Thirty Nine | 서른 아홉

77 33 0
                                    

Never ever repeat your mistake. Especially the same mistake that makes you fall hard and stumbled. Remember. It can be forgiven for the first time, but not twice.

♡♡♡
.
.
.
.
.
.
.

♡♡♡

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Happy Reading ♡






"Kenapa kau tinggal kat sini?"

"Saya ikut Ayana unnie, lagipun saya duduk sini lama juga. Sebulan lebih."

"Mwo?! Kenapa lama sangat?"

"Saya datang dan tinggal kat sini ada sebab. Esok dah masuk bulan Ramadhan,"

"Bulan apa?"

"Bulan Ramadhan, jadi saya nak sambut bulan Ramadhan dengan mereka. Mereka semua ni saudara Ayana unnie. Ayana unnie kata best sambut bulan Ramadhan sama-sama.  Saya pun tak tahu tapi saya nak rasa apa yang bestnya itu."

"Baguslah, tapi aku harapkan kau tinggal dengan aku..."

"Seokjin ah,"

"Maaf, aku gurau je..."

Aera hanya menghela nafasnya. Macam-macamlah Seokjin.

"Tapi Seokjin..."

"Ya?"

"Awak boleh terima agama ni? Kalau awak betul suka dan nak kahwin dengan saya nanti, awak kena seiman dan seagama dengan saya. Itu syarat wajib di sisi agama yang saya anuti."

Seokjin meraup wajahnya berkali-kali. Terngiang-ngiang perbualannya dengan Aera petang tadi. Kata-kata Aera itu membuatkan dirinya tidak habis fikir. Kenapa begitu rumit?

Dia kini berada di apartment Taehyung namun jejaka itu belum pulang.

Mahu ke rumah Adam, pasti keluarga itu sedang sibuk sekarang. Dia sudah diberitahu bahawa keesokkannya hari istimewa mereka.

Apa yang istimewa? Seokjin tidak tahu. Namun pasti setiap agama ada sambutannya masing-masing. Apapun dia harus menghormati itu.

Kini jam menunjukkan pukul 9.37 malam. Berkali-kali dia menekan punat remote televisyen untuk mencari siaran yang menarik. Mahu menelefon atau berbalas pesan dengan Aera, dia tidak boleh membuka telefonnya.

Bunyi deringan telefon rumah mengejutkan Seokjin. Dia segera mengangkatnya.

"Yeobsoyo?"

"Yah, Seokjin ah. Nanti ada parcel sampai. Kau amik eh,"

"Eung, parcel apa? Balik tak malam ni?"

Someday √ Where stories live. Discover now