🎬seven-Tok tok tok!
Pintu wad ditolak oleh Miyoung. Dia segera melabuhkan punggungnya di atas kerusi bersebelahan dengan katil wad dan Jisoo hanya berdiri di sebelahnya.
"Eomma sihat? Ada banyak fikir ke hari ni?" Miyoung bertanya kepada eommanya setelah seharian tidak berjumpa dengannya.
Eomma Miyoung mengangguk serta memberikan senyuman yang lega. Lega kerana masih mempunyai seorang anak yang boleh menjaganya ketika dia sedang sakit.
Berbanding dengan Jisoo, Miyoung merupakan anak tunggal. Selama 17 tahun, dia telah dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh eomma dan appanya. Dia menjadi cepat matang walaupun masih muda. Mereka merupakan sebuah keluarga idaman semua. Namun, sudah 5 bulan appanya menghilangkan diri. Tiada khabar berita langsung. Yang ada, hanyalah sekeping nota yang ditinggalkan olehnya pada hari appanya telah pergi.
Miyoung menjadi lebih matang dan berfikiran positif tentang kehilangan appanya itu. Mungkin, appanya mempunyai sebab yang munasabah.
"Sihat, eomma dekat hospital ni dah bosan dah. Nak jugak duduk rumah, masak. Tak pun, tengok tv." Miyoung dan Jisoo ketawa kecil mendengar balasan eomma Miyoung.
"Lama eomma tak nampak kamu, Jisoo. Pergi mana aje?" Eomma Miyoung sudah dianggap seperti eomma bagi Jisoo, maka panggilan eomma sudah menjadi kebiasaan.
"Ada je, eomma. Cuma baru masuk sekolah, jadi Soo masih nak biasakan diri lepas sebulan cuti. Masuk-masuk, rasa macam tak pernah belajar. Hehehe." Jisoo tersengih kepada eomma Miyoung.
"Ala, tipu aje tu. Sekarang dia dah dapat jawatan Presiden Kelab Fotografi. Memanglah sibuk. Nak cari program lagi, idea, konsep semua." Miyoung mencelah.
"Oh, baguslah tu. Buat elok-elok. Jadi ketua ni susah. Makin besar jawatan yang dipegang, makin besar tanggungjawab digalas." Eommanya menepuk bahu Jisoo perlahan dengan senyuman keibuan.
Jisoo hanya tersengih.
"Tahu, tapi Soo akan cuba yang terbaik! Lagipun, program pertama yang kita ada bincang pun macam seronok." Jisoo mula bercakap tentang program yang akan dianjurkan oleh Kelab Fotografi.
"Program apa, Soo? Cerita lah." Miyoung cuba mengorek rahsia. Jisoo hanya memberi pandangan mautnya.
"No, tak akan. Ni rahsia~ Nanti dah tak terkejut."
"Ha yelah, yelah. Tak payah bagitau. RAHSIA~." Miyoung mengajuk cara Jisoo.
Kedua-dua Miyoung dan Jisoo terketawa dengan spontan mereka.
Eommanya hanya tersenyum melihat persahabatan yang kukuh mereka.
- ᪥᪥᪥ -
YOU ARE READING
𝙏𝙃𝙀 𝘾𝘼𝙏 𒊹︎︎︎ 𝙅𝙞𝙨𝙤𝙤 𝘽𝙋𒊹︎︎
Mystery / Thriller✯ 𝕋ℍ𝔼 ℂ𝔸𝕋- 𝐽𝑖𝑠𝑜𝑜 𝑜𝑓 𝐵𝐿𝐴𝐶𝐾𝑃𝐼𝑁𝐾 ☾︎ 𝐒𝐭𝐚𝐫𝐭𝐞𝐝: 𝐃𝐞𝐜 8𝐭𝐡, 2020 𝐄𝐧𝐝𝐞𝐝: 𝐉𝐚𝐧 1𝐬𝐭, 2021 𝐏𝐮𝐛𝐥𝐢𝐬𝐡𝐞𝐝: 𝐉𝐚𝐧 3𝐫𝐝, 2021 (𝐀 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲 𝐅𝐚𝐧𝐟𝐢𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧) ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ 𝑺𝒆�...