🎬fourteen-"Cuz I'm your home, home, home, home-"
Jisoo berlari dari ruang tamu ke biliknya untuk menjawab panggilan phone nya.
"Ha, Jisoo. Kenapa lambat jawab? Aku nak minta tolong kau ni."
"Miyoung. Tolong apa?" Jisoo bertanya.
"Teman aku pergi satu alamat ni. Boleh tak? Nanti aku belanja kau dekat cafe yang baru tu." Suara Miyoung seakan merayu.
"Hm, okay. Ah, Miyoung. Lepas pergi alamat tu, kau teman aku sekejap boleh tak?" Mata Jisoo terarah kepada dua kotak yang didapatinya dalam minggu yang sama.
"Boleh aje. Nak pergi mana?"
"Kita pergi cafe yang baru tu. Sambil minum, aku cerita. Okay?" Jisoo meletak panggilan setelah Miyoung bersetuju dengannya.
Miyoung hanya bersiap ala-kadar sahaja dan terus meninggalkan rumahnya untuk ke rumah Miyoung yang tidak jauh dari rumahnya.
....
"Betul ke ni alamatnya?" Miyoung dan Jisoo melihat kembali kertas di tangan Miyoung kali ke-4.
"Kalau ikut alamat. Ya. Ni lah." Jisoo melihat ke arah kanannya. Kawasan perumahannya.
"Jadi, alamat yang kita pergi ni cuma sebelah perumahan aku aje? Kau takkan tak perasan masa baca alamat ni." Jisoo berkerut dahi melihat Miyoung yang kebingungan sebentar.
"Err, tak pulak. Tak apalah. Jom, ikut aku."
Miyoung berjalan mendahului Jisoo.
Setibanya di salah sebuah rumah dua tingkat, Miyoung melihat nombor rumah itu sebelum menekan loceng rumah itu.
Selang beberapa saat, pintu rumah dibuka oleh seorang lelaki yang hampir mencecah berusia 45 tahun. Ketika mata lelaki itu dan Miyoung bertemu, seakan-akan dunia menjadi sunyi seketika.
Mata Miyoung yang serius bertukar menjadi sayu manakala lelaki itu mempunyai reaksi yang terkejut.
"A-appa.." Mata Jisoo terbuka luas apabila mendengar panggilan rakannya kepada lelaki itu.
Jadi, itulah appa Miyoung?
- ᪥᪥᪥ -
YOU ARE READING
𝙏𝙃𝙀 𝘾𝘼𝙏 𒊹︎︎︎ 𝙅𝙞𝙨𝙤𝙤 𝘽𝙋𒊹︎︎
Mystery / Thriller✯ 𝕋ℍ𝔼 ℂ𝔸𝕋- 𝐽𝑖𝑠𝑜𝑜 𝑜𝑓 𝐵𝐿𝐴𝐶𝐾𝑃𝐼𝑁𝐾 ☾︎ 𝐒𝐭𝐚𝐫𝐭𝐞𝐝: 𝐃𝐞𝐜 8𝐭𝐡, 2020 𝐄𝐧𝐝𝐞𝐝: 𝐉𝐚𝐧 1𝐬𝐭, 2021 𝐏𝐮𝐛𝐥𝐢𝐬𝐡𝐞𝐝: 𝐉𝐚𝐧 3𝐫𝐝, 2021 (𝐀 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲 𝐅𝐚𝐧𝐟𝐢𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧) ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ 𝑺𝒆�...