Five | 다섯

191 75 16
                                    

Check yourself often and correct your faults. Quit blaming others. Take responsibility for your own life. That's the only way you can grow.

♡︎♡︎♡︎

.
.
.
.
.
.
.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Happy Reading ♡







"Maafkan saya.." ujar Aera sebaik sahaja dia selesai mengubati luka di muka lelaki yang membantunya tadi.

"Gwenchana. Takpe noona, benda dah jadi." tutur Soobin yang cuba mengukirkan senyuman meskipun agak pedih dek pukulan Seokjin tadi.

"Nama awak apa? Umur?" soal Aera ingin tahu. Rasa canggung kerana wajah lelaki di hadapannya itu kelihatan agak matang  tapi memanggilnya noona.

"Choi Soobin. 15 tahun, noona."

"Ooh," Aera tersenyum. Junior rupanya. Pasti lelaki itu menyangka dia umur 20 an kerana berkerja sebagai cleaner meskipun jarak mereka hanya satu tahun.

"Noona?"

"Aera. Min Aera."

Soobin tersenyum sambil mengangguk. Cantik nama. Macam tuan badan.

"Terima kasih selamatkan noona tadi. Kalau awak tak tolong, tak tahula apa yang akan berlaku." Aera mengeluh sembari cuba untuk tersenyum kelat.

Soobin mengemamkan bibirnya. "Tapi kenapa Seokjin sunbaenim buat kat noona tadi?"

"Ouh itu...mesti kes si Ver..." Aera cuba untuk mengingati nama mangsa buli tadi.

"Vernon." sambung Soobin.

"Ha-ah,"

Soobin senyap seketika. Teringat dia dengan kata-kata Yeonjun semalam.

"Jangan cuba-cuba cari masalah dengan dieorang."

Giginya diketap rapat. Haih, Soobin! Kau dah tempah maut awal-awal!

"Noona, noona kena hati-hati dengan Seokjin sunbaenim. Dia tu bahaya."

Aera tersenyum tipis. "Noona tak takut. Buat apa takut dengan manusia? Padahal kita kan sama?"

Tertegun Soobin dibuatnya. Gadis di hadapannya ini sangat yakin dan berani. Dia memerhatikan penampilan gadis di hadapannya ini.

"Noona memang pakai kain tu ya?" tanya Soobin. Jarinya ditunding ke arah yang dimaksudkan.

Aera memegang kain tudung yang dimaksudkan oleh Soobin yang tersarung di kepalanya.

"Oh, yang ni. Em... noona dah terbiasa." Aera cuba untuk tersenyum. Takkan la dia nak bagitahu perkara sebenar. Dia tidak mahu statusnya diketahui buat masa ini kerana dia belum mempelajari lebih mendalam tentang agama yang dianutinya. Tahu pun serba serbi ketika mengikuti program di Malaysia. Itupun tentang solat lima waktu dan asas-asas Islam. Dia tidak melakukan kewajipan itu kerana sebaik sahaja dia tiba di rumah makcik Lee dia telah datang bulan.

Someday √ Where stories live. Discover now