Sometimes we wonder why things don't go the way we want to, why we don't have the life that we wanted. And so think again, what did you do to get it?
♡♡♡
.
.
.
.
.
.
.Happy Reading ♡
"Eo? Aera?"
Sergahan daripada seseorang membuatkan Seokjin tersentak hebat. Lantas dia mengalihkan wajahnya jauh dari Aera dan syukurlah gadis itu tidak sedar perilakunya sebentar tadi.
"Pakcik Sukjin!" Aera bingkas bangkit menuju ke arah pakcik Sukjin.
"Mianhae Aera. Pakcik sakit perut sangat tadi...," ujar pakcik Sukjin. Mukanya masih lagi menahan perit.
"Tak apa," Aera tersenyum. Ada hikmahnya juga pakcik Sukjin sakit perut, kalau tidak pasti lelaki tua itu berhadapan dengan lelaki-lelaki peminta hutang tadi.
"Eh, kamu Seokjin kan?" soalan daripada pakcik Sukjin membuatkan Seokjin memandang ke arah lelaki tua itu.
"Pakcik...Su...Sukjin kan?"
Pakcik Sukjin tersenyum. "Lama tak jumpa kamu,"
Aera menatap ke arah dua figura itu dengan penuh tanda tanya. "Awak dan pakcik dah saling kenal?"
Seokjin mengangguk.
"Kamu kenapa? Nampak pucat je?"
"Ouh, tak ada apa pak..."
"Hyung! Ini ubatnya!" Beomgyu menghulurkan seplastik ubat kepada Seokjin.
"Yak! Kenapa banyak sangat ni?" soal Seokjin tidak puas hati. Bukannya teruk sangat dia demam!
"Bekalan, hehe..." Beomgyu menggaru kepalanya. Kemudian dia menoleh ke seorang lelaki tua yang berada di situ.
"Oh, pakcik."
"Tisu dalam tandas pakcik guna habis. Hehe maaf," sempat pakcik Sukjin mencelah membuatkan mereka bertiga tertawa kecil. Kemudian pakcik Sukjin menoleh ke arah plastik ubat yang dipegang Seokjin.
"Kamu sakit kah?"
"Hah? Aniya..."
"Tak baik awak tipu tau," Aera menepuk pelan bahu Seokjin.
Seokjin hanya tersenyum dalam diam. Comel betul.
"Aigo, nak pakcik hantarkan klinik?" tawar pakcik Sukjin.
"Eh, tak apa pakcik. Saya dah beli ubat. Lagipun saya bawak kereta,"
"Yah! Panasnya dahi kamu!" tapak tangan pakcik Sukjin sudahpun melekat pada dahi Seokjin membuatkan jejaka itu terkesiap.
YOU ARE READING
Someday √
Fanfic[Completed] Disarankan untuk membaca Precious Rain terlebih dahulu. Tetapi kalau mahu terus baca, teruskan sahaja. someTIMES, we know that at this time we are not destined to be together. but, if we try to achieve it, it will come someDAY" Kehidupa...