Twenty Six | 이십 육

104 39 2
                                    

Ready to move onto another page, which might bring much better moments and memories to you?

♡♡♡

.
.
.
.
.
.
.

Happy Reading ♡

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Happy Reading ♡




Pakcik Sukjin berjalan di sekitar daerah Gwacheon. Sesekali matanya melirik ke arah beberapa warga yang lalu lalang di situ. Suasana pagi itu tidak terlalu sesak. Maklumlah pukul 7.05 pagi, dan tambahan pula hari itu adalah hari minggu.

Mahu mengajak Soobin, dia tahu anak saudaranya itu penat menolong Yeonjun semalam di kafe. Sebelum keluar, sempat dia bersarapan dengan roti yang ditapau Soobin semalam. Ehm, sedap!

Dia baru sahaja pulang dari pemakaman. Rutin hariannya setiap hujung minggu dan waktu lapang.

"Huh,"  Pakcik Sukjin menghembuskan nafas dan menghayunkan tangannya seketika menikmati suasana persekitaran udara pagi Gwacheon. Sedang asyik berjalan-jalan, dia ternampak figura yang dikenali berjalan bertentangan dengannya.

"Eo? Pakcik!" figura itu berlari dan menundukkan kepala sebaik sahaja berada di hadapannya.

"Eh, Aera? Nak pergi mana pagi-pagi ni?" soal pakcik Sukjin. Tidak sangka dia akan berjumpa dengan gadis itu lagi.

"Aera nak belikan ubat dekat farmasi. Tiba-tiba ahjumma Lee pening kepala," ujar Aera.

"Oh, jom pergi sama-sama? Sebab pakcik taknak lagi balik rumah,"

"Eo? Haha. Boleh juga," Aera tersenyum.

Sepanjang perjalanan menuju ke farmasi, mereka berbual tentang banyak hal.

"Jadi eomma Soobin tu, adik pakcik?" soal Aera.

"Haah." pakcik Sukjin mengangguk. "Eomma Soobin meninggal sewaktu Soobin berumur lima tahun. Sakit kanser. Ayah dia pun dah lama meninggal sebab accident masa dia umur dua tahun. Jadi pakcik ambil alih hak penjagaan,"

Aera tersenyum tipis. Sepanjang perkenalan mereka, Aera tidak pernah nampak Soobin sedih. Hanya wajah ceria dan senyuman yang terpancar oleh Soobin.

"Soobin seorang yang kuat ya. Kalau terjadi kat Aera, Aera tak tahu la..."

Pakcik Sukjin hanya tersenyum.

"Pakcik ada anak?" soalan Aera membuatkan pakcik Sukjin terdiam seketika namun cepat-cepat dia bereaksi.

"Ada," ujar pakcik Sukjin.

"Yakah, mana?"

"Kat sana," pakcik Sukjin mendongakkan kepalanya ke arah langit. "Bahagia bersama isteri pakcik,"

Someday √ Where stories live. Discover now