You'll always be beautiful if you've got a smile, acting as a candle that brightens the lives of others. And kind eyes, that bring about comfort for those who meet them.
♡♡♡
.
.
.
.
.
.
.
Happy Reading ♡
"Jangan!" dengan seluruh tenaga yang ada Aera mendorong Seokjin yang hampir memukul Soobin tadi menyebabkan jejaka itu terdorong ke belakang. Matanya telah mengeluarkan bening halus.
Seokjin terkedu menatap mata gadis itu sesaat, namun cepat-cepat dia tersedar.
"Okey, untuk kali ni kau dah jadi hero..." mata Seokjin mencerlung tajam ke arah dua 'pasangan' itu sebelum melangkah pergi diikuti oleh Disaster Four yang lain. Sempat mereka membuat death glare kepada Aera dan Soobin sebelum mengikuti Seokjin yang sudah beberapa jauh ke hadapan.
Sebaik sahaja kelibat Disaster Four hilang dari pandangan, Soobin menghela nafas berat sebelum memandang ke arah Aera yang sedang menahan tangisannya.
"Aera noona. Gwenchana?" soal Soobin lembut. Tidak kisah orang lain di situ memandangnya, dan mereka menjadi pusat perhatian.
"Ah...mianhae..." Aera memandang ke arah Soobin sekilas sebelum menundukkan wajahnya. Masih malu dengan kejadian tadi.
"Gwenchana, yang penting noona selamat."
Aera tersenyum hambar.
"Noona pergi dulu ya? Ada kerja yang belum noona bereskan." tutur Aera dan sempat dia menunduk sebelum berpamit pergi.
Soobin hanya mengiyakan. Dia memandang Aera yang telah jauh pergi.
"Soobin..." bahunya ditepuk menyebabkan Soobin memandang ke arah gerangan itu.
"Yeonjun..."
"Soobin, kau dengar tak pesan aku?" Yeonjun menarik pelan lengan Soobin ke tempat jauh dari tumpuan ramai.
Soobin terdiam sejenak apabila diperlakukan begitu sehinggalah Yeonjun menghentikannya tembok kantin.
"Salahkah aku tolong Aera noona? Kau tengok kan dia dipermalukan? Tak ada rasa kasihan ke? Dia tu perempuan! Cuba kau ada kat situasi dia apa perasaan kau bila orang buat macam tu kat kau?"
Suara Soobin sedikit meninggi membuatkan Yeonjun terdiam. Tidak lama kemudian, dia mengeluh perlahan.
"Ya, aku faham. Aku pun kasihan juga dengan noona tu. Tapi kau kena faham yang Disaster Four tu kejam! Dieorang akan buat apa saja kat sesiapa yang buat hal. Kau budak baru jadi kau tak tahu sebab tu kau berani."
YOU ARE READING
Someday √
Fanfiction[Completed] Disarankan untuk membaca Precious Rain terlebih dahulu. Tetapi kalau mahu terus baca, teruskan sahaja. someTIMES, we know that at this time we are not destined to be together. but, if we try to achieve it, it will come someDAY" Kehidupa...