✯ 𝕋𝕎𝔼𝕃𝕍𝔼 ☾︎

48 2 0
                                    


🎬twelve-

Miyoung menolak pintu kelasnya dan menuju ke mejanya lalu meletakkan begnya di atas meja. Matanya meliar mencari Jisoo di tempat duduknya, tetapi tiada orang. Hampir seluruh kelasnya dipenuhi pelajar. Miyoung berasa pelik. Biasanya Jisoo dah ada.

Miyoung baru sahaja ingin menolak pintu kelasnya untuk mencari Jisoo di sekitar sekolah, pintu itu ditolak dari luar kelas.

Miyoung mengundur kebelakang dan Jisoo berjalan masuk. Wajahnya yang biasanya kelihatan segar, kini kelihatan seperti keletihan.

Jisoo berjalan ke mejanya dan menekup mukanya di atas meja. Miyoung mengikut langkah Jisoo dan duduk di kerusi di sebelah Jisoo. Mereka tidak duduk bersebelahan di kelas kerana cikgu di sekolah itu dah sedia maklum betapa kecohnya kelas jika mereka bersama. Jadi, setiap tahun mereka ditetapkan di tempat duduk yang berbeza.

Lain dari tahun yang sebelumnya, Jisoo dan Miyoung mendapat tempat di sebelah pelajar lelaki. Nasib berguna, kalau tidak, mereka lebih rela duduk seorang diri.

Baru sahaja Miyoung ingin membuka mulut, guru subjek Matematik sudah masuk ke dalam kelas. Miyoung dengan wajah yang hampa, bangun dan bergerak ke tempatnya.

"Selamat pagi, semua!"

- ᪥᪥᪥ -

𝙏𝙃𝙀 𝘾𝘼𝙏 𒊹︎︎︎ 𝙅𝙞𝙨𝙤𝙤 𝘽𝙋𒊹︎︎ Where stories live. Discover now