berada di situ, termasuk ejen ejen muda dia yang di arahkan suruh ke bilik tersebut setelah mereka tiba di akademi pagi itu.

Pintu bilik terbuka... Ejen Zizi terus masuk ke dalam bilik tersebut. Ejen ejen lain semua sudah terlihat kedatangan Ejen Zizi lalu terus berkumpul di meja tengah.

"Saya percaya mesti di antara semua orang tahu apa tujuan saya panggil kau orang semua pagi pagi dekat sini?" Tanya Ejen Zizi secara terus setelah berada bersama mereka.

"Yerr Zizi.... Ini berkenaan dengan satu mesej misteri yang diterima semalam. Dan aku percaya bukan aku seorang sahaja yang menerima mesej misteri tersebut, semua orang telah menerima mesej tersebut termasuk juga kau kan Zizi...." Jawab Ejen Aeda terus pada Ejen Zizi.

"Dah tahu apa isi kandungan mesej tersebut? Dan dapat tahu siapa penghantar dia?" Tanya Ejen Zizi sekali lagi.

"Kitorang dah periksa isi kandungan mesej tersebut tapi hanya satu bentuk folder sahaja, itu pun belum periksa dalamnya lagi sebab kitorang nak tunggu kau sampai tadi.... Tapi penghantar nya masih belum kenal pasti lagi siapa Zizi..." Jawab Ejen Aiman pula kali ini. "Tapi yang aku jadi hairan Zizi.... Kenapa ada loga TASA masa dia hantar tu. Macam mana dia tahu kita ni ejen TASA sedangkan itu dihantar melalui telefon persendirian kita. Bukan dari alat komunikasi khas TASA?" Sambung Ejen Aiman lagi dengan sedikit keraguan.

"Ada betul juga kata Aiman tu Zizi...." Masuk lagi Ejen Hafiez.

"Takkan lah Faqrul yang hantar mesej misteri tu..." Duga Rafi pula.

"Ada kemungkinan juga tu." Kata Bai sama apa yang di duga Rafi.

"Itu mustahil Rafi... Bai... Sebab saya dah periksa maklumat nombor penghantar itu, ianya nombor yang lain boleh dikatakan bukan dari nombor tersedia oleh pihak TASA dan mungkin itu juga ia dihantar ke telefon kita sendiri." Jawab Ejen Aeda pada mereka berdua.

"Haihhh.... Pelik betul siapa yang hantar mesej tu?" Kata Ejen Zizi sambil memikirkan perkara tersebut. "Aeda..... Cuba hubungi Syakir atau Izzat dekat Sabah. Ada kemungkinan dia menerima juga mesej misteri juga." Arah Ejen Zizi untuk menghubungi Ejen Syakir atau Izzat di sana.

"Baik Zizi..." Kata Ejen Aeda dengan akur dengan arahan lalu dia membuat panggilan tersebut.

Panggilan tersebut dibuat dalam beberapa saat untuk di sambung akhirnya panggil diterima oleh Ejen Syakir.

"Hah... Zizi, Aeda... Bagus semua orang pun ada.... Actually, aku pun hampir nak cuba buat panggilan dekat korang semua sebab aku nak bagitahu sesuatu iaitu pasal...."

"Pasal mesej misteri yang kau dapat malam semalam ker?" Pintas Ejen Zizi memotong kata-kata Ejen Syakir.

Ejen Syakir terhenti seketika dari berkata-kata serta terkejut. "Wait.... Kau pun dapat juga ke Zizi?" Tanya Ejen Syakir lagi untuk kepastian.

"Bukan aku sahaja yang dapat Syakir, semua ejen yang ada kat sini dapat mesej yang sama...." Balas Ejen Zizi semula. "Lagipun, tujuan kami call kau ni pun nak tanya tentang perkara ini juga. Sebab aku ingat kau atau Izzat yang bagi mesej misteri ini untuk bagitahu maklumat baru kau dekat sana...." Sambung Ejen Zizi lagi.

"Tak Zizi.... Lagipun tak ada motif aku nak bagi mesej sebegitu dekat kau ataupun ejen ejen yang terlibat dalam misi ini." Kata Ejen Syakir serious. "Dan lagi... Kau dah tengok isi kandungan mesej tu ke belum? Sebab aku dah tengok apa isi kandungan dalam mesej itu dan apa yang tertera pada mesej itu akan memberikan kita semua tanda tanya...." Jelas Ejen Syakir pada mereka semua.

Super Agent (Book 2) : terungkap sebuah rahsiaWhere stories live. Discover now