🎬ten-Miyoung dan Jisoo melabuhkan punggung di tempat duduk berdekatan dengan dewan utama sekolah. Peluh di dahi dilap dengan tisu. Waktu baru menunjukkan jam 10 a.m.
Tetapi, situasi yang riuh menjadikan hari yang sudah sememangnya terik, lebih panas.
Hari ini merupakan hari Kelab Fotografi mengadakan program pertama mereka pada tahun ini. Program yang menjadi acara tahunan di sekolah, iaitu pelajar akan mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan seperti mengambil gambar secara rawak, mengedit gambar dan video, dan sebagainya.
Sebagai seorang presiden, tak dinafikan yang Jisoo menjadi orang yang terpenting dalam program ini. Dia berjalan tidak henti sejak pagi tadi, sehingga sekarang. Tak menang tangan dia menolong guru-guru menyediakan media dan bahan yang secukupnya.
Walau bagaimanapun, Miyoung menolong Jisoo dalam pertandingan mengambil gambar secara rawak. Dia menjadi fasilitator dan pengadil kepada peserta. Namun, tugasnya belum bermula lagi; Miyoung ialah salah seorang daripada pengadil. Jisoo hanya mampu menjadi fasilitator kerana dia sudah mempunyai pelbagai tugas pada hari ini.
"Young, aku hauslah. Boleh tolong aku beli air tak? Mineral pun jadi lah." Jisoo meletakkan kepalanya di atas meja sambil mengibas helaian kertas program ke mukanya. Maklumlah, panas tetapi tempat yang sejuk semua dah penuh.
"Kau nak apa-apa lagi ke? Makanan ke?" Miyoung bertanya sambil membetulkan blazernya. Butang blazer dah lama dibuka. Nasib blazernya sedikit besar berbanding saiznya yang sebenar.
"Ambil beg aku boleh, tak? Kalau bolehlah." Jisoo memandang situasi di sekelilingnya. Pelajar-pelajar ligat berjalan ke arah yang berbeza-beza. Sebagai seorang senior, Jisoo membalas senyuman kepada juniornya yang melambai atau menyapanya.
"Okay. Tunggu sini diam-diam. Apa-apa bagitahu Sir Choi. Tau!" Miyoung berlari anak ke dalam dewan untuk mengambil beg Jisoo.
Sedang Jisoo berehat, dia berasa seperti diperhatikan. Matanya meliar ke sekelilingnya, tetapi tidak menemukan sesiapa yang merenung ke arahnya.
Tiba-tiba, bahunya disentuh okeh seseorang. Secara sendirinya, Jisoo memegang tangan itu dan memusingkannya, menjadikan tangan orang itu terkunci.
"Ah! Sakitlah Jisoo! Apa ni!"
Jisoo segera melepaskan tangan orang tersebut.
"Joshua?! Kau okay tak ni?" Jisoo segera bangun untuk melihat rakan sekelasnya itu.
Pelajar lelaki itu mengambil tempat dihadapan Jisoo. Mukanya masih berkerut kerana sakit yang belum hilang lagi.
"Sorry sorry sorry sorry!" Jisoo berkata berkali-kali. Rasa bersalah kerana menyerang tanpa melihat siapa empunya tangan itu.
"Ha, its okay, its okay. Aduh, kau ni. Laju aje bagi reaction? Asal?" Joshua bertanya. Air jus buah-buahan di tangan dihirup perlahan.
"Ah, tak ada apalah. Aku penat, tapi rasa macam ada orang pandang. Kau kenapa kat sini? Bukan kau selalu dengan geng kau ke?" Jisoo kembali meletakkan kepalanya di atas meja.
"Hm, geng aku? Diorang ada aje. Seokmin dengan Jihoon sibuk cari makanan. Jeonghan, dia tolong Madam Kim angkat barang ke bilik Kelab Fotografi. Seungkwan? Macam biasa, jumpa semua orang, sapa diorang macam tak pernah jumpa setahun." Joshua berkata dengan nada malas.
