🎬fifteen-"Macam mana sekolah? Okay?"
Miyoung menyandarkan badannya di sofa. Wajahnya kekal serius, seperti tiada perasaan sejak mereka menjejakkan kaki di dalam rumah itu.
Jisoo hanya berdiam diri sambil menghirup air teh yang dihidangkan oleh lelaki yang bergelar appa kepada Miyoung.
"Kenapa?" Miyoung berkata setelah beberapa minit mendiamkan diri. Appanya mengeluh kecil.
"Kamu dah tahu kan kenapa?" Soalan itu dibalas anggukkan dari Miyoung.
"Appa tak boleh nak buat apa lagi selain bersembunyi. Dengan cara ni, Miyoung dan eomma akan selamat." Giliran Miyoung pula mengeluh.
"Tapi, bagitahu lah setidaknya. Jangan tinggal macam tu aje. Miyoung dengan eomma boleh faham." Tangannya digenggam oleh Jisoo, tanda memberi semangat.
"Maafkan appa. Appa pun baru sedar yang tindakan ni salah." Miyoung tersenyum kecil.
"Tak apalah, appa. Jisoo ada aje dengan Young selama ni." Mata appa Miyoung terarah kepada Jisoo yang berada di sebelah anaknya sebelum memberikan senyuman.
"Terima kasih, Jisoo. Tolong appa jaga Miyoung dan eomma. Appa terhutang budi dengan kamu."
"Tak ada apalah. Keluarga Miyoung dah macam keluarga saya." Jisoo memberikan senyuman kepada kedua anak-beranak itu.
"Tapi, kalau tak keberatan. Soo nak tanya tentang satu perkara ni." Jisoo berkata lagi.
"Apa dia?" Appa Miyoung bertanya.
"Kenapa appa menghilang hampir 6 bulan?"
Suasana ruang tamu menjadi sunyi seketika sebelum appa Miyoung membuka mulut.
"Appa jaga adik appa. Dia sakit."
"Appa ada adik? Kenapa Soo tak tahu?" Jisoo bertanya sambil membetulkan postur duduknya.
"Ada, tapi adik appa bukan macam dulu lagi. Sejak kawan baik dia diculik dan dibunuh secara rahsia, dia menjadi baran. Dia cuba nak tangkap pembunuh tu secara rahsia, tapi pembunuh tu licik. Adik appa tak tahu pun apa tujuan dia bunuh kawan baik dia. Sampai ke satu tahap, adik appa, Kiyoon, jadi pasif dan suka bersendirian. Peneman dia yang paling rapat pun cuma seekor kucing yang merupakan hadiah dari arwah kawan baik dia tu. Tapi.."
Appa Miyoung menunduk kerana berasa terkilan dengan situasi yang melandanya sekarang. Keadaan tidak berubah menjadi lebih baik, tetapi semakin teruk sehingga dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dibuat.
"Tapi apa appa? Uncle Kiyoon mana?" Miyoung bertanya.
"Uncle Kiyoon kamu ada dekat atas. Sejak kucing tu hilang 3 bulan yang lepas, dia makin senyap. Mungkin dia rasa seakan-akan tiada lagi memori bersama kawan baiknya, dengannya."
"Kami nak lawat Uncle Kiyoon, boleh ke appa?" Jisoo bertanya pula kepada lelaki yang berusia di hadapan mereka.
"Kalau boleh, dah lama appa bagi. Tapi, mental dia tak stabil sekarang ni. Doktor peribadi dia nasihatkan dia untuk banyak berehat dari stress. Appa takut kalau dia berinteraksi dengan orang baru, dia berada diluar kawalan pula."
Jisoo memandang Miyoung dan mengangguk kecil.
"Hm, kalau macam tu, Young dan Jisoo balik dulu lah. Kami nak singgah satu tempat lepas ni." Miyoung berdiri, diikuti Jisoo dan appa Miyoung.
Appanya memberikan senyuman sambil menghantar mereka ke pintu rumahnya.
Dua gadis itu memakai kasut dan bersedia untuk bergerak.
"Nanti kalau Young ada masa, Young lawat appa lagi. Okay?" Miyoung membalas senyuman appanya. Rindu masih belum dilepaskan, tetapi masa tidak mengizinkan mereka berlama-lamaan disitu.
"Kalau nak datang, bawa Jisoo sekali. Jangan datang sendiri. Sekarang ni tengah kecoh ada kes bunuh."
- ᪥᪥᪥ -
YOU ARE READING
𝙏𝙃𝙀 𝘾𝘼𝙏 𒊹︎︎︎ 𝙅𝙞𝙨𝙤𝙤 𝘽𝙋𒊹︎︎
Mystery / Thriller✯ 𝕋ℍ𝔼 ℂ𝔸𝕋- 𝐽𝑖𝑠𝑜𝑜 𝑜𝑓 𝐵𝐿𝐴𝐶𝐾𝑃𝐼𝑁𝐾 ☾︎ 𝐒𝐭𝐚𝐫𝐭𝐞𝐝: 𝐃𝐞𝐜 8𝐭𝐡, 2020 𝐄𝐧𝐝𝐞𝐝: 𝐉𝐚𝐧 1𝐬𝐭, 2021 𝐏𝐮𝐛𝐥𝐢𝐬𝐡𝐞𝐝: 𝐉𝐚𝐧 3𝐫𝐝, 2021 (𝐀 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲 𝐅𝐚𝐧𝐟𝐢𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧) ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ 𝑺𝒆�...