🎬eleven-"Red string between two persons, in the end will bring a fate that connected to the past actions. Are you sure, everything that you had done before, was right? Or the otherwise?-"
"Taking care of new live, but unknowingly going towards the danger. Beware, dear.-"
"A bothering appearance, and made a decision that leads to changes. Choose one, going through a history or making another mystery?-"
"Ah!" Jisoo terbangun dari tidurnya. Peluh terbit di dahi walaupun pendingin hawa telah dihidupkan. Smokey di sebelahnya, diusap perlahan untuk menenangkan hatinya yang masih berdegup pantas.
"Haih, mimpi ni lagi. Ada maksud ke?" Jisoo melihat jam digital di atas meja bersebelahan dengan katilnya.
5 a.m.
"Lagi satu jam sebelum waktu biasa aku bangun. Tunggu ajelah." Jisoo menyandarkan badannya ke bahagian kepala katilnya. Phone di atas meja di ambil. Untuk menghilangkan rasa ngantuk, dia bermain phone nya sebelum tiba waktu untuk dia bersiap ke sekolah.
....
Jisoo menilik jam tangan ditangannya.
7:15 a.m.
Kakinya hanya bergerak perlahan kerana dia hadir awal di sekolah hari ini. Dia ingin segera ke lockernya dan mengambil buku bagi pelajaran hari ini.
"Eh, noona? Awalnya datang. Biasanya, tak awal sangat." Jisoo melihat pelajar yang berselisih dengannya. Perlahan dia mengukirkan senyuman.
"Oh, tak ada apa. Sahaja."
Kepala pelajar itu diangguk kecil. Tangannya menghulurkan sebuah kotak bersaiz buku tulis berwarna putih kepada Jisoo.
"Ha, noona. Kwan jumpa kotak ni atas locker noona. Kwan ingat orang tertinggal ke apa atas locker. Tapi, ada nama noona dekat kertas tu."
"Kwan tak nampak sesiapa ke dekat kawasan tu?" Jisoo membelek-belek kotak itu.
Seungkwan menggeleng sedikit.
"Tapi, apa Kwan buat dekat locker awal pagi?" Jisoo bertanya lagi.
"Um, noona lupa ke? Kwan kan memang selalu datang awal." Seungkwan melihat Jisoo sebelum matanya ternampak seseorang di hujung laluan itu.
"Noona, Kwan nak bincang dengan Jihoon hyung sekejap. Nanti waktu rehat, noona share eh, apa dalam kotak tu?"
Jisoo mengangguk sambil melihat Seungkwan berlari ke arah Jihoon yang sedang membaca sambil berjalan.
- ᪥᪥᪥ -
YOU ARE READING
𝙏𝙃𝙀 𝘾𝘼𝙏 𒊹︎︎︎ 𝙅𝙞𝙨𝙤𝙤 𝘽𝙋𒊹︎︎
Mystery / Thriller✯ 𝕋ℍ𝔼 ℂ𝔸𝕋- 𝐽𝑖𝑠𝑜𝑜 𝑜𝑓 𝐵𝐿𝐴𝐶𝐾𝑃𝐼𝑁𝐾 ☾︎ 𝐒𝐭𝐚𝐫𝐭𝐞𝐝: 𝐃𝐞𝐜 8𝐭𝐡, 2020 𝐄𝐧𝐝𝐞𝐝: 𝐉𝐚𝐧 1𝐬𝐭, 2021 𝐏𝐮𝐛𝐥𝐢𝐬𝐡𝐞𝐝: 𝐉𝐚𝐧 3𝐫𝐝, 2021 (𝐀 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲 𝐅𝐚𝐧𝐟𝐢𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧) ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ ✯ ☾︎ 𝑺𝒆�...