Bab 11

17 0 0
                                    

2 hari kemudian....

Di akademi...

Faqrul baru sahaja balik dari melakukan dan baru sahaja lepas re-brief tentang misi tersebut bersama ahli pasukan dia. Untuk kali ini, segala pemberian misi dan sebagainya akan diberi serta di arahkan oleh General Razmat bagi menggantikan Capt. Zain.

Kini mereka berempat terus pergi melepak di ruang rehat akademi itu. Dekat situ sahajalah tempat untuk mereka melepak ramai ramai.

"Fuhhh misi hari ini lain macam lah pula penat dia." Keluh Rafi seraya duduk di kerusi lalu meletakkan kepalanya di atas meja.

"Haihh tak pernah pernah aku dengan mengeluh macam ni?" Sampuk Faqrul balik.

"Entah kau ni... Macam tak biasa pula!!" Masuk Adria pula.

"Yelah....macam mana aku tak mengeluh hari ini, General Razmat tiba-tiba bagi misi yang susah sedikit hari ini. Nasib baiklah misi tadi tu dapat selesai dengan baik, kalau tak selesai.... Hmmm memang teruklah kena smash dengan general tu..." Balas Rafi semula dengan mulutnya yang banyak mengeluh.

"Alahh kau Rafi banyak pula songeh kau hari ini, ada ada saja kau ni!!! Nah ambil air kau ni..." Balas Bai pula dengan geram sambil beri air minuman itu pada Rafi, tak lupa juga diberikan pada Faqrul dengan Adria.

"Thanks bai...." Ucap serentak Faqrul dengan Adria lalu mereka membuka botol air untuk minum.

Mereka minum air botol itu dengan rakusnya. Nampak memang penat betul itu....

Selepas sahaja minum air itu, tiba-tiba Bai bersuara.

"Hah Faqrul...nak tanya sikit dekat kau ni." Ujar Bai seraya menutup botol minuman dia.

"Hah...nak tanya apa?" Soal Faqrul semula.

"Dah 2 hari, ayah kau tak ada. Macam mana kau sekarang dekat rumah since lepas ayah kau pergi misi tu? Okay tak?" Tanya Bai panjang.

"Ha ah Faqrul macam keadaan kau sekarang ni? Dah kau duduk seorang diri dekat rumah itu, kau tak bosan ke?" Masuk Rafi tiba-tiba menyampuk menanya juga.

"Yelah Faqrul....aku pun tanya benda yang sama juga pasal benda ni." Ujar Adria juga dengan benda sama yang ingin tahu.

"Halah halah halah..... Korang semua ni, tanya soalan macam aku ni budak budak lah...." Balas Faqrul sambil meletakkan botol minuman dia.

Sambung Faqrul lagi untuk menjawab. "Hmmm by the way, sepanjang 2 hari ayah aku tak ada ni, aku okay jerr dekat rumah tu. Lagipun aku dah biasa duduk sendiri lah sebelum ni and kalau nak kata bosan tu...bosan lah juga aku duduk rumah sorang diri. But kalau bosan pun, aku suruh jerr Izzat datang rumah aku, tak pun aku datang rumah Izzat. Yelah tempat aku pun tak berapa jauh sangat dari rumah Izzat."

"Hmmm macam tu ker..." Balas Bai pendek.

"Ohh ye tak ye... Mana si Izzat ni, tak nampak pula." Ujar Rafi pula sambil melihat sekeliling.

Secara tak langsung pintu terbuka dan muncul lah orang yang di sebut sebutkan tadi.

"Hah.... Izzat panjang umur kau... Baru jerr kita orang sebut sebut nama kau." Kata Faqrul setelah Izzat datang.

"Owh yeke?? Tercari cari juga korang kat merata tempat. Last last dekat sini rupanya." Balas Izzat sambil mengambil tempat untuk duduk bersebelahan Faqrul.

"Apa hal nya kau cari kitorang ni?" Tanya Faqrul lagi.

"Malam ni korang semua free kan?" Tanya semula Izzat.

"Aku free..." Balas Bai.

"Aku pun free." Balas juga Rafi.

"Kau Faqrul free tak?" Tanya Izzat pada Faqrul.

Super Agent (Book 2) : terungkap sebuah rahsiaWhere stories live. Discover now