✯ 𝕋𝕎𝔼ℕ𝕋𝕐-𝕆ℕ𝔼 ☾︎

38 2 0
                                    


🎬twenty:one-

"Kringg!"

Jisoo menggeliat dari tidurnya. Dia menunggu beberapa minit sebelum melakukan rutin hariannya.

Setelah selesai mandi dan mengenakan pakaian selesanya, Jisoo menyertai mamanya di dapur. Kelihatan mamanya sedang menyediakan sarapan pagi mereka.

"Mama, hari ni cuti kan?" Jisoo bertanya sambil duduk di salah satu kerusi makan mereka.

"Iya, Jisoo tak pergi mana-mana ke? Sebab mama nak melawat eomma Miyoung. Dah lama tak jumpa dia. Ingat nak bawa makanan sikit untuk dia." Mamanya berkata sambil membawa teko berisi air teh panas ke meja makan.

"Jisoo tak pasti, mungkin keluar. Kalau ikut plan, Jisoo ada perbincangan tugasan Sains. Kalau jadi lah." Jisoo menyuakan sekeping roti ke dalam mulutnya.

"Ting tong!" Loceng rumahnya berbunyi. Jisoo ingin melihat siapa yang datang, tetapi mamanya terlebih dahulu ke pintu. Jisoo hanya meneruskan makanannya.

"La, Miyoung. Ada apa ni?" Jisoo terus memasang telinga.

"Mama, Young dengan Jisoo ada kerja kumpulan. Jisoo ada bagitahu kan?"

"Ada ha. Baru aje. Masuklah. Eh ni siapa pula?" Mamanya menjemput rakan anaknya ke dalam rumah.

"Yow, Jis." Jisoo yang sedang mengunyah rotinya tersedak kerana ditegur oleh Jeonghan. Matanya menangkap pergerakan rakannya ke meja makan.

"Kenapa korang ada sekali ni?" Jisoo berkata setelah menelan kunyahannya.

Belum sempat mereka berkata apa-apa, Jisoo memandang mamanya.

"Ma, ni Jeonghan dan Joshua. Kawan sekelas Soo." Mamanya mengangguk kepada Jeonghan dan Joshua yang menunduk hormat kepada wanita itu.

"Ha, kenapa datang?" Kata Jisoo sambil melihat mereka bertiga duduk di meja.

"Lupa ke, kita ada tugasan?" Miyoung berkata sambil mengenyit matanya kepada Jisoo. Jisoo masih tidak dapat isyarat Miyoung.

"Memanglah, tapi bukan dengan Miyoung aje ke?" Jeonghan hanya mampu menepuk dahinya perlahan.

"Kenapa slow sangat? Kitorang ada sekali sebab nak sambung pasal kotak tu lah." Joshua berkata dalam nada yang perlahan. Nasib mama Jisoo berada di biliknya.

"Oh, gitu. Kalau macam tu, korang dah makan ke belum ni?" Pertanyaan Jisoo dibalas dengan gelengan.

"Ha, makan dulu. Nanti, masa keluar baru makan berat." Miyoung, Jeonghan dan Joshua mengangguk sebelum menyertai Jisoo bersarapan.

....

Setelah berbincang, mereka berempat bersetuju untuk mengadakan perbincangan di perpustakaan awam, berdekatan dengan sekolah mereka. Hari ini merupakan cuti peristiwa, maka suasana perpustakaan itu tidak terlalu sunyi kerana sebilangan pelajar universiti mengulang kaji di situ.

Mereka mengambil meja yang muat-muat untuk 4 orang di penjuru tingkat 1.

"Aku rasa, kita kena tunggu beberapa hari supaya kita betul-betul pasti yang kes ni ada kena-mengena dengan kucing yang aku jumpa." Jisoo berkata.

"Kau pasti? Kita tak tau apa yang pelaku tu boleh buat. Mungkin, dia dah lama rancang benda ni." Jeonghan pula berkata. Rambutnya serabai di betulkan sedikit.

"Kau masih mengharapkan pemilik kucing tu hubungi kau ke, Jis?" Miyoung bertanya sambil menongkat dagu menghadap Jisoo di kanannya. Jisoo hanya berdiam sambil berfikir-fikir.

Dia cuma mahu memastikan, sama ada kucing itu merupakan punca kes ini, atau cuma kebetulan.

- ᪥᪥᪥ -

𝙏𝙃𝙀 𝘾𝘼𝙏 𒊹︎︎︎ 𝙅𝙞𝙨𝙤𝙤 𝘽𝙋𒊹︎︎ Where stories live. Discover now