✯ 𝕋ℍ𝕀ℝ𝕋𝕐 ☾︎

32 3 0
                                    


🎬thirty-

Jisoo membuka pintu rumahnya dan terus ke biliknya. Bahan dihempas di atas katil, tanpa membersihkan badannya terlebih dahulu. Fikirannya seakan menerawang kepada kejadian yang di berlaku hari ini.

Dia lega kerana tiada lagi misteri. Tiada lagi kotak yang berisi ayat puisi segalanya. Tiada lagi rahsia.

"Tok tok tok!" Pintu biliknya ditolak perlahan. Dia masih menutup matanya tetapi dia mendengar derapan tapak kaki ke katilnya.

Bahagian hujung tilamnya tenggelam seakan ada orang sedang duduk di bahagian itu.

"Ma, malam ni Soo terus tidur la. Penat sangat. Esok pagi, Jisoo cerita. Okay?" Jisoo berkata, sambil meletakkan tangan kanannya ke atas muka.

"Penat kenapa, Jisoo?"

Jisoo terus membuka mata dan bangun dari baringan. Matanya terus bersinar.

"Papa!"

Jisoo terus memeluk 'papanya' dengan erat.

"Jisoo penat kenapa? Sibuk apa aje hujung minggu ni?" Papanya bertanya kepada anaknya yang masih dipeluknya sambil membelai rambutnya perlahan.

"Ada banyak benda berlaku, tapi semua dah selesai. Papa dah habis kerja ke?"

Jisoo melepaskan pelukan dari papanya dna melihat wajah tua itu. Papanya tersenyum senang.

"Dah, lepas ni papa duduk rumah aje. Kalau ada urusan kerja luar negeri lagi, mungkin tiga bulan lagi. Tapi, tu pun belum pasti. Mungkin lambat lagi." Jisoo tersenyum senang.

"Pa, mama dekat dapur eh?"

"Haah, mama tengah masak. Jisoo nak rehat je kan?" Papanya berdiri untuk meninggalkan dia berehat.

"Tula, Jisoo nak makan dengan papa. Tapi, mungkin esok. Sebab Jisoo betul-betul nak tidur. Esok sekolah." Jisoo berkata.

Papanya mengangguk sebelum menutup pintu biliknya perlahan.

Jisoo tersenyum sendiri. Seakan masalahnya sudah selesai. Dia terus mengambil tuala yang disangkut di ampai biliknya, dan membersihkan diri dan bersiap untuk tidur.

Dan ini merupakan malam pertama dia dapat tidur dengan nyenyak setelah sebulan dia kurang tidur.

- ᪥᪥᪥ -

𝙏𝙃𝙀 𝘾𝘼𝙏 𒊹︎︎︎ 𝙅𝙞𝙨𝙤𝙤 𝘽𝙋𒊹︎︎ Where stories live. Discover now