🎬twenty:nine-"Jadi, dekat mana appa kau sekarang? Kita kena cepat sebelum dia buat sesuatu. Dia ada rekod membunuh, mungkin dia boleh buat sesuatu dengan eomma Miyoung." Jeonghan berkata dengan nada mendesak.
Seungcheol mengangguk laju.
"Aku mungkin tahu dekat mana."
Semua memandang dia.
"Gudang lama sebelah hutan terbiar."
.....
Kiwoo, selaku appa Miyoung, segera memandu kenderaannya ke gudang yang disebutkan oleh Seungcheol, iaitu anak kepada adiknya. Untung keretanya besar, boleh mereka semua ke sana.
Jisoo dan Miyoung mengambil tempat di belakang sekali manakala Joshua, Jeonghan dan Pakcik Yoon berada di bahagian tengah.
Oleh kerana Seungcheol tahu tempat itu, dia mengambil tempat di sebelah pemandu untuk menunjukkan arah ke gudang itu.
Suasana di dalam kereta amat mendebarkan setiap orang yang berada di dalam kenderaan itu. Tidam selepas Seungcheol membuka suara untuk bercerita tentang appanya, iaitu Choi Kiyoung.
"Appa ada cakap masa dia bawa Cheol ke gudang tu. Dia kata, dia akan gunakan gudang itu untuk balas dendam. Bila Cheol tanya dendam apa, dia kata, dendam keluarga. Cheol memang tak faham, sebab dia tak pernah cuba terangkan. Rahsia sampai lah tengah hari tadi.
Joshua mengambil peluang untuk bertanya kepadanya.
"Kau tahu apa-apa lagi ke, Cheol?"
Seungcheol menoleh dan menggeleng perlahan.
Setibanya di gudang, suasana hari hampir gelap. Bukan kerana waktu hampir malam, tetapi hujan yang akan turun bila-bila masa sahaja. Mereka bergegas turun dari kereta dan appa Miyoung berjalan mendahului mereka semua.
Gudang itu nampak usang, tetapi di dalamnya seakan ada orang menjaga. Mungkin benar tekaan Kiyoon, yang abang kembarnya sudah merancang plan ini sejak awal lagi. Mungkin sejak arwah kawannya masih hidup.
"Kamu tahu apa-apa lagi ke Seungcheol?" Pakcik Yoon bertanya kepada lelaki yang lebih muda itu.
"Ada satu bilik yang dia larang saya masuk sejak dia bawa saya ke sini. Bilik-"
Tidak sempat Seungcheol menghabiskan ayatnya, terdengar suara seseorang di tangga hujung dalam gudang itu.
Figura itu memakai pakaian yang serba hitam, serta wajah ditutup separuh dengan mask yang turut berwarna hitam.
"Lama tak jumpa Woo-hyung. Eh, Yoon? Sihat ke?" Dia masih terketawa sinis. Tetapi, yang lain masih mendiamkan diri.
"Kenapa senyap? Cakaplah. Penat aku pergi sini dengan seseorang tau. Siapa eh? Oh.. Kesayangan anak buah aku. Entah hidup ke tidak. " Lelaki itu menuruni tangga sambil tangan diseluk ke dalam poket jacketnya.
"Appa, kenapa buat semua ni? Appa dendam apa dengan diorang? Kenapa Cheol, anak appa tak tahu semua ni?" Seungcheol bergerak ke hadapan dengan tangisan perlahan. Dia tak peduli dengan perlakuan appanya. Dia pasti, appanya ada sebab yang kukuh.
"Appa minta maaf, Seungcheol. Tapi, dendam tetap dendam. Appa tak akan puas kalau tak balas balik. Betapa merana dan sedihnya apa selama 30 tahun. 30 tahun! Appa seorang diri. Selama 30 tahun, appa jaga diri sendiri, ada pasangan dan ada Cheol.. Tapi nasib appa malang, kan? Eomma Cheol pun tinggalkan appa. Mana?! Mana keluarga yang sepatutnya tolong appa?! Tak ada! Penting diri sendiri. Keluarga sendiri hilang, tak ada usaha. Tch." Kiyoung berkata angkuh, matanya menjadi merah kerana marah, sedih dan kecewa.
