✯ 𝔽𝕀𝕍𝔼 ☾︎

77 6 0
                                    


🎬five-

Jisoo dan Miyoung sedang berjalan ke perhentian bas berdekatan sekolah mereka untuk ke hospital yang menempatkan eomma Miyoung. Perjalanan mereka hanya ditemani bunyi kenderaan yang lalu-lalang di jalan. Matahari yang biasanya terik, menjadi redup kerana awan yang melindunginya.

"Kes? Kes apa, Ma?"

Mamanya berhenti memasak dan menarik Jisoo ke sofa lalu menyuruhnya untuk duduk. Jisoo yang masih mendukung kucing kelabu itu, hanya mengikut pergerakan mamanya.

"Semalam, Mama ada baca tentang kes pembunuhan di kawasan tempat tinggal kita ni." Wajah mamanya nampak serius, tetapi Jisoo hanya mengendahkan.

"Alah, Ma. Soo jumpa kucing. KUCING. Bukannya, pisau ke. Darah ke."

"Hesh kamu ni. Bagilah Mama cerita habis!"

"Hehe okay, okay." Jisoo mengalihkan pandangannya kepada kucing didalam dakapannya.

"Pembunuh ni sebenarnya seorang psiko. Dia dah guna banyak cara dan corak untuk memerangkap mangsanya. Setakat ni, dah ada 3 orang jadi mangsa dia tau. Semua mangsa tu tinggal di kawasan ni. Tapi yang berbeza cuma bahagian blok." Mamanya berkata dengan suara yang perlahan dan menakutkan.

"Dah tu? Mama nak cakap yang kucing ni salah satu cara psiko tu nak perangkap mangsa?"

"Ya!" Mamanya berkata dengan nada yang gembira kerana anaknya faham maksud yang ingin disampaikan olehnya.

"Tapi, Ma. Kucing ni Soo jumpa dekat dalam kotak, hujung koridor. Sesiapa pun boleh ambil kucing ni and jadi mangsa dia. Takkanlah dia-"

"Ya, dia dapat semua mangsanya secara rawak. Setiap mangsa tak ada kaitan sama sekali, dari keluarga hingga ke hal musuh. Tak ada yang sepadan dengan setiap maklumat dan butiran mangsa. Jadi, kemungkinan untuk menjadi mangsa yang seterusnya psiko ni, memang besar. Lagi-lagi, penduduk di kawasan ni."

Jisoo yang sedang membelai bulu kucing di ribanya terhenti dek kerana penerangan panjang lebar milik mamanya.

"Serious ke, Ma?"

"Iya, sebab tu Mama nak Soo jaga diri. Kita tak tahu asal-usul kucing ni." Sambung mamanya sebelum dia bergerak ke dapur untuk sambung memasak.

"Kim Jisoo!" Miyoung menggoncang lengan milik Jisoo apabila dia tidak menerima sahutan dari perempuan bermarga Kim itu.

"Huh? Apa kau cakap?" Secara serta-merta, bayangan perbualan dia dan mamanya kelmarin lenyap dari fikiran.

Miyoung mengeluh kecil apabila respon yang diberikan Jisoo benar seperti sangkaannya. Jisoo tidak menumpukan perhatian kepada perbualan mereka tadi. Atau lebih tepat, perbualan Miyoung dan dirinya sendiri.

"Kau kenapa ni? Ada masalah ke? Tak nak share?"

Jisoo hanya menggeleng kepalanya perlahan.

"Tak ada masalah apa pun. Cuma aku tengah fikir pasal satu perkara ni."

Miyoung mengangkat kepala untuk memandang hadapan, iaitu beberapa meter lagi sebelum tiba di perhentian bas.

"Pasal apa?"

"Em, macam mana eh nak cakap." Jisoo menyerabutkan rambutnya.

Miyoung hanya mengerutkan dahi melihat Jisoo. Tak pernah-pernah kawan dia nampak serabut macam ni. Biasanya, dia cuma akan stress kalau musim peperiksaan aje. Ni, baru 3 minggu sekolah. Ujian pertama pun bulan depan.

"Halah kau ni. Buka mulut, cakap. Apa susah." Miyoung bercakap selamba. Muka masih beku, sama macam hari pertama mereka berjumpa.

Jisoo memberikan pandangan bosannya kepada kawannya. Lawak tak menjadi.

