Don’t forget you’re human. It’s okay to have a meltdown. Just don’t unpack and live there. Cry it out. Then refocus on where you’re headed
♡♡♡
.
.
.
.
.
.
.Happy Reading ♡
Soobin mengeratkan ikatan tali kasutnya. Hari ini dia dengan Yeonjun akan berjoging sama-sama di sekitar kawasan taman berdekatan rumah Yeonjun. Kata Yeonjun, ada hal yang mahu dikatakan. Katanya serius. Macam-macam!
"Eo? Kamu nak pergi mana?" soal Pakcik Sukjin yang baru sahaja ingin masuk ke dalam rumah.
"Pakcik dari mana?" namun bukan jawapan yang diberikan oleh Soobin melainkan soalan.
"Pakcik pergi jalan-jalan cari ilham nak buat resepi baru-"
Soobin memuncungkan mulutnya. "Yalah tu-"
"Yalah. Dah pergi la dating dengan Yeonjun tu. Tak payah balik tak apa-"
"Yah! pakcik!"
Pakcik Sukjin ketawa. "Ya budak nakal! Jangan balik lewat! Pakcik malas nak bukak pintu!"
"Okelah pakcik! Menurut perintah!" Soobin membuat gaya tabik sebelum berlari kecil ke pintu pagar.
Sebaik sahaja kelibat Soobin hilang, pakcik Sukjin masuk ke dalam rumah dan menuju ke arah biliknya. Dia mengeluh perlahan melihat suasana biliknya yang suram. Beberapa bingkai gambar tersusun rapi di night stand berhampiran dengan katilnya.
Salah satu frame diambilnya. Senyuman terukir di bibir pakcik Sukjin apabila dia melihat frame itu. Dimana ada figura dirinya berpakaian tuxedo hitam putih dan seorang perempuan berwajah manis bergaun putih indah.
Foto perkahwinannya.
"Sungguh, saya rindukan awak.. Choi Jihyo..."
Perlahan-lahan dia mengusap wajah isterinya itu dengan ibu jarinya. Tanpa dia sedar, air matanya menitis.
"Dan...anak kita...."
****
"Wah cantik juga taman ni. Kalau kau bawak aku awal-awal kat sini kan bagus!" ujar Soobin sebaik sahaja mereka selesai berjoging satu pusingan taman dan kini mereka telahpun melepaskan lelah di bangku kosong yang terdapat ditaman itu.
"Nah-" Yeonjun menghulurkan sebotol air mineral kepada Soobin. Dia menyapu debu kotoran di atas bangku dengan penyapu kecil khas yang dibawanya.
"Ha, apa yang kau nak kasitahu?"soal Soobin sebaik sahaja dia selesai meneguk air. Ah lega!
Yeonjun diam seketika sambil tangannya ligat menutup botol minumannya itu. Dia mengelap wajahnya sebelum memalingkan ke arah Soobin.
YOU ARE READING
Someday √
Fanfiction[Completed] Disarankan untuk membaca Precious Rain terlebih dahulu. Tetapi kalau mahu terus baca, teruskan sahaja. someTIMES, we know that at this time we are not destined to be together. but, if we try to achieve it, it will come someDAY" Kehidupa...