🎬eight-Sudah hampir seminggu Jisoo menjaga kucing tersebut. Namun, tiada tanda-tanda yang kucing itu mempunyai pemilik. Bagi Jisoo, mamanya sudah memberi kebenaran untuknya membela kucing itu. Jisoo hampir berputus asa, tetapi hatinya kuat mengatakan yang kucing itu mempunyai tuan.
Jisoo bersiap-siap untuk melawat eomma Miyoung di hospital. Hari ini merupakan hari terakhirnya di hospital, jadi Jisoo mahu menemankan Miyoung untuk membawa pulang eommanya.
Hari ini juga merupakan hari minggu, jadi dia hanya bersiap ala-kadar; baju-t putih berlengan pendek, berseluar slack hitam dan cardigan berwarna merun. Begnya disilangkan dan rambutnya yang hanya dilepaskan itu dibetulkan sekali lagi.
"Cuz I'm your home, home, home, home-"
Jisoo mengangkat panggilan phone nya.
"Yow, Soo. Kau dah siap ke? Aku ada dekat cafe sebelah sekolah kita."
"Hm, ada ni. Baru keluar rumah. Dalam 5 minit, aku sampai." Jisoo mengunci pintu rumahnya sebelum berjalan ke lif.
"Okay, nak aku order apa-apa ke?"
"Em, macam biasa. Kau tahu kan?"
"Iya, tau sangat. Dah, cepat sikit. Take care!"
Jisoo meletakkan panggilannya dan segera ke perhentian bas yang terdekat.
.....
"Eomma! Rindunya~" Jisoo berkata sebaik sahaja memasuki wad eomma Miyoung.
"Halah kau ni. Eomma siapa sekarang ni?" Miyoung membuat muka kosongnya.
"Shhh-" Jisoo mengambaikan Miyoung dan memeluk eommanya.
"Rindu kamu juga. Miyoung ni, marah macam perkataan rindu tu boleh tukarkan eomma ni jadi eomma Jisoo pulak." Eomma Miyoung berkata sambil menyarung kasutnya. Beg berisi pakaian ditangan bertukar tangan apabila Miyoung mengambil beg itu dari tangan eommanya.
"Hish, apa-apa jela. Ni, Jisoo. Kau cakap kau ada nak beli something, kan? Kau nak beli apa? Kalau nak aku teman, kita hantar eomma balik dulu, then aku teman kau." Miyoung berkata sambil berjalan ke kaunter hospital untuk melunaskan bayaran hospital.
"Eh, haahlah! A- aku kena beli makanan kucing tu! Eh, aku gerak dululah. Tak apa, aku pergi seorang aje. Bye, eomma! Nanti Jisoo datang rumah bawa something eh? Bye!" Jisoo tergesa-gesa keluar dari hospital.
Miyoung yang tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Jisoo memandang bayang rakannya hilang dari pandangannya.
"Eomma, Jisoo pergi mana?"
"Katanya nak beli makanan kucing. Sejak bila Jisoo ada kucing? Bukan Jisoo tak minat ke nak bela haiwan?" Eommanya bertanya sambil mereka berjalan ke perkarangan hospital. Miyoung menahan teksi yang sedang melalui di laluan teksi.
Mereka berdua masuk ke dalam teksi dan Miyoung memberitahu pemandu teksi arah rumahnya.
"Oh, Jisoo ada jumpa kucing hilang dekat rumah dia. Hilang katanya."
"Kucing apa? Warna apa?" Eommanya bertanya. Iyalah, tak pernah-pernah Jisoo ni mengambil haiwan untuk dijaga.
"Ha, yang tu tak pasti. Dia cuma cakap kucing tu besar, baka parsi rasanya. Tapi, dia jaga cuma sementara tunggu tuan dia tuntut balik kucing tu."
"Dah ada orang telefon dia ke?"
"Tulah. Dah seminggu, tapi tak ada seorang pun cuba telefon dia. Ni mesti dia tengah cuba cari kedai haiwan. Selama hidup tak pernahlah manusia tu nak jejak kaki ke kedai haiwan. Heh." Miyoung menggeleng kepala mengingatkan tingkah laku Jisoo. Entah tahu ke tidaknya kedai haiwan. Jangan dia ke kedai yang jauh, sudah.
'Kucing parsi hilang? Bukan Kiyoon ada hilang kucing ke?' Eomma Miyoung berkata di dalam hatinya.
- ᪥᪥᪥ -
YOU ARE READING
𝙏𝙃𝙀 𝘾𝘼𝙏 𒊹︎︎︎ 𝙅𝙞𝙨𝙤𝙤 𝘽𝙋𒊹︎︎
Mystery / Thriller✯ 𝕋ℍ𝔼 ℂ𝔸𝕋- 𝐽𝑖𝑠𝑜𝑜 𝑜𝑓 𝐵𝐿𝐴𝐶𝐾𝑃𝐼𝑁𝐾 ☾︎ 𝐒𝐭𝐚𝐫𝐭𝐞𝐝: 𝐃𝐞𝐜 8𝐭𝐡, 2020 𝐄𝐧𝐝𝐞𝐝: 𝐉𝐚𝐧 1𝐬𝐭, 2021 𝐏𝐮𝐛𝐥𝐢𝐬𝐡𝐞𝐝: 𝐉𝐚𝐧 3𝐫𝐝, 2021 (𝐀 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲 𝐅𝐚𝐧𝐟𝐢𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧) ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ 𝑺𝒆�...