Bab 30

6 0 0
                                    

Sebuah kereta telah menyusuri masuk ke kawasan rumah Zhaf. Enjin kereta itu pun telah di matikan seraya pintu kereta pun terbuka dan keluar empunya pemandu kereta tersebut.

"Sini ke rumah dia? Tapi tengok pada location yang Faqrul bagi ni, dekat sini lah." Kata Fiqqah sendirian sambil melihat kawasan rumah tersebut.

Selepas itu, Fiqqah terus pergi ke pintu masuk rumah tersebut. Loceng pintu di tepi terus di tekan oleh Fiqqah.

Loceng pintu berbunyi....

Dalam beberapa saat sahaja, pintu terbuka tapi yang munculnya adalah...

"Ye... Cik nak cari siapa?" Zhaf muncul di pintu masuk terus menyapa gadis tersebut.

Fiqqah lihat lelaki depan dia itu rasa hairan. Dia mesti ingat Faqrul tapi tak....

"Err saya nak cari..." Fiqqah menjawab tapi tergantung tatkala muncul lagi seseorang.

"Ehh Fiqqah...." Muncul Faqrul dari tangga dengan pantas dia menurunnya. "Dah lama ke sampai?" Sambung Faqrul tanya lagi.

"Takdelah.... Baru jer sampai...." Balas Fiqqah pada Faqrul.

"Before that.... Saya kenalkan awak, ini Zhaf kawan saya yang tumpangkan saya dekat rumah ni and Zhaf.... This is Fiqqah my new friend, aku jumpa and kenal dia masa malam hari first aku sampai sini dulu." Sambung lagi Faqrul memperkenalkan Zhaf dan Fiqqah.

"Owhh yeke.... By the way my name is Zharif just call me Zhaf..." Balas Zhaf sambil tersenyum seraya memperkenalkan diri dia lagi.

"Saya Fiqqah... Selamat berkenalan." Balas Fiqqah pula.

"Err... Sorry Zhaf aku lupa nak bagitahu kau yang dia nak datang lawat aku, tapi aku kata tak payah tapi dia nak datang juga sebab katanya risau sangat.... So aku bagilah...." Jelas Faqrul terus sambil tersengih.

"Owhh.... Kalau macam tu takpelah dia pun dah datang, lagi pun tak elok kita halau tetamu kan....." Balas Zhaf biasa.

Dalam pada mereka sedang berbual, Adria baru sahaja keluar dari bilik komputer Zhaf dari bawah dan ternampak Faqrul dan Zhaf sedang berbual dengan seseorang.

"Siapa pula tu?" Kata Adria dengan perlahan.

"Eh by the way jemput lah masuk...." Pelawa Zhaf pada Fiqqah.

Fiqqah pun terus masuk bersama mereka namun terkejut sedikit tiba-tiba terjumpa seorang lagi yang ada dalam rumah ini iaitu Adria.

"Err Faqrul... Who is she?" Tanya Fiqqah terus.

"Errr dia ni Adria... Dia ni...." Jawab Faqrul teragak agak.

"Hye... Saya Adria... Saya adik pada Zhaf." Sambung Adria tiba-tiba dengan membohongi identiti sebenar Adria dengan berlatar belakang kan sebagai adik kepada Zhaf.

Zhaf pula terkejut bila Adria kata begitu, namun terus nampak isyarat pada wajah Adria terus dia faham apa yang dia cuba buat.

"Hah... Yes, dia ni adik saya. Adik..... Kenalkan ini kawan Faqrul, Fiqqah namanya..." Kata Zhaf dengan memperkenalkan.

"Ehemm.... Kawan ke girlfriend?" Balas Adria dengan tersengih.

"Errr dua dua pun boleh...." Jawab Faqrul terus sambil tersenyum pada Fiqqah. Fiqqah juga turut tersenyum.

"Ehhh apa berdiri lagi kat sini... Jemput lah duduk...." Pelawa Zhaf terus pada mereka.

"Korang semua duduk lah berborak dulu. Saya ke dapur sekejap buat air dekat dapur yerr." Kata Adria lagi seraya ke dapur.

"Zhaf sorry susah awak dengan adik awak.... Lagipun saya ada bawa makanan ni...." Kata Fiqqah pula sambil meletakkan sebuah kotak yang berisi donat pelbagai jenis.

Super Agent (Book 2) : terungkap sebuah rahsiaWhere stories live. Discover now