Fourty Four | 마흔 네

89 28 0
                                    

If you get a chance, take it. If it changes your life, let it. Nobody said that it would be easy, they just promised it would be worth it.

♡♡♡
.
.
.
.
.
.
.

Happy Reading ♡

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Happy Reading ♡







"Oppa..."

Kini kedua beradik itu berada di dalam kereta dan betul-betul di hadapan pintu pagar milik keluarga mereka.

Bukan hanya Aera yang berdebar, Yoongi juga. Dia tidak mahu kedua ibu dan ayahnya itu mengapa-apakan Aera meskipun mengatakan hal yang menyakitkan hati sesiapa.

"Jangan risau, apapun yang berlaku, oppa akan selalu ada untuk Aera. Arra?"

Aera memejamkan matanya. Dia mengingati semula apa yang dikatakan oleh Puan Aisyah. Jika ibu dan bapanya masih tidak boleh menerima, sekurang-kurangnya dia dapat melihat wajah kedua-dua insan yang menyayanginya dari kecil.

"Pegang tangan oppa, kalau Aera masih ragu."

Aera mengangguk. Mereka kemudian keluar dari kereta. Entah mengapa suasana rumah itu seakan suram, seolah-olah sudah lama ditinggalkan.  Kali terakhir dia dihalau rumah, suasana rumahnya seakan dipenuhi dengan pokok-pokok dan juga sebuah bangku.

Yoongi perasan bahawa atensi sang adik menoleh ke arah yang sepatutnya tidak dilihat. Setelah pemergian Aera, sang ayah mengubah segala dekorasi rumah. Sebuah bangku taman yang merupakan permintaan Aera ketika lulus ujian beberapa tahun lalu dibuang. Dan pokok-pokok bunga yang gadis itu tanam dipecahkan tanpa belas kasihan. Segala kelakuan sang ayah pada ketika itu, tidak mampu dihalang oleh Yoongi dan juga Puan Min. Yoongi hanya mampu menenangkan Puan Min yang menangis kerana kelakuan sang suami.

Yoongi menjadi sebak. Dia tidak sanggup menatap Aera yang berwajah sendu namun, siapa tahu di dalam hati gadis itu sudah pecah.

"Jom, Aera." tapak tangan Aera diraih Yoongi dan perlahan-lahan mereka berdua menapak ke pintu rumah.

Benar kata Yoongi, rasa ragu yang dialami Aera tadi mendadak hilang. Sentuhan kasih sayang sang abang tidak pernah luntur, menyalurkan kehangatan yang menyenangkan jiwa.

"Oppa tekan loceng ya?"

Yoongi mahu memastikan bahawa Aera benar-benar bersedia.

"Ya, oppa." di dalam hati, hanya lafaz Zikrullah dan doa yang tidak putus-putus.

Jari telunjuk milik Yoongi menekan punat loceng dan membukanya perlahan dan memimpin sang adik untuk masuk ke rumah yang sudah berbulan lamanya dia tidak berkunjung.

Someday √ Where stories live. Discover now