Sixteen | 열 여섯

127 53 6
                                    

When we lose someone or something it is a reminder that nothing in this world is permanent. Your pain is only temporary.

♡♡♡

.
.
.
.
.
.
.

Happy Reading ♡

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Happy Reading ♡






"Yah, Kim Seokjin!"

Seokjin yang baru sahaja mahu melangkah ke arah Aera terjeda. Aera yang sedang mengemop itu berpaling ke arah si suara itu.

"Jungkook? Kau buat apa kat sini?" soal Seokjin dengan nada yang datar. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Cari kau la-Namjoon ajak lepak kat tempat biasa-"

"Selama ni tak pernah pun-"

Jungkook tertawa sinis. Kemudian dia memandang ke arah Aera yang masih melanjutkan kegiatan cucinya itu.

"Hai Aera. Nak saya tolong?" Jungkook mengukirkan senyuman manis. Seratus peratus pandangannya menghala ke arah Aera.

"Eh tak apa. Ni kerja saya-" Aera tersenyum kekok sambil menyambung tugasannya. Seokjin hanya diam memerhati.

"Awak mesti penat kan? Gadis cantik macam awak ni tak layak tau jadi cleaner. Emm.." Jungkook pura-pura menggelengkan kepalanya. Sedih.

"Eh, takpe. Dah memang takdir saya. Lagipun saya dah terbiasa-" Aera menggeleng kepalanya sembari melemparkan senyuman canggung. Dia kemudiannya meneruskan kegiatannya.

"Kalau awak kerja dengan saya nak tak?" Jungkook tersenyum kecil.

"Kerja apa?" Alis kanan Aera terangkat sekilas.

"Kerja sebagai suri hati saya-"

Kata-kata Jungkook membuatkan Aera terkedu. Dia tidak menoleh ke arah Jungkook dan meneruskan kegiatannya.

Seokjin berdehem membuatkan Jungkook tersenyum nakal ke arahnya.

"Jom, Seokjin! Bye Aera sa-" sebelum Jungkook menghabiskan kata-katanya, Seokjin terlebih dahulu memaut bahu Jungkook dan beredar dari situ. Hanya kedengaran lambaian dari Jungkook membuatkan Aera memandang mereka hairan.

"Apa-apalah." Aera menyambung semula kegiatannya sebelum mengeluh berat. Kalau bukan sebab dua manusia itu, pasti dia sudah habis melaksanakan tugasnya.

Emph!

Namun mengimbas semula ketika Seokjin mendekatkan muka mereka membuatkan wajah Aera merona. Suka hati je buat macam tu! Punyalah jantungnya mahu terkeluar.

Tapi. Hensem juga.

Aera menggelengkan kepalanya. Fokus Aera! Dia tu kejam!

Bunyi notifikasi mesej masuk membuatkan Aera lantas membuka telefon dari poket seluarnya.

Someday √ Where stories live. Discover now