Twenty Two | 이십이

123 46 4
                                    

Pain makes you stronger, Tears makes you braver, Heartbreak makes you wiser, But only ALLAH Ta'lah keeps you going.

♡♡♡

.
.
.
.
.
.
.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Sempena birthday Bunny Soobinie!
Khas for Soobiniee stan



Happy Reading ♡






"Kau serius nak kerja?" soal Seokjin sambil mengacau americano yang dipesannya. Mereka sekarang berada di Seulra's Cafe yang merupakan satu kafe yang sangat popular di situ. Disebabkan terlalu ramai orang, Seokjin telah menempah satu meja khas kerana dia tidak mahu Aera berasa tidak selesa dengan kerumunan orang ramai.

"Hmm, yup. Tapi saya tak tahu nak kerja apa. Sebab... hmm..." Aera mengemamkan bibir. Air yang dipesannya disisip pelan

"Sebab penampilan kau?" Seokjin menduga.

"Er...."

Seokjin mengeluh perlahan. "Dalam satu ribu orang kat sini, kau yang lain Aera ssi. Semua orang tak terbiasa dengan penampilan kau. And, kau tahu kan orang Korea macam mana?"

Aera tersenyum nipis. Tipulah kalau dia tak tahu orang Korea jenis yang mementingkan standart kecantikan dan penampilan. Tapi, baginya penampilannya tidaklah teruk mana, cuma menutupi apa yang wajib. Mungkin kerana majoriti rakyat Korea tidak memiliki agama. Aera menganggapi begitu.

"Ya, saya tahu."

Seokjin tersenyum lalu menyisip airnya yang masih berbaki.

"Awak memang ajak saya datang sini sebab kejutan ke?" soal Aera.

"Eum? Bukan tu," Seokjin berdehem seketika. "Oppa kau kata kau nak kerja kan?"

Aera mengangguk.

"So, aku tak tahu kenapa oppa kau pelik sangat nak kau kerja dengan aku. Tapi, aku rasa dia serabut kut."

"Maafkan oppa saya, dia..."

"Ani. Gwenchana." Seokjin memotong bicara Aera.

"Cuba bagitahu aku, kenapa kau nak kerja? Kau kan budak lagi? Umur kau pun setahun lebih muda dari aku."

Aera menelan ludah. Alamak! Seokjin dah tahu umurnya!

"Yak! Saya bukan budak!"

"Bagi aku kau budak. Sebab umur setahun muda dari aku. Kau sepatutnya panggil aku oppa, eum?" Seokjin menatap Aera datar.

Aera mengerutkan dahi. Seokjin? Oppa? Jangan nak merepek!

"Macam kelakar je panggil awak oppa."

Someday √ Where stories live. Discover now