✯ 𝕋𝕎𝔼ℕ𝕋𝕐-𝔽𝕀𝕍𝔼 ☾︎

32 1 0
                                    


🎬twenty:five-

"Tch. Nampaknya, aku kena bertindak. Diorang macam dah ada klu siapa yang atur permainan ini."

.....

Pakcik Yoon memutuskan untuk membawa merela ke rumahnya, bagi menerangkan dengan lebih lanjut.

Miyoung menarik tangan Jisoo ke belakang setibanya mereka di rumah Pakcik Yoon. Jisoo pun hanya mengikut geraknya. Dia pun berasa pelik ketika ini.

Joshua dan Jeonghan hanya menghiraukan mereka berdua. Mungkin mereka mahu kaum lelaki dahulu yang memasuki rumah Pakcik Yoon.

Setelah pasti perbualan mereka tidak didengari, Jisoo bersuara perlahan.

"Young, ni bukan rumah appa kau ke? Kita baru aje jumpa appa kau minggu lepas?!"

Miyoung mengangguk, mengiyakan soalan rakannya itu. Miyoung menjengket sedikit ke telinga Jisoo oleh kerana dia lebih pendek berbanding perempuan bermarga Kim itu.

"Tulah pasal. Aku rasa tak sedap hati, tapi aku masih percaya Pakcik Yoon. Macam mana ni?" Riak wajah Miyoung dan Jisoo yang hampir sama itu jelas menunjukkan yang mereka berasa lebih curiga.

"Tak apa, kita masuk dulu. Bila ada peluang, baru kita tanya. Okay?" Jisoo mengangguk mendengar cadangan Miyoung setelah berfikir masak-masak.

Joshua dan Jeonghan dah lama masuk ke dalam rumah tersebut. Atau lebih dikenali sebagai 'rumah appa Miyoung' itu. Dari luar lagi, sudah kedengaran suara perbualan.

Ketika Jisoo dan Miyoung melangkah masuk, Pakcik Yoon bersuara ramah.

"Ha, ni pun kawan kamu. Kenalkan, ni-"

"Appa?!" Miyoung dan Jisoo berkata serentak.

"Miyoung? Jisoo??"

- ᪥᪥᪥ -

𝙏𝙃𝙀 𝘾𝘼𝙏 𒊹︎︎︎ 𝙅𝙞𝙨𝙤𝙤 𝘽𝙋𒊹︎︎ Where stories live. Discover now