✯ 𝕆ℕ𝔼 ☾︎

172 10 0
                                    


🎬one-

"Jisoo! Kucing siapa kamu bawa balik ni?!"

Jisoo berlari ke dapur apabila teriakan mamanya didengari dari biliknya. Perasaan cuak jelas kelihatan di wajahnya.

"Ma! Er.. Soo.. Okay, sebenarnya Soo jumpa dia dekat koridor rumah-"

"Kamu buat apa keluar rumah?" Mamanya bercekak pinggang menunggu jawapan anak perempuannya.

"Em, Soo cakap jangan marah eh?" Soo menggaru belakang lehernya oleh kerana takut dimarahi mamanya. Setelah mendapat anggukkan dari mamanya, dia menjawab soalan tadi.

"Soo nak turun bawah, cari phone Soo. Semalam, sebelum Soo naik lif, Soo berhenti dekat locker sebab nak ambil surat dalam tu. Sekali tertinggal atas locker."

"Haih, lalai lah Soo ni. Cubalah lain kali check dulu sebelum naik. Ni tak, kalau hilang macam mana?" Mamanya meneruskan kerja memasaknya.

"Hm, sorry. Tapi, masa Soo baru jalan dekat koridor tingkat rumah kita, Soo dengar bunyi kucing. Rupanya kucing ni lah yang meow, dalam kotak." Jisoo terang kepada mamanya yang sedang memotong sayur.

"Jadi kamu bawa dia balik sebab kesian? Macam tu?"

Jisoo mengangguk kepalanya.

"Yup, tak apa kan? Lagipun Soo ingat nak ambil gambar dia and buat notis kehilangan kucing ni. Soo pun tak nak bela kucing, susah nanti." Jisoo mencempung kucing itu ke dalam pelukannya.

Sambil membelai bulu lebat kucing berwarna kelabu itu, Jisoo menyambung percakapannya.

"Tapi phone Jisoo belum ambil lagi. Nanti Soo turun eh?"

"Boleh, hati-hati. Sekarang ni banyak kes berlaku." Mamanya menggaul masakannya.

"Kes? Kes apa Ma?"

- ᪥᪥᪥ -


𝙏𝙃𝙀 𝘾𝘼𝙏 𒊹︎︎︎ 𝙅𝙞𝙨𝙤𝙤 𝘽𝙋𒊹︎︎ Where stories live. Discover now