✯ 𝔽𝕆𝕌ℝ ☾︎

86 5 0
                                    


🎬four-

"Yow, Jisoo my lovely friend!"

Bahu Jisoo dirangkul dari belakang oleh seseorang yang amat dikenalinya. Jisoo yang sedang menyedut air kotak susunya segera menoleh untuk melihat orang disebelahnya.

"Nak apa?" Jisoo bercakap seolah-olah berjauh hati. Pandang kawannya pun tidak.

"Alah, kau marah aku ke, Jichu~" Empunya suara tersebut membuat muka bersalah. Memang rasa bersalah pun, rakan baiknya tak layan dia.

"Hm, mana ada." Jisoo masih meneruskan lakonannya. Niatnya cuma nak bergurau dengan kawannya itu.

"Okay, pasal semalam, aku minta maaf. Aku tak sengaja tinggal kau, jiran aku telefon aku and cakap eomma aku masuk hospital jadi aku cepat-cepat keluar sekolah. Lupa nak bagitau kau. Sorry."

Langkah Jisoo terhenti dan segera memandang kawannya. Kotak susunya sudah dibuang ke dalam tong sampah berdekatan sebelum mendekati kawannya kembali. Wajah kawannya yang menunduk ke lantai itu dibawa kedalam tangan lalu matanya melihat ke dalam sepasang mata yang sedih.

"Miyoung.. Sorry, jangan sedih. Aku gurau aje."

Tangan Jisoo dipegang oleh Miyoung dan kepalanya digeleng perlahan.

"Tak apa." Segaris senyuman diberikan.

"Macam mana dengan eomma kau, Young? Dia sakit ke?" Jisoo memeluk tangan Miyoung sambil berjalan ke kelas mereka.

"Okay, aje. Cuma dia stres. Mungkin pasal appa aku kut.."

Miyoung memperlahankan suaranya apabila ayat terakhir diluahkan. Namun, Jisoo yang terdengar hanya mendiamkan dirinya. Dia tahu hal keluarga Miyoung. Malah, dia menjadi tempat luahan kawannya itu.

Jisoo dan Miyoung sudah berkawan hampir 4 tahun. Awal perkenalan mereka ialah tahun pertama mereka di sekolah ini, iaitu hari yang mereka tanpa sengaja bertembung di laluan utama sekolah. Bukannya perkenalan yang manis, tetapi yang menggeramkan kedua-dua pihak.

- Flashback -

"Ouch!" Jisoo terjatuh kerana terlanggar bahu dengan seseorang. Dia mendongak untuk melihat gerangan yang sengaja melanggarnya. Seorang perempuan yang mempunyai pandangan yang serius sedang melihatnya yang terjatuh.

"Hey, mata letak mana? Tengoklah jalan!"

Jisoo bangun dari lantai dan membetulkan kedudukan begnya. Blazer yang disarung ke badannya di tepuk sedikit bagi menghilangkan debu.

"Aku ke kau yang salah? Dia yang jalan tengah-tengah, buat macam sekolah sendiri. Tch."

Jisoo melihat tag nama pelajar di hadapannya. Choi Miyoung.

"Kalau ya pun, minta lah maaf. Bukannya sindir." Jisoo membalas dengan wajah yang tidak puas hati. Mana tak marah, mood dia hilang di hari pertama sekolah, pada pukul 8 pagi. Kelas pun belum mula.

"Ouh, maaf. Guna mata betul-betul lepas ni."

Pelajar tersebut berkata dengan nada yang mendatar sebelum berpusing untuk melangkah ke kelasnya. Namun, belum sempat dia melangkah jauh, Jisoo menarik tali begnya sehingga dia terjatuh ke belakang.

Jisoo terkejut melihat Miyoung pula yang terduduk di atas lantai. Belum sempat dia berbuat apa-apa, bunyi wisel dibunyikan.

"Awak berdua, ikut saya sekarang!"

...

"Baru hari pertama dah buat hal. Belum lagi setahun dua. Macam mana ni?" Jisoo hanya kaku menunduk ke ribanya manakala Miyoung berani melihat guru di hadapan mereka itu yang sedang menompang dagu menghadap dua pelajar tahun pertama itu.

"Maaf, Miss. Dia--" Tidak sempat ayat Jisoo disudahi, Miyoung memintas.

"Tadi saya terjatuh sendiri. Kebetulan Jisoo ada sebelah saya." Miyoung berkata selamba.

Jisoo membulatkan mata mendengar penjelasan yang sudah terang-terangan merupakan sebuah penipuan dari mulut Miyoung.

"Tak apa. Hari ni saya maafkan. Lepas ni, saya bagi denda yang lebih berat. Hari ni, sebelum balik, awak berdua perlu cuci tandas di blok pertama. Bersama."

"Baik Miss."

- End of flashback -

"Young, balik ni aku ikut kau lawat eomma kau, eh?" Permintaan Jisoo dibalas anggukan oleh kawannya sebelum mereka melangkah ke kelas.

- ᪥᪥᪥ -

𝙏𝙃𝙀 𝘾𝘼𝙏 𒊹︎︎︎ 𝙅𝙞𝙨𝙤𝙤 𝘽𝙋𒊹︎︎ Where stories live. Discover now