Fourty Three | 마흔 세

87 30 0
                                    

Life is too short to wake up in the morning with regrets, so love the people who treat you right, forget about the ones who don't and believe that everything happens for a reason.

♡♡♡
.
.
.
.
.
.
.

Happy Reading ♡

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Happy Reading ♡








"Aera okey?"

Yoongi menepuk pelan bahu Aera yang masih memeluk dirinya dari tepi. Wajah Aera seakan sendu.

Semalam, Aera menghubunginya untuk bertemu. Dan sebaik sahaja talian diputuskan, Yoongi bergegas pergi menyusul Seoul.

Dari Daegu Ke Seoul, mengambil masa yang agak lama, namun demi adik yang tercinta Yoongi tidak kisah dengan itu.

"Eung? Oh, Aera okey." ujar Aera sembari tersenyum tipis.

Mereka berdua sekarang berada di Taman Seoul dan memandangkan cuaca agak sejuk, jadi kedua-dua mereka memakai sweater yang agak tebal.

"Jangan nak tipu oppa. Aera akan baik-baik je kalau tak hubungi oppa,"

Aera menghembus nafas pelan. Yoongi begitu cekap dalam meneka situasi yang dialaminya.

"Urm..." Aera mengetap bibir. Teragak untuk memberitahu.

"Aera boleh susun dulu ayat untuk bagitahu semuanya dekat oppa," lembut tutur kata Yoongi. Tangannya mengelus bahu Aera yang sedang menempel di sisinya.

Aera mengangguk sembari bibirnya membentuk senyuman kelat. Dia sebenarnya teringat tentang sesuatu yang disampaikan oleh Puan Aisyah beberapa hari lalu...

"Aera, mari sini kejap sayang."

Mereka baru sahaja tiba di rumah setelahbselesai menunaikan solat Terawih di masjid.

"Eung? Ya, umi?" tanya Aera. Semua yang lain sudahpun masuk ke rumah.

"Nanti Aera naik bilik, tukar kain telekung, dan datang jumpa umi dekat balkoni atas ya?"

"Oh? Okey umi!"

Sesuai dengan arahan Puan Aisyah, Aera bersiap-siap serta memakai tudung sarung, dan setelah itu dia menuju ke balkoni.

Aera masih lagi kagum dengan dekorasi rumah ini, meskipun ia kelihatan sederhana tetapi rekaannya sangat elegan.

"Ha, duduk tepi umi."

Aera menuruti. "Ada apa umi?"

Puan Aisyah dan senyuman manis, tidak pernah dipisahkan kerana kedua-dua itu terpapar ke arahnya.

"Umi nak tanya sikit,"

"Tanya apa umi?"

"Aera masuk Islam, keluarga Aera dapat terima tak?"

Someday √ Where stories live. Discover now