Kiwoo menolak Seungcheol ke empat lagi remaja di belakang sebelum berjalan ke adiknya.
"Apa maksud kau, Young? Siapa kata kami pentingkan diri sendiri? Siapa kata kami tak cari? Kami cuba bertahun-tahun! Sampai lah kematian kawan baik Kiyoon mati. Adik kita, Kiyoon, sampai trauma. Hilang orang yang dipercayai. Hyung terpaksa fokus pada dia. Mana Kiyoung, adik hyung hilang?"
Kiyoung yang mulanya beriak marah, perlahan-lahan menjadi tenang. Seakan dia mengerti penerangan Kiwoo, dia bergerak ke hyungnya.
Air mata yang terkumpul di matanya, tumpah juga ke pipi.
"Hyung.. Hyung cari Young? Betul ke, Woo-hyung? Yoon?"
Kiwoo dan Kiyoon mengangguk perlahan sambil tersenyum lembut. Tanpa berlengah, Kiyoung memeluk Kiwoo dengan erat.
Sungguh dia rindu keluarganya. Dia rindu kasih sayang keluarga yang di hilang sejak usianya 13 tahun. Sebuah kehilangan yang tragis bagi keluarga mereka. Kisah kemalangan yang berlaku telah menyebabkan Kiyoung terpisah dari Kiwoo dan Kiyoon. Disangka dirinya telah disingkirkan dari keluarga bermarga Choi, telah menimbulkan salah faham dan dendam yang palsu.
Kiyoon, selaku adik kepada dua orang yang sedang berpelukan itu menepuk bahu Kiyoung. Kiyoung menoleh dan memeluk adik kembarnya pula. Mereka memang sama. Wajah, tinggi dan saiz. Suara juga hampir sama.
Yang membezakan hanyalah tanda lahir di wajah Kiyoung. Tanda lahir di hujung mata kanannya tidak terlalu besar, tetapi cukup untuk orang perasan akan kewujudannya.
Setelah selesai penyatuan tiga beradik itu, Miyoung berkata perlahan.
"Pakcik Kiyoung.. Eomma, mana?"
Kiyoung mengelap air matanya dengan lengan jacketnya sebelum tersenyum.
"Jangan risau, eomma Miyoung ada dekat bilik atas. Pakcik tak buat apa-apa, dia cuma pengsan aje."
Semua yang berada di tempat kejadian itu akhirnya boleh menghembus nafas lega.
Lega kerana dendam sudah terhapus kerana kasih sayang dan ikatan keluarga yang masih utuh. Ikatan yang masih tidak terputus.
- ᪥᪥᪥ -
YOU ARE READING
𝙏𝙃𝙀 𝘾𝘼𝙏 𒊹︎︎︎ 𝙅𝙞𝙨𝙤𝙤 𝘽𝙋𒊹︎︎
Mystery / Thriller✯ 𝕋ℍ𝔼 ℂ𝔸𝕋- 𝐽𝑖𝑠𝑜𝑜 𝑜𝑓 𝐵𝐿𝐴𝐶𝐾𝑃𝐼𝑁𝐾 ☾︎ 𝐒𝐭𝐚𝐫𝐭𝐞𝐝: 𝐃𝐞𝐜 8𝐭𝐡, 2020 𝐄𝐧𝐝𝐞𝐝: 𝐉𝐚𝐧 1𝐬𝐭, 2021 𝐏𝐮𝐛𝐥𝐢𝐬𝐡𝐞𝐝: 𝐉𝐚𝐧 3𝐫𝐝, 2021 (𝐀 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲 𝐅𝐚𝐧𝐟𝐢𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧) ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ 𝑺𝒆�...