🎬seventeen-Perlahan dan tenang Miyoung melangkah ke dalam perkarangan sekolah. Matahari yang baru menunjukkan diri, hanya sipi-sipi sahaja menerangi perjalanannya ke kelas.
- Flashback -
"Apa yang kita kena buat sekarang ni?" Jisoo dan Miyoung kini berada di sebuah pusat membeli-belah. Disebabkan mereka berasa takut dan risau dengan keadaan sekeliling yang tenang dan sunyi, mereka memilih untuk berada di tempat yang menjadi tumpuan orang ramai.
"Aku rasa lah kan. Kita kena siasat. Tapi, kita kena hati-hati bila bincang atau bercakap pasal ni. Aku takut kalau pelaku atau orang yang hantar kotak ni ikut kita. Kalau dia tau rancangan kita, atau dah tahu yang kita tengah menyiasat tentang dia, kemungkinan untuk dia buat sesuatu memang tinggi."
Miyoung berkata panjang. Tangan Jisoo dipeluknya dan ditarik ke dalam sebuah kedai baju. Mereka tak ada niat pun nak beli baju, tetapi kedai tu ialah kedai yang terdekat dengan mereka. Dengan pantas, mereka menyorok berhampiran baju-baju dress, berpura-pura membelek baju.
Ketika mereka sibuk berpura-pura, Jisoo terperasan kelibat seseorang yang seperti mencari-cari sesuatu.
Misteri. Itulah perkataan pertama yang terlintas di dalam benak fikiran Jisoo. Dia memerhatikan kelakuan orang itu.
Pada pandangan Jisoo, dia seperti biasa nampak orang itu. Tinggi dan saiz seakan-akan sama dengan seseorang, tetapi mustahil orang yang di fikirannya menyamar menjadi lelaki di luar kedai itu.
Setelah beberapa minit, lelaki yang berpakai serba hitam itu berjalan meninggalkan kedai itu dan bergegas keluar dari pusat beli-belah itu menggunakan pintu belakang. Jisoo dengan segera membawa Miyoung ke bahagian baju kemeja wanita di dalam kedai itu.
"Ha, kau kenapa? Tadi kata nak menyamar. Dah kenapa beria sangat cari baju?" Miyoung pun turut mencari baju, walaupun dia tak pasti nak cari apa.
"Cari aje baju yang kau nak beli, satu pun jadilah. Lepas tu, cari seluar nak match dengan baju tu. Kita tukar baju nanti, lepas bayar." Jisoo terus mengambil sebuah kemeja berwarna biru langit.
"Okay, nanti explain pada aku balik, apa yang berlaku." Miyoung turut mencari baju.
Setelah membayar pakaian, mereka menukar baju di bilik persalinan di kedai itu. Jisoo keluar dengan berpakaian baju kemeja berwarna biru langit dan sepasang seluar biru gelap manakala Miyoung menukar kepada blouse kelabu bersama sepasang seluar hitam.
"Cerita sekarang. Yang pertama, kenapa seluar? Aku nak skirt labuh tadi, kan lawa kalau pakai dengan kemeja aku dekat rumah tu." Miyoung berkata sambil meluruskan rambutnya semula.
"Nanti senang apa-apa jadi, nak lari ke apa."
Jisoo membalas. Mereka kini hanya mampu berehat di salah sebuah kerusi di tengah-tengah pusat beli-belah itu.
"Kedua, kenapa kau suruh kita tukar baju?"
"Aku nampak lelaki dekat luar kedai, macam tengah tercari-cari sesuatu. Aku takut dia cari kita, jadi lebih baik bersedia." Jisoo membisik kepada Miyoung.
"Ouh, gitu. Ketiga, kita nak pergi mana ni?"
Mereka terdiam sebelum berpandangan sesama sendiri.
Satu.
Dua.
Tiga.
"Okay situasi ni lawak." Mereka terketawa mengenangkan diri mereka yang menyamar dari orang yang tidak dikenali.
Mungkin ini yang terakhir bagi mereka, tetapi ia merupakan sebuah permulaan bagi lelaki misteri itu.
- End of flashback -
Lamunan Miyoung terhenti apabila dia tiba di kelasnya. Dia meletakkan begnya di meja dan keluar kembali untuk menuju ke laluan locker.