"Hesh. Kau ni. Okay. Aku ada jumpa kucing tau dekat kawasan rumah aku. Cantik! Besar tapi bulu dia lembut and panjang. Aku tengok dia macam hilang, jadi aku bawa balik rumah aku." Jisoo berkata sambil menyepak batu dengan kakinya.

"Dah tu? Apa masalahnya sampai kau nampak serabut ni?" Miyoung masih tidak mengerti ayat penerangan Jisoo.

"Aku ada buat notis pasal kucing hilang. Jadi aku tengah tunggu pemilik dia untuk tuntut balik kucing dia. Itu aku tak kisah sangat."

Mereka tiba di perhentian bas dan duduk di kerusi batu sementara bas seterusnya tiba.

"Dah tu? Apa yang kau kisah?"

"Kucing tu. Aku jumpa dia dekat hujung koridor, dalam kotak. Tak rasa pelik ke?" Jisoo menghayunkan kakinya ke depan dan ke belakang.

"Apa yang pelik? Okay lah tu. Bukannya kau jumpa dia dengan tangkal ke, pisau ke apa. Kan?" Miyoung mengikut gerak kaki Jisoo sambil menyelitkan rambutnya yang terjatuh ke depan muka di belakang telinga.

"Iyalah. Kucing tu nampak hilang. Tapi, dalam kotak. Maksudnya, kucing tu orang tinggalkan lah. Kan? Mana ada orang hilang kucing, tapi letak kotak. Tak logik lansung." Jisoo mengalihkan pandangan dari kakinya ke jalan raya dihadapan mereka.

Jalan raya yang sibuk itu menjadikan suasana mereka tidak sunyi, walaupun hanya mereka berdua di perhentian bas tersebut. Oleh kerana ketika itu merupakan waktu tengah hari, orang yang bekerja juga bergegas keluar untuk makan tengah hari. Mungkin juga untuk menjemput anak-anak mereka dari sekolah.

"Yup, tak logik. Tapi, mana kau tau yang tu kucing tinggal? Entah-entah, kotak tu dah lama ada. Atau kau aje tak yang perasan." Miyoung membalas dengan hujahnya.

Jisoo terdiam mendengar ayat Miyoung. Ada benarnya juga fahaman Miyoung. Mungkin dia tidak perasan kotak itu sebelum ini. Mungkin kucing itu memang hilang, lari atau terlepas, dia tidak pasti.

Sedang Jisoo memikirkan kemungkinan kewujudan kucing tersebut, tangannya ditarik untuk berdiri bersama.

"Jom, bas dah sampai." Miyoung menaiki bas, mendahului Jisoo.

Selesai membuat bayaran tambang menggunakan kad, Jisoo dan Miyoung mengambil tempat duduk di tepi tingkap, berdekatan dengan pemandu bas. Bukan apa, nanti senang mereka nak turun.

"Kau bagitau kau jumpa kucing tu dekat koridor kan? Kau nak turun ke, nak naik masa tu?" Miyoung meletakkan begnya di atas ribanya. Tindakannya diikuti oleh Jisoo.

"Aku nak turun. Nak ambil phone aku."

"Apa?! Kau tertinggal phone kau atas locker lagi ke Jisoo??" Miyoung melihat Jisoo dengan mata yang terjegil kerana terkejut.

"Haah. Tapi, bila aku nak ambil balik phone aku, aku tengok dia tak ada atas locker, macam biasa. Tapi, ada dalam locker rumah aku. Macam ada orang masukkan." Jisoo berkata sambil mengeluarkan phone nya dari poket beg sekolah berwarna kelabu miliknya.

"Mungkin orang jumpa and masukkan dalam locker tu. Sebab tertinggal atas locker bahagian rumah kau. Lagipun ada retak sikit dekat hujung phone kau." Miyoung menunjukkan jarinya ke hujung phone Jisoo.

Jisoo mengangguk, bersetuju dengan teori Miyoung. Miyoung selalu memberikan teori, dan teori dia selalu logik dan meyakinkan.

"Mungkin. Tapi, apa-apa pun, aku syukur. Kau tak perlulah nak beli baru. Kan?" Jisoo tersengih.

"Hehehe. Kau tau-tau aje aku kan, Young?" Miyoung membuat muka pasrah dengan tabiat Jisoo.

- ᪥᪥᪥ -


𝙏𝙃𝙀 𝘾𝘼𝙏 𒊹︎︎︎ 𝙅𝙞𝙨𝙤𝙤 𝘽𝙋𒊹︎︎ Where stories live. Discover now