Jisoo mengangkat kepalanya untuk memandang Joshua.
"Dah tu, kau? Kenapa ada kat sini?"
Joshua hanya mampu menayangkan wajah sendu.
"Alah, aku dah biasa kena tinggal. Balik-balik, muka aku juga yang diorang terlupa. Bila dah nak exam, pandai pulak cari aku minta buku nota. Tch. Dasar kawan." Joshua mengeluh.
Jisoo terketawa dengan luahan Joshua. Dia pun perasan akan situasi itu. Joshua selalu ditinggalkan tanpa sengaja. Punca? Masih misteri dan tak diketahui.
"Sabar jelah, aku dengan seorang kawan aje dah riuh." Jisoo berkata sambil mencari kelibat rakannya, lama betul dia pergi. Ambil beg dan beli air aje. Ni beli ke buat air?
"Ha, cakap pasal geng. Miyoung mana? Biasa dia dengan kau." Joshua bermain-main dengan cawannya.
"Ada aje, tolong aku beli air."
"Heyyo, Jisoo!" Seokmin memanggil dari jauh. Seungkwan berjalan seiring dengannya.
"Apa?" Joshua dan Jisoo berkata serentak.
Payah ada nama sama ni. Dah la satu kelas, kawan pula itu.
"Pfft- Okay ni lawak." Seokmin terketawa melihat reaksi dua orang seniornya itu.
"Hai, noona! Nampak penat aje? Miyoung noona mana?" Seungkwan bertanya sambil mengambil tempat disebelah Joshua.
"Haah, penat. Penat tunggu Miyoung buat air." Jisoo berkata dengan nada yang bosan.
"Ha? Buat air? Dia jaga gerai ke? Bukan noona jadi pengadil ke?" Seokmin bertanya polos.
"My dear Soo!~" Miyoung datang dengan beg Jisoo di bahunya serta air dan makanan di tangannya.
"Ha, panjang umur. Lama aje. Kau mengurat pelajar kelas sebelah ke?" Jisoo berkata sambil mengambil air dari tangan Miyoung.
"Kau ni kan. Aku penat beratur panjang, kata aku mengurat. Tch, bersyukur ada kawan macam aku. Kalau tak, nasib kau dengan Joshua ni dua kali lima aje. Kena tinggal. Pfft-" Miyoung hampir terketawa melihat muka toya Joshua.
"Tak payah libatkan aku, manusia bernama Miyoung anak Choi."
"Thanks, Miyoung. Sayang kau." Jisoo berkata sambil mengenyit mata kepada Miyoung.
"Euww"
"Errk--"
"Oh my, noona-"
"Kim Jisoo, aku beli air yang salah ke sampai kau jadi sawan ni?" Miyoung berkata sebelum menepuk dahi perlahan.
Jisoo hanya terketawa kecil melihat balasan rakan-rakannya.
- ᪥᪥᪥ -
YOU ARE READING
𝙏𝙃𝙀 𝘾𝘼𝙏 𒊹︎︎︎ 𝙅𝙞𝙨𝙤𝙤 𝘽𝙋𒊹︎︎
Mystery / Thriller✯ 𝕋ℍ𝔼 ℂ𝔸𝕋- 𝐽𝑖𝑠𝑜𝑜 𝑜𝑓 𝐵𝐿𝐴𝐶𝐾𝑃𝐼𝑁𝐾 ☾︎ 𝐒𝐭𝐚𝐫𝐭𝐞𝐝: 𝐃𝐞𝐜 8𝐭𝐡, 2020 𝐄𝐧𝐝𝐞𝐝: 𝐉𝐚𝐧 1𝐬𝐭, 2021 𝐏𝐮𝐛𝐥𝐢𝐬𝐡𝐞𝐝: 𝐉𝐚𝐧 3𝐫𝐝, 2021 (𝐀 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲 𝐅𝐚𝐧𝐟𝐢𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧) ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ 𝑺𝒆�...