🎬thirty:one-"Ma, Pa. Soo pergi dulu!" Jisoo melambai mama dan papanya sambil membetulkan blazernya.
"Hati-hati jalan tu!" Dengan itu, Jisoo berjalan ke perhentian bas dengan hati yang gembira.
Siapa aje tak gembira bila masalah da selesai?
Tiba di perhentian bas, dia disambut dengan Miyoung bersama tiga lagi kawannya. Jisoo memandang pelik. Bila masa diorang bertiga naik bas sekali ni? Tak pernah-pernah muncul dekat sini.
"Jisoo!" Miyoung bangun dari duduknya dan berlari perlahan ke Jisoo dan memeluk rakannya.
"Young." Jisoo tersenyum melihat kerenah Miyoung. Mungkin benar, Miyoung seorang yang matang dan serius. Tetapi, dia bukannya seorang yang tiada perasaan. Malah, dia boleh menjadi sensitif terhadap perkara yang tertentu.
"Sejak bila tiga manusia ni naik bas sekali, Young?" Jisoo bertanya kepada Miyoung yang berdiri di sebelah, sambil meletakkan tangannya di leher Jisoo.
"Siapa kata kita naik bas?" Joshua berkata sambil memegang buku notanya.
Jeonghan mengangguk kepada ayat Joshua. Betul, siapa kata mereka naik bas?
"Dah tu, kita jalan kaki?" Jisoo berkata sindir.
"Well, baik jalan sekarang atau lambat nanti." Seungcheol berkata sambil memasukkan phone nya ke dalam poket blazer.
"Serius lah kita jalan kaki?!" Jisoo hampir terjerit.
Keempat-empat kawannya mengangguk sambil tersengih. Jisoo mengeluh perlahan. Sabar ajelah dapat kawan macam ni.
.....
"Young." Joshua menyenggol bahu Miyoung perlahan. Panggil pun perlahan."
"Apa." Joshua memandang pula Miyoung yang berjalan di kanannya. Seungcheol hanya berada di sebelah kanan Miyoung, jadi suara yang kuat mungkin boleh menarik Seungcheol untuk terdengar perbualan mereka.
"Pasal kamera yang kau letak tu, kau nak bagitau ke? Kan dah tak ada guna dah." Joshua berkata perlahan.
Miyoung menggeleng.
"Tak payahlah. Nanti aku ambik sendiri."
Joshua mengangguk kecil.
Sejak kejadian kelmarin, Seungcheol menjadi sebahagian daripada kumpulan mereka. Nampak pelik sedikit, kerana dia seorang sahaja dari kelas sebelah.
Seungcheol menjeling ke Miyoung yang berjalan di kirinya. Wajah beku, dia pun takut nak tegur.
"Miyoung." Perempuan itu menoleh, masih muka seriusnya.
"Kau anak Pakcik Kiwoo dan aku anak Kiyoung. So, kita sepupu. Kan?"
Miyoung berfikir sejenak sebelum mengangguk.
"Haah, kenapa?"
Seungcheol tersengih.
"Panggil aku oppa tau. "
Miyoung memandangnya dengan pandangan bosannya.
"Bagi aku sebab kenapa."
"Kau sepupu aku. Kau lagi muda dari aku. Dan, hormat lah keluarga sendiri. Halah, itu pun nak cakap."
Miyoung menarik kolar blazer Seungcheol sambil memandangnya dengan pandangan maut. Walaupun pendek, jangan pandang rendah dengan kebolehan dia. Ni fakta ya pasal orang pendek. Bahaya.
"Satu, kau sepupu aku, bukan abang aku. Dua, kau cuma tua tiga bulan dari aku. Tiga, aku rasa jawapan dia sama dengan nombor satu. Nak terang lebih lagi ke, Choi Seungcheol?" Seungcheol membuat muncung sedepa.
Baru nak rasa ada adik, dah lah jadi anak tunggal.
"Alah, aku jadi abang kau lah. Dua-dua anak tunggal. Okay, apa?" Miyoung melepaskan tangan dari blazer lelaki yang bergelar sepupu itu dan meneruskan langkah.
"Huh, tengoklah. Aku baru bercakap dengan kau kurang dari 10 jam. Perangai kau ni nampaknya kurang dari segi abang mithali. Bawa-bawa muhasabah dulu. Jisoo, aku masuk kelas dulu. Kalau kau nak pergi kantin, ajak aje mana-mana antara diorang. Bye."
Dengan itu, Miyoung berjalan ke kelas sendirian. Walaupun dia paling pendek di antara mereka berlima, boleh tahan laju dia jalan. Makan apalah agaknya. Lagi sekali, jangan pandang rendah pada orang pendek. Hm.
Seungcheol menghentak kakinya selepas di sindir sepupu sendiri. Joshua dan Jeonghan hanya mampu memberikan sokongan moral dengan kata-kata mengubat hati.
Jisoo? Jangan di tanya. Awal-awal dia dah ketawa, tapi perlahan aje lah.
- ᪥᪥᪥ -
YOU ARE READING
𝙏𝙃𝙀 𝘾𝘼𝙏 𒊹︎︎︎ 𝙅𝙞𝙨𝙤𝙤 𝘽𝙋𒊹︎︎
Mystery / Thriller✯ 𝕋ℍ𝔼 ℂ𝔸𝕋- 𝐽𝑖𝑠𝑜𝑜 𝑜𝑓 𝐵𝐿𝐴𝐶𝐾𝑃𝐼𝑁𝐾 ☾︎ 𝐒𝐭𝐚𝐫𝐭𝐞𝐝: 𝐃𝐞𝐜 8𝐭𝐡, 2020 𝐄𝐧𝐝𝐞𝐝: 𝐉𝐚𝐧 1𝐬𝐭, 2021 𝐏𝐮𝐛𝐥𝐢𝐬𝐡𝐞𝐝: 𝐉𝐚𝐧 3𝐫𝐝, 2021 (𝐀 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲 𝐅𝐚𝐧𝐟𝐢𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧) ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ 𝑺𝒆�...