Thirty Five | 삼십 오

117 36 8
                                    

You'll realize who was with you when you needed them the most, the moment you struggled getting out from your miserableness.

♡♡♡
.
.
.
.
.
.
.

♡♡♡

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Happy Reading ♡






Sudah hampir dua minggu Aera menolong sekaligus berkerja dengan pakcik Sukjin. Dan selama dua minggu itulah dia tidak nampak kelibat Seokjin di sekolah itu. Makan di rooftop kah?

Pernah dia bertanya kepada seorang pelajar yang dikenalnya iaitu Chanyeol disebabkan kejadian kali pertama dia menjadi kuli tentang keberadaan Seokjin namun hanya gelengan kepala dan mengatakan bahawa Seokjin tidak datang ke sekolah sudah lama.

Dan Disaster Four? Aera tidak pernah berjumpa dengan mereka. Mahu mencari tidak sempat kerana kekangan masa. Yoongi telahpun pulang minggu lepas ke universiti.

Aera mengelap peluh yang menitis dengan sehelai kain. Meskipun wajahnya berpeluh dan sentiasa berhadapan dengan api dan minyak panas, namun wajahnya tidak kusam. Sentiasa cantik dan mulus.

"Noona dah siap?" Aera sedikit tersentak. Sambil membetulkan pita suaranya, Aera tersenyum.

"Sudah,"  balas Aera singkat.

"Macamana exam? Okey?"

"Hm, okey. Cuma ada jugaklah yang saya baca tak masuk. Tapi... hmm...bolehlah," Soobin tersengih.

"Esok exam lagi?"

"Haah. Esok last paper,"

Aera hanya mengangguk sembari mengemas barang di dapur gerai. Soobin hanya memerhatikan tingkahnya.

"Hm, Soobin..."

"Ya, noona?"

"Boleh tolong noona settelkan semua ni? Noona nak pergi tandas," pinta Aera.

"Ok noona. Tak ada masalah,"

"Gomawo..."

Setelah mengucapkan terima kasih, Aera terus menuju ke arah tandas perempuan yang pasti sudahpun kosong kerana waktu itu semua pelajar sudahpun pulang.

Tujuannya bukanlah ke tandas semata-mata, malah dia menuju ke arah bilik simpanan barang yang pernah menjadi biliknya sewaktu berkerja di sini. Yakni bilik kerjanya dan pakcik Baekhyun.

Semenjak berkerja dengan pakcik Sukjin di gerai kantin pastinya Aera selalu berbual dengan dan membantu lelaki itu membersihkan sekolah meskipun hanya menyiram pasu bunga dan sebagainya.

Aera tersenyum nipis melihat bilik yang pernah menjadi saksi bisu antaranya dengan Seokjin. Disentuhnya pintu bilik itu pelan. Mahu membuka, mangga sudahpun melingkari pintu. Pasti pakcik Baekhyun sudah menguncinya.

Someday √ Where stories live. Discover now