Setibanya di hadapan locker nya, dia mengeluarkan kamera mini dari poket blazer dan memasangnya di atas locker. Disebabkan locker Miyoung dan Jisoo berada bertentangan di antara satu sama lain, dia meletakkan kamera di lockernya.
Jisoo tidak tahu akan tindakannya. Pada Miyoung, tindakan dia ini akan menjadi bahan yang paling utama untuk menyiasat tentang misteri yang mereka lalui ini.
Dia meletakkan kamera sedikit dalam agar tiada orang dapat mengetahui keberadaan kamera itu. Setelah dia memasang, dia membuka phone nya, dan memasang peranti yang disambung kepada kamera itu.
Setelah berpuas hati, dia ingin bergerak ke locker Jisoo, untuk meletakkan sebuah kunci milik Jisoo, yang ditinggalkan secara tidak sengaja olehnya ketika mereka di pusat beli-belah kelmarin.
"Miyoung!" Terhinjut bahu Miyoung apabila namanya bergema di laluan sunyi itu. Kelihatan Joshua berjalan ke arahnya dengan beg di bahu kiri.
"Kau ada masa tak petang ni?"
Miyoung berkerut dahi apabila mendengar ayat rakannya.
"Untuk?"
"Ala, kan aku ada cakap nak beli buku aritu. Lupalah tu." Joshua menarik Miyoung ke kelas mereka.
"Tak ada angin, tak ada ribut. Kau dah kenapa anak Hong?" Miyoung menyeluk tangan ke dalam poket blazer.
"Jap." Joshua meletakkan begnya lalu bergegas mengambil tempat di sebelah Miyoung. Kelihatan sebilangan pelajar kelasnya sudah hadir.
"Sorry. Tadi aku saja aje nak cover."
"Cover?" Miyoung menongkat dagu. Makin lama cakap, makin tak faham dia dengan Joshua ni.
"Aku datang tadi, terus ke locker. Ingat nak ambil buku nota dalam tu. Tapi, masa aku nak buka locker, aku nampak kau tengah masukkan sesuatu dalam locker Jisoo. Tu aku tak kisah sangat. Yang aku kisah, ada orang tengah menyorok belakang dinding dengan hujung laluan tu." Joshua menerangkan dengan panjang lebar.
"Kau nampak tak muka dia macam mana?" Miyoung bertanya. Mungkin ini boleh menjadi salah satu clue bagi dirinya dan Jisoo.
"Nampak, tapi samar-samar sebab lampu dekat koridor tu rosak kan. Bagi aku, mustahil tu pelajar dekat sini sebab dia nampak dewasa dari kita. Kenapa kau macam nak tahu sangat muka dia?" Joshua berasa ingin tahu.
"Kalau aku bagi tahu, kau kena senyap-senyap. Atau, kau pun dalam bahaya." Joshua terpinga-pinga. Baru sahaja dia ingin bertanya, percakapannya dipotong oleh Jisoo yang baru sahaja masuk kelas.
"Miyoung! Kunci aku tertinggal!!"
Miyoung hanya memberikan smirk melihat betapa paniknya Jisoo. Joshua, jangan ditanya. Awal-awal lagi dah jealous sebab Jeonghan masuk-masuk kelas, terus tidur. Apa perasaan dia tak penting ke? Dia pun nak ada orang tegur dia macam Jisoo panggil Miyoung.
- ᪥᪥᪥ -
YOU ARE READING
𝙏𝙃𝙀 𝘾𝘼𝙏 𒊹︎︎︎ 𝙅𝙞𝙨𝙤𝙤 𝘽𝙋𒊹︎︎
Mystery / Thriller✯ 𝕋ℍ𝔼 ℂ𝔸𝕋- 𝐽𝑖𝑠𝑜𝑜 𝑜𝑓 𝐵𝐿𝐴𝐶𝐾𝑃𝐼𝑁𝐾 ☾︎ 𝐒𝐭𝐚𝐫𝐭𝐞𝐝: 𝐃𝐞𝐜 8𝐭𝐡, 2020 𝐄𝐧𝐝𝐞𝐝: 𝐉𝐚𝐧 1𝐬𝐭, 2021 𝐏𝐮𝐛𝐥𝐢𝐬𝐡𝐞𝐝: 𝐉𝐚𝐧 3𝐫𝐝, 2021 (𝐀 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲 𝐅𝐚𝐧𝐟𝐢𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧) ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ 𝑺𝒆�...