If you think that you're going too fast, it's okay. If you think you're too slow, it's okay. If you think you're not taking a step at all, you need to reconsider about your future.
♡♡♡
.
.
.
.
.
.
.Happy Reading ♡
Yoongi menghirup secawan teh panas sambil menikmati guyuran hujan di sebalik tingkap kaca kafe. Dapat dia melihat beberapa pasangan ataupun keluarga yang berjalan di luar dengan payung ataupun memakai baju hujan.
"Yow, lama tunggu?" Hoseok tiba dengan cengiran di wajahnya.
"Takpun," balas Yoongi dengan senyuman dibuat-buat, tetapi kemudiannya senyumannya itu pudar 100%.
"Kalau takde orang kat sini dah lama aku baling kerusi," Cawan yang dipegangnya diletak di atas meja dengan kesal.
"Sorry la. Hyung tengok luar tu hujan kan? Jalan jem tau tak?" Hoseok cuba membela dirinya.
"Yalah," Yoongi mendengus halus.
"Ish hyung ni, tak orderkan aku sekali ke? Penat aku datang dengan meredah..."
"Nanti sampai," cantas Yoongi membuatkan Hoseok mengukirkan smirk kemenangan.
"By the way, hyung. Kenapa call aku? Ada masalah pula ke dengan Aera?" pertanyaan Hoseok membuatkan Yoongi membisu. Dia menatap Hoseok sejenak sebelum meneguk sekilas kopi yang telah hampir sejuk.
"Aera pergi Seoul,"
"Mwo?!" jeritan Hoseok membuatkan beberapa pelanggan yang lain menoleh ke arah mereka. Hal itu mendorong Yoongi untuk mencubit pelan lengan Hoseok.
"Yash! Sakit!" ringis Hoseok.
"Diam la sikit!" tempelak Yoongi. Dia kemudian menunduk maaf kepada beberapa pelanggan tadi.
"Yalah. Mianhae..."
Yoongi menghela nafas kasar. Spagetti yang digumpal menggunakan sudu disua ke dalam mulutnya sejenak.
"Tapi, buat apa Aera pergi sana?" soal Hoseok ingin tahu.
"Entah, katanya ada hal penting. Hal yang berkaitan dengan agama baru dia." ujar Yoongi.
Hoseok hanya menganggukkan kepalanya.
"Aera seorang yang bijak. Aku tak rasa keputusan yang dia buat adalah salah,"
Yoongi menatap Hoseok sebelum matanya beralih pada cawan teh yang berbaki.
"Ya, itu aku tahu."
Mereka tidak mengatakan apa-apa apabila seorang pelayan meletakkan makanan yang dipesan Yoongi untuk Hoseok. Setelah pelayan itu beredar, Hoseok menjamah sedikit air kerana tekaknya terasa begitu haus.
YOU ARE READING
Someday √
Fanfiction[Completed] Disarankan untuk membaca Precious Rain terlebih dahulu. Tetapi kalau mahu terus baca, teruskan sahaja. someTIMES, we know that at this time we are not destined to be together. but, if we try to achieve it, it will come someDAY" Kehidupa...