✯ 𝕋𝕎𝔼ℕ𝕋𝕐 ☾︎

44 1 0
                                    


🎬twenty-

"Hyung. Kau lupa aku ke?"

Suara seorang lelaki berkata di rakaman suara. Pemilik phone tersebut telah mendengar rakaman tersebut hampir 20 minit sejak dia menerimanya. Sungguh, dia tidak pasti siapa yang menghantar rakaman itu.

Rakaman suara berdurasi 5 saat itu cukup membuatkan hatinya tidak tenteram. Suara yang garau dan penuh aura gelap serta negatif itu menjadikan dia berasa seperti sesuatu yang bahaya sedang menanti dirinya.

Dia melihat kembali nombor tersebut di skrin phone nya. Nombor yang asing dengannya, sudah tentu dia tiada idea tentang siapa empunya suara itu.

Setelah berfikir-fikir, dia menelefon nombor itu. Selang beberapa saat, panggilan di angkat.

"Ouh, hyung. Dah tahu siapa aku ke?" Kedengaran ketawa sinis di hujung panggilan.

Lelaki yang dipanggil hyung itu masih lagi mendiamkan diri.

"Haish, hyung.. Jangan menyesal tak cakap sekarang. Nanti, bila masanya tiba, aku takut hyung pula yang minta nak cakap."

"Siapa ni?"

Ketawa sinis itu menjadi lebih kuat berbanding sebelum ini.

"Huh? Kau tak kenal aku ke? Woo Hyung?"

"Ki-Kiyoon.."

- ᪥᪥᪥ -

𝙏𝙃𝙀 𝘾𝘼𝙏 𒊹︎︎︎ 𝙅𝙞𝙨𝙤𝙤 𝘽𝙋𒊹︎︎ Where stories live. Discover now