✯ 𝕋𝕎𝔼ℕ𝕋𝕐-𝔼𝕀𝔾ℍ𝕋 ☾︎

34 3 0
                                    


🎬twenty:eight-

"Apa teori pakcik tentang suspek misteri ni?" Jisoo bertanya terus.

Setelah appa Miyoung dan Pakcik Yoon berpandangan bersilih-ganti, mereka membuka mulut untuk bercerita kisah mereka.

"Untuk pendekkan cerita, kemungkinan orang yang buat semua ni masih berdendam dengan kami berdua. Tapi, tak pasti kenapa." Pakcik Yoon membuka bicara.

"Okay, teruskan." Miyoung mengangguk kecil.

Appanya menghembus nafas berat sebelum menyambung.

"Pelaku ni merupakan adik appa sendiri. Dan dia juga abang kembar kepada Kiyoon. Ingat tak appa pernah cerita pasal pembunuhan kawan baik Pakcik Yoon? Dialah yang rancang semua pembunuhan tu, tapi dia pandai. Pihak polis cuba cari bukti dan mayat, tapi tak jumpa. Sehingga dua bulan, pihak polis membuat keputusan untuk menghentikan pencarian. Yelah, apa tujuan cari kalau bukti tak ada?" Semua mengangguk setuju.

"Dan pakcik syak, kucing pakcik yang hilang ni pun sebahagian daripada rancangan dia. Dia mungkin dah buat pemerhatian tentang Jisoo dan Miyoung. Mungkin dah lama."

Jisoo dan Miyoung masih diam, cuba untuk menghadam setiap isi maklumat.

"Bila kita semua dah masuk perangkap, dia mungkin akan buat sesuatu yang dia dah lama nak buat." Terang appa Miyoung sambil mengurut dahinya perlahan.

"Macam mana dengan ayat-ayat tu semua? Mana dia dapat?" Miyoung bertanya.

"Ayat yang kamu simpan dalam buku rahsia tu?" Pakcik Yoon bertanya dan dibalas dengan anggukkan.

"Mungkin, dia menyamar jadi pakcik. Sebab kami muka serupa, tetapi pakcik dah lama tak keluar rumah sebab masih trauma." Semua terkejut apabila Kiyoon berkongsi teori yang seterusnya.

Miyoung terus berdiri tegak, matanya mula berair dan berasa panas.

"K-kalau dia menyamar, d-dia masuk rumah kita kan a-appa?" Joshua dan Jeonghan yang berdiam diri sejak di awal perbualan terus berdiri sekali.

"Jadi, k-kalau kita semua dekat sini. Eo-eomma macam mana? Dia seorang d-dekat rumah.." Miyoung yang hampir mengalirkan air mata dipeluk kemas oleh Jisoo. Jisoo faham dia sedang risau, terutamanya sekarang.

"Kita kena pergi rumah tu sekarang! Jisoo, kamu tenangkan Miyoung. Appa dan Pakcik Yoon akan masuk cari adik kami. Joshua dengan Jeonghan, jaga Jisoo dan Miyoung di kawasan rumah nanti. Jom, ke rumah kita balik." Appa berkata tegas, dan terus mengetuai perjalanan mereka.

.....

Pintu rumah yang terbuka luas hanya menambahkan rasa sedih dan takut Miyoung kepada eommanya. Jisoo juga turut berasa risau dengan keberadaan eomma Miyoung.

Kiwoo dan Kiyoon segera memasuki rumah itu. Beberapa minit berlalu, dan mereka keluar dengan wajah yang hampa. Eommanya sudah tiada. Miyoung yang sudah berhenti menangis hanya mampu membisukan diri. Sungguh, dia keliru.

"Kita nak buat apa sekarang ni? Nak buat laporan kena tunggu 24 jam dulu." Jeonghan bertanya kepada dua lelaki dewasa itu.

Kiyoon mengeluarkan secebis kertas dari poket seluarnya.

"Hyung, aku jumpa ni dekat bilik Miyoung. Dia datang rumah ni tadi, hyung." Kiyoon menghulur kertas itu kepada hyungnya untuk dibaca.

"See you later, even when the night gets dark. We might see each other soon, or maybe someone will replace us. With something new, or the old one."

Kiwoo membaca kuat dan Miyoung berkata dengan segera.

"Tu! Tu ayat terakhir Young buat semalam. Confirm dia dalang semua ni." Miyoung tidak berkata dengan nada yang marah, tetapi lebih kepada serius. Seperti biasa.

"Jadi kita dah pasti, ini semua plan hyung." Kiyoon berkata.

"Ha! Rasanya orang yang aku nampak dekat locker pagi tu, hyung kepada Pakcik Yoon!" Joshua berkata secara tiba-tiba. Miyoung memandangnya serius, Jisoo dan Jeonghan hanya menunjukkan muka keliru dengan ayatnya.

"Kau buat apa dekat locker awal pagi, Josh?" Jeonghan bertanya kepada rakannya. Setahunya, Joshua selalu datang 10 minit sebelum kelas mula.

"Err, ada kerja kena bagi dekat Sir. Choi?" Joshua berkata, lebih kepada bertanya.

Tiba-tiba,

"Jeonghan! Joshua!" Kedua-dua pemilik nama itu menoleh ke arah belakang mereka dan disapa dengan seseorang yang sedang mengambil nafas. Dia kelihatan seperti sudah berlari dengan lama.

"Seungcheol? Kau buat apa dekat sini? Kenapa lari?" Jeonghan bertanya.

Mereka sudah mengenali Seungcheol. Dia merupakan pelajar kelas 5A2 atau kelas sebelah di batch mereka.

"Aku.. Aku tahu pasal eomma Miyoung!" Seungcheol berkata dengan sisa kepenatan berdasarkan suaranya.

"Apa yang kau tahu, Cheol?" Joshua bertanya sambil menegakkan diri Seungcheol dari menundukkan kepenatan. Seungcheol memandang mata Joshua dengan ketakutan serta risau.

"Eomma Miyoung, dia kena culik dengan appa aku! Diorang mesti dekat suatu tempat. Aku dengar rancangan appa aku masa balik dari latihan bola sepak tadi. Aku tak pasti apa yang berlaku, tapi aku nampak appa aku dah tak ada, dan gambar Miyoung dan eomma dia ada pisau, dekat dinding bilik dia. Aku tahu mesti dia buat sesuatu. Aku pasti."

Jisoo dan Miyoung pula hanya memandang mereka. Lebih baik diam, berbanding banyak bertanya. Situasi ini hanya boleh diselesaikan jika mereka bertindak secara rasional.

"Siapa appa kamu?" Appa Miyoung bertanya.

Seungcheol memandang lelaki itu dan berkata, "Kiyoung. Choi Kiyoung."

- ᪥᪥᪥ -

𝙏𝙃𝙀 𝘾𝘼𝙏 𒊹︎︎︎ 𝙅𝙞𝙨𝙤𝙤 𝘽𝙋𒊹︎︎ Where stories live. Discover now