Two | 둘

215 84 10
                                    

Your tears may continue to fall, but as long as you trust that Allah has your back, your strength will also continue to rise.

♡♡♡

.
.
.
.
.
.
.

Happy Reading ♡

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Happy Reading ♡











"Er, hai. Tumpang tanya, kat sini ada kerja kosong tak?" Aera bertanya kepada seorang cashier minimarket yang dia kunjungi itu.

"Maaf noona, setakat ni bos tak ada tampal jawatan kosong atau bagitahu apa-apa..." ujar cashier itu ramah. Pelan-pelan dia melihat penampilan gadis di hadapannya ini.

"Oh yakah? Kamsahamida." tutur Aera lalu membongkokkan badannya dan meninggalkan minimarket itu. Wajahnya menunjukkan riak kecewa. Sudah hampir 20 buah kafe ataupun minimarket dia menanyakan kerja kosong, namun tidak juga datang kunjungnya.

Sabar Aera, rezeki kau tak ada lagi.

Yakin!

Aera melangkah dengan pelan menuju ke arah perhentian bas dan duduk di bangku. Mujurlah di situ tidak ramai orang. Sudah hampir seharian dia mencari pekerjaan di kota Gwacheon, tampaknya dia harus pulang sekarang. Pasti makcik Lee risau jika dia pulang lewat hari ini.

Sebenarnya, makcik Lee tidak bersetuju dia mencari kerja namun kerana keinginannya sendiri serta menyakinkan makcik Lee, akhirnya wanita separuh baya itu bersetuju jua.

Yalah, bukankah tidak sopan jika dia hanya duduk di rumah dan biarkan makcik Lee berkerja untuk menyaranya?

Aera perlu berdikari sendiri. Ya, dia harus berdikari!

"Haus la pula," Aera menuju ke arah sebuah gerai air yang terletak di berhampiran.

"Pakcik, nak air coklat ni satu." tutur Aera perlahan.  Kelihatan seorang penjual lelaki berumur lingkungan 40 an sedang mengelap peluh di wajahnya.

"Nah..." ucap penjual itu sembari menghulurkan air yang dipesan.

"Kamsahamida." Aera tersenyum kemudian dia mengeluarkan dompetnya. Namun, kosong. Aera tergaman seketika. Lupa pula dia hanya menggunakan kat kredit!

"Wae?" soal penjual itu apabila melihat wajah Aera yang muram dan gelisah itu.

"Ah? Oh, tak apa la pakcik. Tiba-tiba rasa tak haus." kekok pertuturan Aera membuatkan penjual itu tersenyum kecil.

"Ambillah. Pakcik belanja."

"Ha?" Aera terkejut. Dia tak salah dengar kan?

"Janganlah macam tu. Ambil je." balas penjual itu sembari tersenyum ramah.

Someday √ Where stories live. Discover now